ads

Friday, November 11, 2011

Aufa ke Demc kerana bateri ini

Kejadian bertarikh 9 Nov 2011 akan diingati.Nanti dia besar,mahu cerita kat dia.

Kami bercuti di Pullman Putrajaya cuti raya haji lepas.Suami suruh tinggalkan anak-anak.Tapi berat sebenarnya.Kalau boleh tak mahu tinggal langsung mereka.Akhirnya kami bawa Adam juga sebab dia menyusu badan.Aufa minta tolong mak -mak saudara Aufa tolong jaga seperti biasa.Kebetulan mereka cuti.

Jadi,pada hari kedua tanpa Aufa disisi.Tiba-tiba Adik call.bagitahu aufa mengadu sakit hidung.mereka sedar dia tengah main bateri kecil.Bateri kecil dari toys adik bongsu saya.kemungkinan dia masukkan dalam hidung.

Bila tanya, dia kata dah keluarkan balik.mungkin dia takut kena marah.Jadi tak sure betul ke dia masukkan atau tidak.Kemudian,dia selsema.Hingusnya warna coklat coklat dan berbau karat! Lagipun,dia asyik menangis mengadu sakit.Jadi,memang confirmlah ada sesuatu dalam hidung dia.Risau!






waktu admit Aufa demam.temperature 37c.mungkin infection dari bateri itu.Lepas masuk ubat,dia tidur sekejap.


Kami bawa ke bahagian emergency DEMC.terus daftar dan doktor terus periksa.Dia kata memang ada sesuatu dalam hidung Aufaa.Kemudian,panggil doctor dari ear,mouth and throat specialist,Dr Logan.Hospital swasta memang efficient servicenya.Nekad buat jelah terus di Demc.kalau refer ke government tak tahulah bila selesainya.Benda ni mana boleh tangguh-tangguh lagi.Bahaya. Tambah risau lagi adalah!

Aufa hanya breakfast pagi dengan minum susu.Jadi,kena puasa.Pukul 12 appoinment ke OT.kesiannya dia! Masa ini saya blame diri sendiri sebab tinggalkan dia.Tak jaga dia sendiri.Lepaskan tanggungjwb saya.





Bila kita tanya pasal dia main bateri,bukan dia nak jawab.budak-budak apa dia tahu.Masih boleh gembira dan ceria.Dia kata seronoklah duduk hospital! Siap main peek a boo dalam selimut.Haha.






Adam pun bukan main ligat.explore sana sini






Ummi janji takkan tinggalkan Aufa lagi :-(





Get ready to OT





Aufa in her first sexyback dress and blue hat





sementara tunggu doktor.masih ceria.berbual tanya mcam-macam dengan ummi.Beritahu dia nak makan berulang kali.kesiannya anak ummi dah lapar.Sedih :-(


Pukul 12 dah siap tukar baju,tunggu doktor.12.15 masuk OT.Aufa nak dukung je.Dia takut.Ramai doktor, doktor pembantu, nurse dalam OT tu! Terbayang cerita DR House pula! Dalam OT, Aufa diberi sedut gas.masa itu dia struggling dan nak menangis.Saya peluk dia.pujuk dia.Sedih sangat! Tak lama lepas itu, dia tertidur.Saya kena tunggu diluar.

Semasa diluar.Ya Allah berdebarnya! Takut risau.berdoa je.setiap saat minit tu sgt sakit rasanya.kesiannya kat Aufa! Saya blame diri sendiri lagi.Kenapalah tinggalkan dia.Kesiannya dia main sorang-sorang.Patutnya bawa dia.Kadang2 Aufa tidak nap di siang hari.Bayangkan melayan karenah dia sepanjang hari.Kita pun rasa aktifnya dia ni,bila 'bateri dia nak weak' ni, apatah orang lain yang jaga dia.Saya emosi.Saya ada blame suami juga.Tak nak bawa anak-anak bercuti.Tak payah vacation kalau bawa anak-anak.Tskkk.Dan,sekarang apa jadi.Pengajaran untuk dia juga.Selepas ini, bawak anak-anak kemana-mana.Kita awasi sendiri.Tapi dah takdir.Benda nak jadi.Kalau kita ada pun,tak mustahil boleh jadi.Redha itu lebih manis.Saya emosi sekejap.Saya anggap itu ujian dariNYA.Apa lah hidup tanpa diuji.Ujian saya bukan ditempat kerja,tapi perihal anak-anak lah ujian saya.Pengajaran untuk saya juga.


Pukul 12.40, Dr Logan keluar jumpa saya.Dia bagitahu ada bateri kecil dalam hidung.Dah berkarat.kejap je dah berkarat! Beliau kata,nasib baik bawa cepat.Every hour is counting! Jadi,chemicals dah burn dinding dalam rongga hidung.Dia kikis tempat yg affected.So,ada berdarahlah dalam tu.Dia terang kat saya jangan risau kalau ada darah keluar.Dia pesan kat saya lagi,jangan simpan bateri kecil lagi.Terus buang kalau sudah tidak guna.

Kemudian tak lama lepas itu mereka bawa Aufa keluar.Aufa sedang mamai.Bila sedar,dia menangis dan mengamuk.Yelah,kesan dari bius tadi.Itu doktor beritahu saya. Dia trauma dan terkejut agaknya.Selepas doktor sudah cek semuanya.Kami dibenarkan ke wad.Aufa masih mengamuk.Tidak mahu baring.Jadi,saya bawa dia jalan-jalan sekitar wad.






 Baru keluar OT.sedang mamai.

Dan inilah bateri yang telah dia masukkan.Ya Allah.Dr Logan tunjuk kat saya.terkejut.sebab bateri silver yang saya tengok dah bertukar jadi berkarat!


Tak lama selepas itu, Aufa dah okay.Tenang dan ceria semula.sandwich tuna dihantar.Dia makan dengan berselera.Licin.Lapar benar.kesiannya anak ummi.Doktor kata hari ini juga boleh balik.Kalau boleh discharge awal lagi bagus.Lagi lama, lagi banyak bilnya kang! Inilah kalau kerja sendiri.kebebasan masa memang agak bebas.kebebasan kewangan pun sendiri mahu ingat! Kos adalah sendirian berhad.

Selepas Dr Logan datang jumpa saya semula.Terangkan tentang ubat-ubat Aufa.5 botol ubat minum,2 ubat titis.Banyaknya! Nasib baik Aufa agak senang telan ubat(setelah dipujuk dan dirasuah).Kemudian,kami dibenarkan balik.Seminggu nanti datang semula.appoinment tengok dah pulih betul atau tidak.Dalam pukul 4 kami balik.

Alhamdulillah,hari ini Aufa beransur pulih.Tiada darah keluar dari hidung lagi.Terima kasih pada semua sahabat dan saudara mara yang prihatin.Apabila saya kongsi di twitter dan facebook.Rupanya ramai yang berkongsi sejarah dengan Aufa.Ada kisah adik beradik mereka yang masukkan biji asam,manik,kacang hijau dalam hidung.Aufa pula versi zaman teknologi.Hehe.

Ada sahabat kini seorang doktor yang mengaku pernah masukkan plastesine dalam telinga semasa kecil.Malah,dia kata budak nakal besar nanti jadi pandai! Suka pula saya dengar kawan saya tenteramkan saya.Amin,itu kan doa, mungkin juga Aufa akan jadi doktor sepertinya.Hehe.Aufa..Aufa..budak yang bijak dan kreatif sampai buat sesuatu lain dari yang lain.Kreatif kamu ya! Tapi kreatif yang ini, please jangan buat lagi ya sayang..

Lesson learnt.Kena lebih berhati-hati.sentiasa awasi kanak-kanak setiap masa.Buang semua benda kecil dan merbahaya di rumah.Pastikan persekitaran rumah selamat.Itulah pengajaran untuk kita semua.Semoga menjadi iktibar dan tidak akan berulang lagi.

Pengajaran paling bermakna buat saya,once a mother, always a mother.We cannot have holiday from being a mother.Terima kasih,ibu saudaraku.:)

ps : Dialog baru Aufa dirumah, "jangan masukkan bateri dalam hidung lagi ye".Bukan bateri je nak.Semua benda tak boleh.Hai,Aufa..Aufa..si bijak.:)

10 comments:

yatie chomeyl said...

ya Allah, takutnya baca . Alhamdulillah Aufa tak apa2.

nak kongsi cerita jugak, adik I yang baru dapat 10A masa SPM hari tu, si Asyo tu masa umur 7 tahun pun pernah masuk peluru pistol mainan yang bulat kecik tu dalam telinga. dah la masa tu hari raya...agaknya dia sakit sgt terus mintak I dukung dia wpon dh 7 tahun. since raya bnyk klinik tutup terus pergi emergency unit kat spital besar. Nasib baik peluru tu x betul2 mausk dlm saluran lagi, so Dr dapat tarik guna pengepit.

pnjg komen , sbnrnya nak bagitahu yg logik kot kata2 kawan u yg budak nakal besar nanti jd pandai tu sbb adik I si Asyo tu memang dpt starigt A's in every exam from UPSR, PMR and SPM hehehe

Zefa NorAsmara said...

Alhamdulillah Aufa baik2 sahaja.. Tkasih utk n3 ini. Peringatan utk semua.. :D

Ema said...

Sian Aufa......
Alhamdulillah cepat sihat....

Nieza Ishak said...

subhanallah ..sib baik tak teruk, akak mmg takde twitter .. terkejut jugak la cerita ni.

KhaiRin said...

masya allah..
sian aufa..
so kesihatan aufa mcm mn skrg ni?
ceita aufa ni mengingatkan sy cerita opismet.. tp ank dia kes lain...labuci msk dlm mata

isabelle said...

masyaAllah...tak terbayang mcmana cuaknya kalo jadi mcm tu.
nasib baik u sabar.
apa pun, alhamdulillah semua ok

ibu MZW @ farah idayu said...

bedebar2 saya baca entry ini..terbayang anak2 di rumah :( alhamdulillah aufa sudah ok..lesson for me too =)

Ummi Salsabila said...

yatie : Hehe.mungkinla kan.Amin! i hope so! jadi cerdik mcm ur bro too.Aufa version moden.(bateri).

all commentors/mommies : Thanks for concern dear..smg jadi peringatan iktibar pd semua.:)

Elyn Sani said...

peringatan utk i gak even duk umah je jaga anak. risau sbb wafiq pun suka kutip brg.....

rose ~ Ibu Rafiq dan Aishah~ said...

takutnya...
thanx sharing sy kene lebih berhati2 pas ni

yes, sy tak penah tinggal anak2. even suami sy pon tak penah nak tinggalkan anak2 dengan pengasuh even kami ke pasaraya yg sekangkang kera dari umah..heheh

sy rasa, if ade insurans, maybe tak perlu sendirian berhad lagi bayar bil..:-D