ads

Wednesday, September 29, 2010

Coretan Eid Mubarak 1431H - Meriahnya beraya di kampung

Salam Sayang semua...

Kembali bersiaran.Lambatnya sambung coretan Aidilfitri.Mana tak nya,anak-anak demam pulak.Aufa demam dulu.Kemudian adam pula berjangkit.Alhamdulillah,hari ini beransur pulih.

Kisah hari raya kedua kami di melaka.sebelum subuh bertolak dari melaka.Kampung my mak and ayah.Walau Atuk dan nenek sudah tiada,kami masih beraya di rumah pusaka.Hati melonjak-lonjak.Tak sabar nak jumpa mak,ayah,adik beradik dan saudara mara.pukul 8 pagi kami sampai.Penat tapi gembira.

Pukul 11 kami mula beraya ziarah saudara mara.tema raya kali ini ialah merah jambu.It was my idea and hubby was very sporting to wear that color.hehe.

This year raya pictures using my new dslr.Thanks hubby! Main tembak je.Yang penting bergambar sakan! :D



Aidilfitri 1431H,Aufa's second raya.Tapi perbezaan tahun ini.Aufa sudah pandai bergaya dengan baju kurungnya.macam- macam pose pun boleh.Priceless!

Ikut calendar Hijrah.She will turn 2 on 4th syawal.My dear Salsabila Aufa, you'll be my big girl.How time flies!

Alamak.Wait ummi ! Adam nak susu! Kena bagi upah dulu lah ummi..

Me dapat menembak banyak gambar kali ini sebab ramai pembantu boleh pegang aufa dan adam. Aufa tak menempel kat ummi je.Dah ada ramai mak saudara tolong layan.Adam dengan pakcik2nya.Nak baru menyusu cari ummi.

Adam's first raya.Adam's first baju melayu and songkok.and Adam's first shoe.Songkok longgar.Ummi tak sabar nak pakaikan jugak.hehe.Pelik je dia, apa benda atas kepala ni?.beratnya! :D

Suka gambar ni sebab Adam senyum..Tadi asyik control macho je.Hehe.

Yey! Dapat duit raya.ummi, simpankan dalam bank tau...Orait!

Potret family Aidilfitri 1431H.Tahun lepas bertiga.Tahun ini beraya berempat pula.So,this year is the best raya ever.Alhamdulillah.Ada yang usik cepatnya.Productivity betul.Haha.Ada yang usik,tahun depan berlima pulak.Alamak.Hehe.


Qolbu yasari wa Qolbu yamani...Adam hisap jari. yummy fingers! Aufa sibuk dengan lipstik! suka melawa.pantang jumpa mekap,tak boleh lepas! Girls always be girls!

Suka rumah kampung.Suka bergambar di tangga batu.klasik! Rumah kampung ini pernah menang rumah tercantik.Masih kekalkan warisan melayu.

I love this picture! Hubby, Ayah,Mak and sisters!


She took her aunt phone.Letak kat lantai.Suruh set timer.Nak posing.Siapa ajar? Like mother,like daughter.Haha.



Sebijik kan muka dua budak ni? Sama duduk dalam perut ummi dulu.

Adam with his cousin,Kasih. They look comellicious on bumbo! bam bam betul kasih.


Pinjam bumbo khayra kejap.Tak sempat nak posing dengan khayra pulak.Adam kena practice.kepala belum kuat sgt.Comel lah bumbo warna kuning.

Our third raya together.Posing ala pengantin baru mesti ada.

My sisters.Terasa muda remaja bila bergambar dengan anak-anak dara.seriously! :D

Habis beraya kami singgah bergambar lagi kat pantai pulak.Enjoy!

This time dua budak ni dah kepenatan.My siblings still seronok nak bergambar-gambar.Layan jelah.Dorang ni excited beraya dengan anak-anak buah.

Alhamdulillah.Seronok beraya di kampung halaman.Kenyang makan ketupat,lemang,dan pelbagai rendang.Suka suasana kampung.Meriah jumpa beraya ziarah saudara mara,sepupu-sepupu,dan anak-anak buah.Riuh rendah pelbagai cerita dan jenaka.Bahagia.Thank You Allah blessing our life with full of joy and happiness.

Thursday, September 23, 2010

Coretan Eid Mubarak 1431H - Satu syawal kami

Assalamualaikum wbt..

Salam Kasih Sayang semua.Masih mood aidilfitri?.Kami masih beraya ziarah saudara mara kesana sini.Hari ini baru sempat update blog yg sudah bersawang.Tahun lepas ummi tak coretkan kenangan Aidilfitri kami disini sebab tengah mabuk pregnant my lil calliph,adam.ingat tak blogku ini bersawang? hehe.Tahun ini ummi nak coretkan kenangan Aidilfitri kali ini sepuasnya.hehe.




Tahun ini kami beraya dulu di kg hubby dulu,kg pandan.jauhnya kampung...hehe.padahal kat KL.kampung di dalam bandar.dekat dgn KLCC nun...so,satu syawal kami ziarah saudara mara di sekitar KL dan selangor dulu.

Kelam kelibut juga nak meyiapkan 2 orang budak pagi2.after Abi solat sunat Aidilfitri,ummi siapkan diri sendiri pulak.terus beraya.sampaikan tak sempat nak makan ketupat dan rendang dulu.makan kat rumah orang la jawabnya..hehe.

Tahun ini kami beraya berempat pula.dan this is 1st raya for adam! seronoknya dpt duit raya..hehe.


my cute niece.she is my photographer of the day.me tak sempat sgt nak menembak.sibuk pegang budak2 ni je..tak cukup tangan.hehe.

satu2nya gambar pose kami berdua di satu syawal.tengah suap aufa dan diri sendiri nasi serai dan rendang.yummy! sempat pose jap.Aufa tengah mintak nasi!! nasi!! tahun lepas Aufa beraya tak boleh makan pape sangat.Tahun ini dapat makan ketupat,lemang,rendang,kuih raya...paling dia sula kerepek!


raya tak nak pakai spect..hehe.my new eyes,amethyst...thanks freshlook! :)

kasut raya my gegirl..tak pakai pun.dia nak berdukung je.bad mood.semua tak nak.mengantuk lagi.dia tak cukup tidur..

satu-satu gambar dia.bukan main seksi lagi.tahu tak nape dia tak cukup tidur?? .sebab kami bawak dia berjalan shopping kat jln TAR di malam raya.meriah dan sangat sesak! pukul 3 pagi baru balik! pastu pukul 7 dah kejut nak siap kan dia.mana tak moody anak daraku ini...

Raya pertama kami bersama adam..masa ni kakaknya dalam rumah.balas dendam..tidur sepuasnya!...haha.

ini di tangga rumah mak saudara hubby di selayang.hubby kata rumah kampung ini arwah ayahnya yang buat.kagum jugak.cantik!

my cheeky boy.sian dia malam tadi kena gigitan nyamuk.bila pagi raya adam jadi si bintik bintat.memang geram betul.susah nak kontrol gigitan manja nyamuk ni.baby lagilah dia suka.kena gigit tak tahu nak karate.habis! pasni kena ready sapu mozzie clear before sleep.

and last gambar mereka berdua! kakak sayang adik.kakak dah puas tidur,dah ada mood nak bergambar.adik pulak dah penat posing lah.haha.

raya kedua kami beraya di melaka pula...to be continued...:)

Thursday, September 9, 2010

Selamat Tinggal Ramadhan dan Salam Aidilfitri

Salam Sayang Semua,

Diari :

Kelmarin :
Berbuka puasa kali terakhir ramadhan thn ni bersama family tersyg.my mom plan dtg rumah nak celebrate my birtday sekali.kali ini raikan dengan kek birthday air tangan sendiri.yummy! .licin!

Semalam :

Masukkan kuih raya dlm bekas.shopping raya penghabisan.selagi tak raya,sales sana sini.duk perabih duit kejenye.


Hari ini :

Kemas rumah bagai nak rak,pasang langsir.kemas beg.pening.mcm2 barang.1 beg setiap sorang.mlm,balik kg hubby.


Esok : Aktiviti masak-masak.gosok baju raya.masukan duit dlm sampul.


Lusa :Raya!! yeay!!


Esok hari terakhir kita berpuasa.Sedih dan sayu Ramadhan akan meninggalkan kita.Cepatnya masa berlalu.Tetapi gembira juga Aidilfitri bakal kita raikan sebagai tanda kemenangan menjalani ibadah berpuasa.Alhamdulillah,persiapan raya kami telah disediakan dgn sederhana.Kuih raya 'tunjuk' dah dimasukkan dalam bekas.Ada juga yang dah licin dikerjakan.Hehe.Tahun ini baju raya anak kena double.So,baju kurung aufa tak delah banyak macam tahun lepas.Hehe.Adam pula satu je baju melayu,yg lain baju kasual.Tak sabar nak tgk adam bergaya dgn baju melayunya nanti.Baju dorang yang lengkap bagai,dibeli dulu.Baju raya ummi dan Abi pulak , shopping last minute.Semalam baru setel.Jadi mak bapak camtulah.Anak-anak yang diutamakan dulu,barulah senang hati :)

Aidilfitri kali ini,giliran beraya di rumah mertua dahulu.Kg hubby dekat je,kg pandan KL.So, raya pertama kami beraya di KL dulu.mlmnya bertolak balik ke melaka.My parent dan adik2 memang beraya di kg walaupun nenek atuk sudah tiada.Kami tetap akan berkumpul di rumah pusaka dan berkonvoi ziarah ke rumah saudara mara.Adik beradik mak 19 orang.Bayangkan bila berkumpul semua dengan anak cucu semua.Memang meriah! So,kami akan beraya ke di melaka smpai hari raya ke 4.Hari raya ke 5 dan seterusnya,insy masa akan dihabiskan dengan cuti-cuti malaysia.yeay!!!

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri.Ummi minta ampun jika ada terkasar bahasa atau terhuris perasaan sepanjang berblogging ini.Minta maaf zahir dan batin ye semua.Semoga you all bergembira beraya bersama family tercinta.Selamat balik kampung and have a safe journey!!.And enjoy makan lemang,ketupat dan rendang.Happy holiday!...


Tak sabar nak beraya berempat.*_*

P/s: online dari rumah mertua.kg hubby dekat je.20minit dah sampai.hehe.

Monday, September 6, 2010

Happy 26th Birthday to me

Salam Sayang semua,

Tepat 6hb september 26tahun lepas,emak bertarung nyawa melahirkan saya.Terima kasih mak.Terima kasih juga ayah membesarkan saya.:) So,today i wanna wish happy 26th birthday to myself.I am 26 years young today..tak nak mengaku sudah makin tua.hehe.



kek sekadar hiasan.bukan kek birthday saya.:)


Bertambah satu usiaku,kurang satu nikmat kurniaan umurku..Terima kasih Allah kerana memanjangkan umurku..Terima kasih keluarga kerana sentiasa penuh dengan kasih sayang.
Terima Kasih abang kerana menyintai dan membahagiakan.Terima kasih anak-anak kerana menceriakan dan menlengkapi hidup kami.Terima kasih sahabat kerana mengambil berat dan berkongsi kisah kehidupan.Semoga umur yang dikurniakan membawa kerahmatan dan keselamatan.^_^


my new collection :)

Hubby gives a suprise.A gift Bling-bling from habib.Syukur.Terharu.hehe.Terima kasih abang.I love them.Both are totally sweet! And I love you so much abang.Semoga abang sentiasa dimurahkan rezeki dan abang pemurah belikan sayang bling-bling lagi.hehe.And I love habib jewels.Dulu,kini,dan selamanya.^_^

Happy 26th birthday to me *_*

Sunday, September 5, 2010

Bila adam sudah 3 bulan..

Salam Sayang semua,

Hari ni ummi nak bercerita tentang anak terunaku.Bila sudah masuk 3 bulan,makin seronok bermain dengan dengan adam.Mulut dia dah bising,dah pandai panggil kita...mulut bising,ak..ak..ak..ak..ak..panggil nak menyusu la tu.Seronok juga adam dah boleh nampak kita,dah respon bila kita bercakap,dah pandai agah, dah boleh bergurau2.bila kita geletek ketawa terkekeh2.masa umur camnilah seronok main dengan baby.Adam dah pandai tengok tv gak tau.Adam selalu tengok playhouse disney dengan kakak.:)

Adam ada tanda lahir di dahi sebelah kiri

Adam suka senyum.bangun tido,senyum.nak tido senyum.tengah tido pun boleh tersenyum.Ada juga tgh tido dia ketawa terkekek2.aik,mimpi apalah anak ummi ni.Bila jumpa orang,mesti orang akan kata adam ni mesra dan peramah.Harap2 sampai besarlah adam camtu ye.jangan sombong2 ye nak..

murah dengan senyuman :)


Hobi dia tak lain tak bukan hisap jari.nyot nyot nyot jari debab dia.Tahu-tahu dah basah mulut dengan saliva dia.kalau nyot nyot sampai berbunyi-bunyi tu tahulah,nak menyusu lah tu..

aktiviti kesukaan saya.yum yum.sedapnya tangan saya!

Adam sampai sekarang still budak yang tak banyak ragam.melalak bila lapar saja.Selalunya dia elok diam je.buat hal sendiri.Bila bawak keluar shopping pun elok je diam.merengek bila lapar je.senanglah nak bawak ke mana-mana.Harap sampai bila-bila dia camtu..

ustaz adam.hehe.terbeliak mata saya, kena flash lah ummi...

Ramadhan kali ini,ramadhan pertama buat adam.kadang2 dia akan terjaga bila kami bersahur.seronok kali ini bersahur berempat.kakak aufa pun bila terjaga,ikut makan sekali.Bila lepas sahur,biasanya adam pula nak meyusu.dia nak sahur juga.:)

Adam!!...susu ummi!! berkabung!! GEDEBAB!! (nyanyi ikut lagu adam& stacy eh) hehe.

Last week,bawak adam check up dan jab for 3months.lambat bwk dia kali ni.at 3month 2 weeks, berat adam dah 7.1kg.tinggi 64cm.makin semangat anak ummi ni.Ya Allah,biarlah adik terus debab.ummi tak kisah adik kuat menyusu.ummi tak kisah lenguh tgn dukung adik.tak pe,ummi tak penat bila adik nak nyot nyot je,biarlah susu cukup utk adik.biarlah adik terus membesar debab debab dan sihat..:)

Sama tak muka kami?? ada yg kata adam dah ikut ummi pulak.

Bila di bawa keluar.baru-baru bawak adam shopping preparation for raya.habislah dia kena cubit sana sini.lagi2 bila bawak guna carrier pandang depan.lagi senang orang cubit pipi dia,cubit peha dia.dorang geram.cubit usik2 adam takpe,umminya tak boleh eh.hehe.ada yg kata,tembam nya budak ni.ada juga yg terkejut bila adam baru 3 bulan.dorang ingatkan dah umo 10 bulan.hehe.ada yg panggil,adam budak gemuk.Hahaha.pengalaman baru untuk kami juga.dulu Aufa orang kata,comelnya badan dia.Adam debab pulak.:)

Adam dah dapat duit raya tau.belum raya lagi..hehe.ada tokey kedai,geram tgk adam.dia bagi duit raya kat adam.adam pulak elok genggam kuat duit tu.kami nak simpan,dia genggam kuat.tak bagi ambik.Hahaha


Kami doakan adam terus sihat membesar.sayang sangat kat dia! muah banyak-banyak!!

Thursday, September 2, 2010

Berbuka puasa di Dubai

Salam Sayang semua.

Kali ini ummi nak share restoran arab yang best., Restoren Al Diafah di Sri Petaling.kami makan buffet ramadhan disana last week.Since Abi is an arab food lover.Dia beriya-iya tak sabar-sabar nak ke Diafah.Ada orang recommend dia ke diafah.Sedap katanya.



Bila kami sampai.agak terkejutlah tgk outlook dia.ingatkan biasa je.rupanya mmg berbeza lah dgn restoren arab yg kami pernah pergi.hehe.

restoran terletak kat level 2.kat level bawah jual kurma,abaya dan mcm2lah.nampak mcm exclusive je packagingnya.bila naik tangga, suasana arab tu mula meresap sbb penuh dgn brg2 antik dan arabic decoration.^_^

Bila sampai dining hall.Wowww! Terkesima kejap.Ini memang betul suasana arab.Ummi kata mcm kat dubai.walaupun belum pernah ke dubai pun.Ahaks! Abi kata, based on decoration restoren ni ikut egyption style.Sepanjang wall disusun vase,kitchenware,kristal,lampu2 bagai.So gojeslah!




Blink blink sana sini.Arab feeling sudah datang meresap kedalam jiwa ana.Ya habibi Ya maulana!!! masa ni belum penuh lagi.kami semangat dtg cepat.hehe.

On the table, still following the arabic concept.Setiap meja di alas paper bertulis Ahlan Wasahlan bermakna Selamat Datang...:)

Dan di setiap meja ada teapot besar dan unik ini.kalau kita gosok2 keluar tak jin? ummi nak mintak 3 wishes lah.Hehe.Air kopi dia pun tak sama dengan kopi kita.Its a new thing for me.


Sambil tunggu waktu berbuka.sempat ambil gambar.Abi with Aufa.Aufa geram tgk decoration kat wall.Habislah kalau dia dapat capai!

Ummi with Adam.Sama tak kami pose?.same smile and lentok-lentok pulak.


Adam saje eksen duduk kat baby chair.Adam tak boleh makan lagi.Ummi makan banyak-banyak sedap-sedap untuk Adam ye.


Jom kita kenali arab food.orang arab dorang eat a lot.lagi2 dorang byk makan daging.majority menu daging ayam,kambing,lembu.pic foodies atas ni semua yg ummi suka.letak gambar food kecik-kecik jelah.kang you all terliur pulak.tak baik pulak.


first trip foodies yg kami amik.pelbagai jenis nasi,ada nasi kabshah,nasi mendy dan nasi egypt.dorang suka mkn sayur jugak.mcm2 jenis salad.pelbagai arab food kat sini.tak termakan semua.Hihi.
Kat sini ada sediakan surau juga.After solat boleh sambung makan lagi.Hehe.Desert dia ummi amik puding karamel(my fav), ping pong (bulat mcm bola) dan tamaribnd (panjang).semua lembut dan manis-manislah.
Yang paling seronok aufa gives full co-operate by eating well.Suprisingly,she eat a lot!!! Dia suka makan hummous.siap suap-suap orang pulak.

While adam pun bagi chance ummi makan dengan tenang.sepanjang 'melantak' elok dia tidur.Hehe.
Aufa berselera makan.semua tiga-tiga nasi dia makan.boleh tahan banyak aufa makan.but they're not charge on me! ^_^

So,bagi yang suka mencuba sesuatu yg baru or suka arabic food.kami recommend try ke sini.Pasti berbaloi.Suasana gojes and the foodies is yummy!:)

Alhamdulillah.perut sgt kenyang.Bersyukur atas rezeki yg diberiNYA.