ads

Monday, August 30, 2010

Kawan baru Adam,Ahmad luqman Al hakim

Salam Sayang semua,

Mood happy-happy *=*

Semalam visit kawan baik ummi sejak sekolah rendah,aunty syieda dapat baby.baby baru keluar hospital.almost 2 weeks duduk dalam inkubator sebab lahir tak cukup bulan.2 weeks jugak aunty syieda tak jumpa baby dia.husband dia je berulang alik pi anta ebm.sian dia.Alhamdulillah,baby dah ok.dah boleh bawak balik.Dah boleh tidur dengan mama! Mama dah boleh peluk dia!


Its a boy! hensem ni.hidung mancung! macam arab tau.namanya pulak Ahmad luqman al hakim.sedapnya nama! ari tu ummi nak letak nama adam ada Al ni.belakang tambah al fatih,al warith,al-harith,ar rayyan,ar-razi.mcm arab walaupun hidung adam tak mancung mcm pak arab..hehe.tapi Abi tak approve.:(

Adam dengan kawan barunya.luqman now just 1.8kg.luqman,minum susu mama banyak2 tau.nanti cepat besar dan boleh main dengan Adam.best...best..^_^

Sebijik ikut mama dia.Congrats dear...welcome to parenthood.Sekarang ko dah jadi mak orang.tak boleh nak enjoy sakan lg ye.enjoy dengan baby plak lepas ni.:)

Thursday, August 26, 2010

Adam cintakan masjid

Salam sayang semua.


Sempat ambil beberapa gambar adam semasa di masjid putrajaya.Harapan kami bila adam besar nanti,cintakan masjid dan adam suka ke masjid.Kami juga harap Muhammad Adam kami boleh mengetuai solat berjemaah kami nanti.InsyaAllah.Lets enjoy the pictures our young imam,Muhammad Adam. ^_^








Semoga Adam akan terus mencintai rumah Allah,Semoga Adam mendapat yang terbaik di dunia dan akhirat.We love you,bam bam boy! :)

Wednesday, August 25, 2010

Soto Saya

Salam ramadhan semua..

Ini entry makanan.hehe.menu berbuka bersama family saya.mak ayah dan adik beradik datang berbuka dirumah.menu utama ialah soto ayam.akhirnya sempat juga siap,setelah asik tergendala melayan lil aufa dan lil adam.dah melalak off dapo jap.then sambung balik.bila ada si kecil begitulah :)




Nasi impit + sup soto+ bergedil + ayam+ suhun goreng+ tauge+ daun bawang/daun sup+ limau +cili kicap.Nasi impit kena masak dari pagi.bila petang dah sejuk.dah senang dipotong.Nak resepi ke? kalo nak bagitahulah.

Antara byk2 kuih.yg ni paling menarik.Yang ni bukan saya buat.orang bagi.sangat cantik.bila makan rupanya agar-agar santan dan gula merah.tapi gigihnya dia buat layer cantik camtu.bukan saja cantik tapi yang penting sedap sangat! ^_^

Menu apa pula untuk hari ni ya? Happy Cooking mommies ^_^

Friday, August 20, 2010

Have Fun at the park

Salam Ramadhan,

Hi mommies.how your's ramadhan diary? ummi rasa padat juga.macam-macam benda nak buat.ummi perasan many mommies yang talking about food they had during sahur and break fast.if pergi bazar pula,plan apa yang nak teringin nak makan.and also plans nak masak apa pula untuk berbuka.me too! mesti plan,esok nak masak apa ya untuk berbuka.mestilah yang heavy and special.bila tak cukup bahan kelam kabut cari kat kedai depan.Bila air tangan kita.InsyaAllah...yummy!!! dan yang penting rezeki berkat.^_^

Ok,this is pictures entry.Pictures of my earth angels at gardens and taman tasik titiwangsa.This is my first time go to titiwangsa.Kesian.hehe.We had so much fun there.My 22months cheerful girl,Aufa was very enjoy during the day.seronok bila bawa jalan-jalan.While my 3 months bam bam boy,Adam was very sporting.walau dia agak penat.sebab tak dapat tidur dgn aman seperti biasa.tapi dia tak meragam.senang dibawa berjalan.good boy.^_^

Ok,enjoy the pictures!!!
























Ummi sayang Aufa dan Adam.Kalian adalah buah hati pengarang jantung,penyeri hidup dan penghibur duka lara ummi.^_^

Thursday, August 19, 2010

Kegemaran puteri kesayangku


Assalammualaikum wbt


Salam ramadhan semua...


Diwaktu ummi menulis ini,aufa sedang berada dirumah nendanya.mungkin esok datang ambilnya semula.rindu.sunyi rumah dia tak ada.^_^


yang kelakar bila ummi,tanya.aufa nak balik rumah nenek tak.dengan pantas dia dia geleng geleng nanak nanak nanak!! dah pandai respons.dia dah paham kami nak tinggalkan dia.

Lil aufa suka naik buaian di rumah nenda ni.buaian ni dah lama usianya dan banyak kenangan.nenda tempah buaian ini untuk ummi dan adik beradik dulu.


My lil aufa tak lama lagi genaplah 2 tahun.dia lahir 4 syawal.hari raya nanti birthday lil aufa! yeay!!! how time flies...cepatnya anak ummi membesar...dulu dia cheecky baby.now dia dah jadi kakak yang penyayang.



Lil Aufa sangat suka makan coklat.bangun tido terus mintak coklat.pergi kedai mintak coklat.selagi coklat tak abis dalam peti ais.selagi tu dia akan keep mintak, nak atet nak atet.haha.hanya ummi paham atet tu apa.Coklat!!! hehehe




Abi bising juga.ajar lil aufa makan coklat.takut gigi dia rosak.tapi lil aufa suka brush teeth tau.suka sgt! habit terbaru dia.masuk je toilet,mintak nak brush teeth.nak teeth nak teeth..10 kali masuk toilet,10 kali brush teeth.kalao tak layan,melalaklah dia.dulu ummi akan gosokkan,skang dia nak gosok sendiri je.amboi! lawan tokey plak.tapi ummi akan gosokkan gak sebab dia gosok main cincai je.haha.


pastu skang dia suka mandi berendam lama-lama.tgk baby adam mandi mandi bath tub.dia pun dah suka mandi dlm tu.lepas mandi,mesti susah nak pakaikan baju.kat umah dia suka berlenging.pakai pampers je.dah badan bukan main slim.hehe.dia jenis kuat berpeluh.bila bukak baju selesa la kot.
Lil aufa loves singging and dancing too.wah,bila tgk playhouse, bila singing part..ligat kemain!! copycat khoreographi sekali.so funny you girl!! :D

Lil aufa suka berborak guna phone.suruh call nenek lah.mak su dia lah.bila ummi tgh gayut dgn abi,dia pun nak akap nak akap.sibuk je..hehe.mulut memang tak tahan.pot pet pot pet!



Yang paling kelakar.skang kakak bukan pandai pam susu je.bila baby adam cry.dia cakap,adik nak tek,nak tek? terus dia suakan badan dia.nak bagi adik susu! macamlah ada susu!hahahaha.memang tak tahan lah bila part tu.


Macam karenah lil aufa.kadang-kadang menguji kesabaran juga.rumah memang susah nak teratur bersih skang.ada je projek dia menyepahkan balik.geram je.hehe.pastu sekarang dia suka tido lambat.nak ajak kita main gurau2 lagi.buat tak layan pun camtu gak.pelik.dia tak penat.siang bukan tido pun.kdg2 pukul 1pagi baru dia tido.smpi nak marah2 suruh dia tido.hehe.lagi satu,dia suka kaco adam tido.ada je nak usik.ciumlah.menjerit2lah.ketuk ketuk sana sini.buat bising.last2 adam bangun.argh!!!! memang menguji kesabaran.

Walau penat layan karenah lil aufa.Dialah penyeri rumah kami.Dia lah gelak tawa kami.Dialah penghibur kami.

Paling terharu.bila aufa kiss ummi.usap kepala ummi,sayam ummi..sayam ummi.dia buat sama mcm kita buat kat dia.^_^


Oklah,Happy 22month old dear..ummi dan abi sayang kakak banyak tak terhingga!!!.

Tuesday, August 17, 2010

pemakanan untuk membanyakkan susu badan

Assalamualaikum wbt..

Salam sayang semua.Bulan puasa ini pastinya ramai yang risau susu badan akan merudum.Tapi insyaAllah,hati pasti senang bila mengamalkan pemakanan yang berkhasiat.dibawah ummi sertakan petua untuk membanyakkan susu.Elok juga kita amalkan untuk memeriahkan susu kita.



Alhamdulillah.Gembira bila bangun pagi melihat anak-anak ceria.Senang hati bila mereka sihat.Syukur dapat menikmati dan menjalani peranan sebagai seorang ibu.Walau menguji kesabaran bila melayan pelbagai karenah anak-anak tapi dlm hati rasa bahagia . ^_^

Sejak adam lahir.Aufa dah tak nak breastfeed lagi.Puas juga ummi pujuk dan paksa.beriya tak nak.Baru-baru ni ummi ada try bagi ebm kat aufa.Tapi dia tak nak.nampaknya dia dah tak suka susu ummi lagi.pelik.rasa lain ke.dulu tulah favourite dia.:(

Pastu,skang ummi campurkan separuh ebm dlm susu dia.mula-mula dia buat muka pelik dan merengek.stop minum.pastu terus minum smpi habis.Minum pun.hehehe.

Ada yang bertanya kenapa ummi buat stok ebm.sedangkan ummi kan surirumah.boleh bagi direct je.Actually,sometimes ummi perlu tinggalkan adam kat umah nenda.So,kena makesure ada stok yang cukup.Bila bulan posa ni.bila tgk adam mcm tak puas mnyusu,bagi dia ebm juga.

Ada juga bertanya,mcmana progress spectra 3 dan ebm.ummi rasa spectra 3 bagus dan efficient.So far, tak da apa problem.Stok ebm pulak tak delah buat banyak sangat.Bulan puasa ni ummi pump 2 kali sehari je.selepas buka dan selepas sahur.yang lain bagi direct je kat adam yang kuat nyot2 tu.

Bawah ni lsit makanan untuk menambahkan susu.yang bertanda (*) tu ummi dah cuba.ok,selamat mencuba.



PEMAKANAN
  • (*) Lobak putih - ummi pernah buat jus.tapi selaunya masak sup or sayur campur. SEDAP. Kesannya mmg membantu utk membanyakkan susu.
  • (*) Bayam - masak air pun sedap dah. ada orang buat goreng. Kesannya mmg terasa. Dan ia mmg membantu utk membayakkan susu.
  • (*) Broccoli - Bagus. Sumber Kalsium yang baik.
  • (*) Sawi - Masak goreng tumis atau rebus.
  • Cekur Manis - masak rebus/ lemak manis.atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  • Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang - dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  • Kacang Hijau - bubur kacang hijau.campur beras merah & also bagus utk pekatkan susu.
  • Kacang Tanah - kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  • Daun Kucai - daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus.makanlah bersama-sama nasi.
  • Petola, daun turi - masak lemak manis
  • Kacang Buncis
  • Pucuk betik
  • (*) Roti - segala jenis roti especially roti planta
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • (*)Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert
  • (*) Kismis - 7 biji setiap pagi, tengahari, malam
  • Ikan Tenggiri
  • Sengkuang Cina
  • (*) Biskut bijirin - ape2 saje biskut yg ade cereal, fav ummi biskut Jacob etc.Ummi suka gak Kellogge Cornflakes + Kismis + Milo
  • (*) Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin/ di proses, yg pure tau

MINUMAN

  • (*) Air masak - Jangan lupa minum air masak banyak-banyak. Kajian menunjukkan minum air masak sebelum breastfeed baby, InsyaAllah banyak air susunya.
  • (*) Minum susu - Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.Tapi ummi minum susu fernleaf sekali minum dgn Abi.Minum juga susu kambing Hi goat.
  • Longan Kering - Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja. Direbus dulu dengan gula batu/ gula kabung/ gula merah, kemudian diminum airnya.
  • Halba - rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil ngan air suam kalu tak lalu nak minum airnye. Bole juga ditambah dlm apa2 masakan cth kari.
  • Oat - minum dengan air suam + susu tin/Anmum, buat lempeng/cekodok.
  • (*) Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  • Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  • (*) Soya - minum secawan sehari.
  • (*) Kurma - makan begitu sahaja atau buat jus/ ice blended
  • (*) Madu - sebagai pemanis dalam minuman atau dessert.
  • Air Kelapa
  • Air Sengkuang Cina - Boleh beli yg dalm tin brand season F&N or buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus ngan gula sedikit.
  • Daun betik -rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  • Lobak putih -parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih+lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  • Milkmaid tea
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Autumnz Organic Nursing Tea
  • Joy Angel Nursing Tea

SUPPLEMENT
  • (*) Kalsium
  • (*) Obimim
  • (*)Omega 3
  • (*) Vitamin C
  • Jamu yang membanyakkan air susu i.e PIL ASI, jamu nona roguy (phytonatal)
  • Alfalfa
  • Bidadari DCL
  • (*)GNC fenugreek - Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC, bole didapati di farmasi GNC.
  • (*) Habatussauda
  • (*) Organic Spirulina
  • Melilea Greenfield Organic
  • ML - Goat's Rue Vegetarian Capsules
  • ML - More Milk Plus Vegetarian Capsules
  • ML - More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

sumber : http://alinalan.blogspot.com

Ajar anak tidur di bilik sendiri

Assalammualaikum w.b.t.

Salam sayang semua.Sejak kami dah berempat.tak mungkin lagilah nak berhimpit semua atas katil.mana muat.tak selesa.Adam tidur dalam dlm cot.tapi bila dia nak meyusu,pindah lah juga kat ummi.Kami rasa tibalah masa untuk Aufa tidur di bilik sendiri.Lagi pun sekarang dah tak bangun menyusu waktu malam lagi.bermula lah cabaran untuk kami dan aufa. Memang mencabar.Tahu jelah kakak tu manja bukan kemain.siang berkepit je dengan ummi,malam kenalah bagi privacy ummi dengan abi lak ye.Haha.

Mula-mula,kami kemas bilik dia cantik2.letak semua teddy bear dia atas katil.Bagitau dia,tu bilik dia.kena tidur kat bilik tu.At first,memang rasa kesian.mula-mula ummi teman dia.pastu bila ummi stay kat bilik kami.dia datang balik bilik kami.kesian.pastu kita bagitau lagi.terangkan kakak kena tidur bilik kakak.berulang alik jugalah dia.Haha.Its a long process...Lama-lama dia nampak dia dah le accept.dia ada bilik sendiri.

Bila malam,dia ajak tidur kat bilik dia.selalunya ummi teman dulu sampai dia tidur.Tapi kena get readylah.sebab bila dia terjaga.mesti melalak sakan.panggil ummi.so,kita kena temankan balik sampai dia tidur.Maybe should give more time for her.Slow-slow la kan.So,sekarang still dalam process nak bagi dia biasa dan berdikari.manja sangat ni.tak boleh berenggang pun tak elok juga kan.

So,you all macam mana? anak2 tidur sama or asing? If tidur asing,share lah tips untuk biasakan dorang..:)



Adik beradik sedarah sedaging.pesen tidur pun sama..:)




Thursday, August 12, 2010

Kids recent activities

Assalammualaikum wbt

Salam sayang.Salam ramadhan al mubarak buat semua.Selamat menjalani ibadah berpuasa dan mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.Ramadhan kali ini,ialah ramdhan ke 3 sebagai seorang isteri.ramadhan ke 2 bersama puteri kecil kami Aufa dan ramadhan pertama buat little calliph,Adam.Alhamdulillah,syukur masih diberi peluang menjalani ramadhan kali ini.

Kepada ibu-ibu meyusu.bulan puasa memang mencabar penyusuan kita.tapi teruskan penyusuan kalian.kerapkan penyusuan dan ambil makanan berkhasiat ketika bersahur.InsyaAllah, cukup susu untuk anak-anak kita.

Adam tengah berpikir


Alhamdulillah,bila adam sudah baik demam.senang hati.Dapat menghadiri majlis kenduri kendara.dapat keluar bersiar-siar.hehe.Last weekend kami sangat padat dgn meluangkan masa dgn anak2.bawa anak2 ke mines, gardens dan midvalley.Oh ya,Jusco sudah start sale!..cepat je! hehe.akhir sekali ke taman titiwangsa.

Mines cruise tour


Kakak mithali :)


Excited bagi ikan makan


Aktiviti kesukaan adam,makan tangan sendiri..;p


yay! we have so much fun!!! geram tgk dia!

Suka gayakan mereka warna sedondon :)


Semalam kali kedua bawa adam ke masjid.kali ini bawa untuk iftar dan berterawih.walaupun wanita sebenarnya lebih afdhal solat dirumah.Tapi apa salahnya sekali sekala bawa anak-anak ke masjid.Sejak ada anak,memang boleh dikira berapa kali ummi ke masjid.Lebih senang berjemaah di rumah.Ramadhan lepas, ada juga bawa aufa ke masjid.Tapi bila ada orang boleh jaga aufa.Barulah boleh solat.

Semalam kami ke Masjid putrajaya.mereka ada sediakan ruang solat untuk mommies yang membawa anak2 kecil.ummi hanya dapat solat maghrib dan isyak.terawih tak sempat,adam sudah menangis mahu tidur dan nyot nyot.hehe.Ummi memang sudah jangkakan.Belum tentu dapat berjemaah kerana melayan karenah dan ligat anak2.Walaupun agak leceh bawa anak2 solat di masjid.Tapi tiada salahnya kita biasakan mereka dengan suasana masjid.Apa saja yang baik haruslah diterapkan kepada anak-anak dari awal lagi. :)

kakak aufa di masjid besi,putrajaya

Adam di masjid putrajaya

adam montel.muah3x!


Jumpa pula fifi pengacara bersamamu dulu tu.cantiknya dia.baby handsome dia,fahd al warith ligat jalan sana sini.seronok dia explore.even dia pun tak dapat terawih. berjemaah,tapi dia seronok sbb first time bawak fahd ke masjid.comel ^_^.

InsyaAllah, ada masa kita berjemaah di masjid lagi ya.Tapi Aufa kena janji duduk diam-diam.Kakak kan pandai ikut ummi solat.Adam kena janji jangan menangis kuat2 ya sayang..Semoga kalian menjadi anak-anak soleh dan solehah :)