ads

Sunday, July 25, 2010

Romantic dinner on the lake

Wah.tajuk! tak tahan.lama tak blogging about restaurant or foodies kan?.ni citer last week.nak dinner seafood.teringat restoran ni.dah hampir 2 tahun stay shah alam.tak pernah singgah lagi.tapi selalu nampak meriah je restoran ni.car park penuh melimpah-limpah.

Restoran Tasik Indah atau restoran terapung terletak kat belakang plaza alam sentral.dan ofkos diatas tasik shah alam.Restoran ni service memang mantap.foodies pun pelbagai dan sedap.so,sbb tulah kasi promosi kat sini.hehe.




mmg penuh je.customer masuk tak putus-putus.

sebelum order kita siap.kita dihidang kacang goreng dulu.ngup ngap ngup ngap.dah habis.nak tambah lagi pun boleh.selain tu,di hidang juga air kosong dan teh suam.habis,dituang lagi.


macam-macam pilihan.kami order siakap stim dan tomyam seafood.tak boleh order manyak2.tak terabis pula nnt.foodies pun cepat sampai.uih,besaunya ikan.kembong perut nak kasi licin! sangap!


kakak aufa makan nasi dan siakap stim.yummy!!!!

ummi pun dapat makan dengan tenang sambil babywearing adam.adam tido dengan lena.
lepas kita dah abis makan.dah licin semua.minta bill.dia anta pula buah tembikai sebagai pencuci mulut.servis mmg mantaplah! puas hati.

Alhamdulillah.kami sudah kenyang.time to go home! ada rezeki nak bawak family pula.makan besar kat sini.InsyaAllah.:)

So, you all suka seafood? selalu makan di mana? selalu menu apa yang jadi pilihan?

Thursday, July 22, 2010

trip to new demc

salam sayang,

Alhamdulillah,dapat update juga.yeay! adam dah 2bulan.adam dah pandai borak-borak.selain dia semakin montel.baju-baju dah sempit.adam suka sengeh bila diagah.Adam dah pandai gelak-gelak juga.:)

check up adam untuk 2 bulan ritu di demc baru.wah,cantiknya hospital baru.ofkos lebih luas,selesa dan lengkap.ruginya tak dapat bersalin kat hospital baru.hihi.

tapi bila dah pindah ni.ongkosnya mcm naik sikit je.tak sure lah if lain immunization,lain kosnya.servis pula belum cukup mantap lagi.maybe sebab still baru beroperasi di new building.

Ada sekali tu,servis sgtlah lambat.masa tu kes aufa terjatuh.tgn sakit.nak cek terseliuh ke apa ke.doktor pula tak ramai time tu.Abi pula jenis tak boleh tunggu lama.dah sejam lebih tunggu,terus blah tak larat tunggu dah.geram katanya, pi tempat bayar pun servis lambat.hope dorang improve servis pasni.nnt customer hilang pula.:)




adam inject for 2month.lupa aufa belum inject for 18months.so,sekali dua-dua kena cucuk!

My bam bam 2months old baby Adam dah 6kg, panjang 63cm.



Biasalah aufa.sesi pembelajaran di mana-mana.kat wall byk gambar animal.so,tunjuklah sana sini.bird,flower,giraffe,elephant...:))


mula-mula adam dulu.steady pula kali ni.tak cry pula.strong la baby...tak sakit kan :)

sementara tu,si kakak main toys dulu.doc kata,bagusnya.dia sorang je duduk atas chair tu siap bukak kasut.hehe.dia ingat,sebab bila masuk kereta abi pesan suh bukak kasut.tak nak seat kereta dia kotor.haha.

next kakak pula.kakak pun tak cry.tapi bila balik rumah dia jln jongket2.eh ke jengket2?hihi.sakit kat tempat cucuk tu.mmg biasanya dia akan demam lepas tu.terus bagi ubat demam.esok baik lah.

Ada orang bagi present baju warna pink.ingatkan dpt girl.hehe.tak pelah,boy boleh pakai pink apa.tapi abi bising,kenapa pakaikan anak abg tudung nih? haha.Ini bukan tudunglah, ini bandana.ahaks!

semalam 21 july.first time ummi dengar adam gelak terkekek- kekek.ummi dukung dia sambil naik tangga.tetibe dia gelak.haha.happynya ummi dengar adam gelak!

habislah adam.jadi mangsa papparazi.asik kena posing.ummi sibuk nak snap aksi dia.dulu kakak aufa dah kena.sampai aufa dah hafal dialog.AUFA!! AUFA!! AUFA!! SMILE!!! haha.



Adam with kakak aufa.muka adam lagi tembam.adam 6kg.Berat aufa pula 8kg.habislah tak lama adam kejar kakak.takpe,adam jadi bodyguard kakak..kenalah tough!

Adam with abi.My 2 heroes!

Adam with ummi.Alhamdulillah.adam is a good boy.senang jaga dia.

Happy 2months old dear.we love you every day, every hour,every minute,every second.we love you so much!!

Wednesday, July 14, 2010

Happy happy time :))

Salam Sayang,

Lama blog ini tak berupdate.busy sangat ke? hihi.memang agak busy menguruskan anak-anak dan rumah tangga.nak menulis panjang-panjang memang bercinta lah sekarang.selalu sempat update di facebook sahaja.selain urusan family, ummi sedang berusaha mengusahakan sesuatu.InsyaAllah..bisnes kecil-kecilan sahaja disamping jaga anak-anak.nanti dah siap,akan kita war-warkan.

Sejak dah habis pantang ni.Ofkos memang seronoklah.dah sihat.dah merdeka.mula lah aktiviti keluarga berjalan kesana sini.plan mahu bercuti cuti, tapi Abi belum ada free time.So,bawak anak-anak bersiar-siar saja.Abi 'pantang' je bila masa terluang ajak berjalan.jom kita kuar,nak? hehe.Abi pun sejak ummi bersalin.Dia pergi kerja balik rumah je.boring katanya.Yang pasti memang bahagia menghabiskan masa bersama keluarga.Yang paling happy Aufa lah.'hidup' je bila ajak berjalan.Jom alan..jom alan..cepat-cepat ambil shoe dia.:)


Kami berempat.havoc juga bila dah ada dua anak.ada dua budak kena siapkan termasuklah barang2 dorang.ada dua mulut kena suap.ada dua muntot kena cebok.hahaha.

Abi dengan dua anaknya.


Alhamdulillah.dah boleh makan sedap-sedap seperti biasa.yang pasti kena makan yang berkhasiat untuk baby Adam.and still NO to air sejuk or ice cream.macam dah tak biasa pula minum air sejuk sejak pantang ritu.hehe.Abi memang tak bagi minum sejuk lagi.suruh pantang lagi.lagipun nanti adam perut kembung.

emm..yummy cheesy spaghetti!! seronok tengok Aufa makan.perut dah muncit.badan belum naik.still tengok mood dia nak makan ke tak nak.sometime makan banyak,sometime she refuses to eat.sometimes dia nak makan mula-mula.tak lama pastu,dah jadi bahan experiment makanannya.dibaling2.digaul2.dia main pula.buat messy.memang risau tau.

pantang nampak benda alah ni.mesti nak layan.minta coins sambil buat sign jari dia.nak wit..wit..wit..hehe.


Belum slim lagi.Saja ummi usik Abi.Ummi nak join London weight mgment nih.haha


Weekend lepas, sempat bawa anak-anak ke KLCC park.Sambil2 tu,aktiviti bershopping pun termasuk juga.ada sale pula tu.lama tak shopping kan.em,alasan..kukuh betul :)

wah,handsomenya anak ummi.mata sepet lah adam ni.ikut sape ek? adam seronok nak pi KLCC.2 bulan lepas,ummi bawak perut pegi KLCC,balik rumah terus adam nak keluar.Adam nak pi KLCC dulu rupanya!! haha.

Kakak Aufa seronok main buaian.lalala..lalala..kita pun happy tengok anak happy kan? :)


Lepaking at the park.cuaca pulak elok je.tak panas dan berangin. Abi sempat buat kerja dia kat sini.Abi..abi..kuat betul bekerja.yelah,untuk kami juga...Always support you,abang..:)



Adam buat muka tak puas hati.Tak boleh mandi pool lagi.hehe.


My precious prince..muah..muah kat pipi dia!! geget geget tangan dia!!

Permata hati kami.Aufa dah 19bulan.semakin pintar berkata-kata.Adam hampir masuk 2bulan.semakin tembam dan sihat membesar.Alhamdulillah.:)


Geram tengok Aufa.dia pun nak tolak stroller.comel je.hehe.Ok sayang,lain kali kita datang lagi.:)

Tuesday, July 6, 2010

Gelagat Puteri Comel kami

Salam Sayang Semua.

Jom Layan video si puteri kecil kami.Macam-macam aksi dia.Geram.Gembira layan telatah dia.Kelakar tengok gelagat dia.Dia lah pengubat hati kami.Video-video dirakam ketika aufa berusia 18bulan ^_^




video
Lokasi: rumah nenek,Klang

Aksi Aufa bermain kucing dan bagi kucing makan.Latar belakang suara mak su dan mak cik dia.hehe.Yang paling comel bila disuruh aufa salam kucing tapi dia salam ekor kucing.;p


video

Tarikh :26 Jun 2010
Lokasi : IQRAM Halal House

Rajin anak dara kecil ni menyapu sampah.ambil penyapu dan penyodok sendiri di belakang kedai.terus menyapu.comel.^_^



video


Tarikh: 26 Jun 2010

Dialog : Aufa !! Aufa!! smile!! sambil buat peace cara dia.:)
Kemudian gelagat meniru pose di ajar mak ciknya.

Thursday, July 1, 2010

Sudah Merdeka!!

Alhamdulillah.Akhirnya..sudah habis berpantang.merdeka! yeay!!! sudah boleh keluar jalan-jalan.sudah boleh makan sedap-sedap.opss..kena slimkan badan baliklah.hehe.Saat mengandung dan mengharungi kesakitan melahirkan adam tetap menjadi kenangan terindah dalam hidup ummi.Rindu perut boyotku dulu.:)

Anyway,terima kasih kepada semua saudara mara,kawan dan semua yang datang ziarah, bagi presents dan money kepada baby adam.terima kasih banyak-banyak ya.^_^

Buah chenta ummi dan abi.Thank you Allah.:)


Sudah mula menjalankan tanggungjawab sebagai surirumah dan sudah tentunya ibu kepada dua anak.Dan tiada lagi pembantu yang menguruskan rumah dan anak-anak.Ummi masih cuba menyesuaikan diri.So,terasa juga jadual seharian juga semakin padat.Tapi bab melayan karenah anak-anak memang seronok.dah anak dua ni kekok juga mula-mula.kelam kabut juga bila tak dapat catch up.Pening bila dua-dua berjemaah melalak.Tapi nampaknya ummi kena bergerak pantas.siapkan kerja sebelum mereka bangun.dan curi-curi masa semasa mereka tidur untuk berblogging.hehe.


Indahnya senyuman kurnian Tuhan

To my beloved children,

ummi janji akan jadi good mother to both of you..ummi mahu sentiasa bersama kalian.kalau boleh ummi mahu menjadi orang pertama melihat setiap developments kalian.ummi mahu menjadi insan pertama di dalam hidup kalian.

Ummi janji akan buat kalian sentiasa tersenyum.ummi seronok bermain dan meluangkan setiap saat bersama kalian.ummi mahu cium dan peluk kalian bilaakalian memerlukannya.ummi janji akan bimbing dan didik kalian jadi insan berguna.

ummi mahu jadi orang pertama mengajar kamu bercakap,menulis,membaca,mengaji ,mengira,dan mengenal benda.ummi janji zaman kanak-kanak kamu adalah waktu yang amat gembira buat kalian.Ummi janji akan menjaga kalian sebaik-baiknya dan menyayangi kalian selama-lamanya.Semoga Allah swt melindungi kalian dari segala yang buruk.amin..:)



Aufa kakak yang penyayang.:)


Teramat sayang kalian berdua.Kalian adalah harta paling berharga ummi dan abi.