ads

Thursday, April 29, 2010

Bila sudah hampir tiba masanya

Tarik nafas.tarik nafas lagi.sudah 38 minggu.maknanya sudah tidak lama lagi untuk berjumpa with my liltle calliph.berdebar-debar.Sudah terbayang-bayang ' si contraction ' yang akan menyerang.Haruslah bersedia.masih teringat lagi.dalam labour room.ummi sedang mengadoi-adoi menahan sakit 'si contraction'.Ya Allah, sakitnya..sakitnya..sekali sekala midwife di hospital razif datang cek pembukaan dan nasihatkan ummi. sabarnya pn raudhah, bersalin memang sakit.sabar ya.. Baru saya tahu bagaimana rasa sakitnya yang diceritakan sebelum itu.


sewaktu CTG scan.pregnancy at 38 weeks

Malam tadi kami sempat menonton rancancangan in the womb di channel national geographic.Subhannallah.Hebat sungguh ciptaan Allah sehingga lahirnya seorang insan.tengok juga proses kelahiran.Subhannallah.ummi pernah merasa perasaan itu bila melahirkan aufa dulu.selepas meneran,terasa baby menggelongsor keluar dari perut.terus diletakkan baby di atas dada kita.Subhannnallah.Oh.Harus bersedia untuk meneran juga.teringat pesanan seorang ibu saudara.kena berani masa teran.jangan tahan.jangan takut.nanti lagi lama sakit.harus kuat,bersungguh-sungguh dan berani.^_^.Baru saya tahu bagaimana sakitnya mak melahirnya saya.

kakak good girl.tak cranky.tak cry langsung masa ikut ummi jumpa gynae.friendly with nurse and doctor.

Pagi semalam ummi check up with gynae.Alhamduliilah keadaan baby dan ummi dua-dua sihat.berat ummi sudah 68kg.serius! tak pernah seberat ini.berat baby dah 3.2kg.semakin sihat kamu nampaknya.buat juga proses CTG.ummi dan kakak dengar heartbeat baby.gynae kata degupan jantung baby normal dan belum ada contraction lagi.Tapi dr mazita kata nampaknya ummi tak sempat bersalin di new demc.building sume dah siap.tapi CF tak dapat lagi.so delay lagi.expected pindah akhir june.nampaknya Abi lak yang frust.Abi nak baby rasmikan hospital baru.hehe.

Kalau ikut last exprience, bila kaki dah start bengkak.maknanya nak dekat sangat dah tu.tapi sekarang belum ada tanda apa2 lagi.Kawan-kawan semua,doakan saya dan baby dalam perut ni selamat ye.^_^

Tuesday, April 27, 2010

Cara-cara menaikkan traffic website anda secara percuma

Hari ini nak share tentang nak promosikan website atau blog kita.senang cerita nak naikkan "traffic".Tambahan lagi, Ia percuma sahaja.Bila traffic naik, nuffnang pun akan menyumbang lebih banyak ke dalam account kita.hehe.Alhamdulillah.rezeki jangan di tolak,musuh jangan dicari.Bagi anda yang mempunyai website business,cara-cara ini bagus untuk promosikan perniagaan anda dan naikkan hasil jualan dengan menarik lebih ramai customers.InsyaAllah..

Cara-caranya:

1. Gunakan Free Viral kerana ianya PERCUMA.

Salah satu cara untuk menarik traffic kedalam website anda adalah menggunakan FreeViral. Klik di link ini.
Buat step 1 dan 2.

2. Daftar web anda di dalam search engine

Daftar website anda ke kedua-dua search engine pencari terbesar iaitu google dan yahoo, jika tidak website anda tidak akan dijumpai didalam engine pencari tersebut dan ia percuma. Sekiranya anda sudah memiliki website sendiri, ini tidak bermakna website anda akan tersenarai didalam google atau yahoo. Anda kena daftar dulu baru tersenarai. Disini saya berikan link untuk anda senaraikan website anda.
2.1 Daftar untuk Google. Klik disini
2.2 Daftar untuk Yahoo. Klik disini
2.3 Daftar untuk yang search engine yang lain. Klik disini

3. Gunakan facebook untuk mempromosikan perniagaan anda.

saya yakin ramai yang tahu cara ini dengan mempromosi link anda atau produk anda di facebook.



4.Masukkan gambar-gambar yang berkaitan.
(biasanya orang memang suka tengok gambar,kan? lebih tertarik,menarik,memang the bom! )

Edit atau rename gambar-gambar tersebut instead of 1_96345394 kepada keyword yang sesuai atau mungkin popular didalam carian di search engine.




pic from mr. google


Semoga harap memberi manfaat kepada semua dalam meningkatkan pendapatan secara online.InsyaAllah.Untuk lebih info dan belajar ilmu tentang internet marketing klik sini.

Thursday, April 22, 2010

Baby Hand and Feet Sculptures

So cute right? Terbaca advertisement dorang dalam mother & baby megazine.Tapi bila survey harga di website twinkletoes ni.sangat mahal ok.500+ per frame.so,berangan-berangan jela.ada sesiapa nak sponsor tak?hehe.



alololooooo.comelnya..

like this too.:)

Wednesday, April 21, 2010

Mungkinkah ada cemburu


Bila hadirnya ahli baru dalam famili tentunya membawa kegembiraan.Tapi ummi terfikir juga bagaimana feel aufa nanti? sebagai anak sulung,adakah meraka akan faham,ada feel jeles dengan adiknya,ada insan lain yang akan diberi perhatian.sebelum ini hanya dia seorang.betulkah dia akan sayang kat adik bila adik lahir nanti?.

Kakak sayang kat adik lah ummi.selalu usap-usap perut ummi.main dengan adik.cium perut ummi.Tapi betulkah kakak faham? betulkah kakak sayang? kakak tak kacau adik ke nanti?

Pernah dengar citer ni.si anak sulung depan kita baik dan sayang je kat adik dia.tapi bila kita tinggalkan dia berduaan je.mulalah dia cubit,cucuk-cucuk adik.hehe.(mak kata saya pun pernah buat camtu kat adik-adik baru lahir.jeles.2..hehe).memang tak leh percaya kalau tinggalkan baby.

Tips supaya anak sulung akan sayangkan adik dan insyaAllah dia dapat memahami kehadiran ahli baru:


1.Hubungan sebelum kelahiran
bila baby tendang bagi reaction,bagi kakak juga rasa perut kita.bila jumpa gynae,bawa dia sekali.kalau boleh letakkan dia dekat dengan kita.(atas katil pun boleh).supaya dia boleh tengok baby masa scan dan bagi dia dengar heartbeat baby.tunjukkan juga scan photos.

2.Masa menyusu
Jauhkan diri semasa menyusu baby dalam beberapa hari.Si kakak maybe berasa cemburu bila melihat adik meyusu dlam pelukan ibu secara berterusan.kemungkinan juga si kakak akan membuat perangai ,menangis minta perhatian bila masa kita menyusukan baby.sediakan fav toys,books,or snacks berdekatan dengan kita semasa menyusukan baby..supaya dapat memujuk dia.

3.Mummy's Lilttle helper
bagi dia peluang membantu dalam memgurus baby.tolong ambilkan diaper,tolong tukar diaper,tolong sapukan lotion.tapi off course dengan pengawasan kita ya.

4.Luang masa berdua
Perlu ada special time dengannya dan kita sahaja.seperti have a bathtime together or reading book for her.Minta juga bantuan ahli keluarga lain,bila meraka datang supaya bagi extra perhatian pada si kakak.tak adalah dia terasa semua orang memberi perhatian pada adik saja.lupakan dia.

5.Rutin harian
si kakak sudah biasa dengan rutin hariannya.jika berubah sudah tentu dia akan sedih dan menyebab tantrum.Pastikan rutin masa makan,tidur,favourite aktiviti tetap dilakukan seperti sebelum ini.

6.Jangan paksa
kalau anak sulung tak nampak berminat dengan adik barunya.jangan paksa.kalau paksa dia,ia akan bertahan sekejap je.biarkan dia sayang adik from time to time.insyaAllah..


Ummi harap kakak akan syang adik nanti.jadi kakak yang baik ok.Ummi dan abi tetap sayang kakak.Terlalu sayang.muah!

Monday, April 19, 2010

Harapan tanpa suara

Semalam first time ummi tengok video clip ni.meruntun jiwa.menitis air mata.terasa pedih dan tersiat-siat.manusia sudah tidak berperikemanusiaan.tidak berhati perut.lagu harapan tanpa suara ni sempena kempen kami prihatin masalah pembuangan bayi yang semakin berlarutan.






p/s: banyak kes buang bayi.maknanya banyak masalah sosial dikalangan rakyat malaysia.

Friday, April 16, 2010

Masih Menanti Kehadirannya

Salam sayang semua.Ketika ini kami masih menanti kehadirannya.Keadaan ummi ketika ini.36 weeks pregnant! Mengah.Lenguh.Bulat seperti donat.Lembab.Terkedek-kedek seperti penguin ketika berjalan.Nervous.Excited.Oh,baunya.Kepam iaitu perempuan busuk yang kuat berpeluh-peluh.^_^


How times flies.kandungan sudah 36 minggu.Thank You Allah.bila sudah 36 minggu maknanya bayi hampir matang.bayi sedang membesar membawa kepada saratnya perut ummi.Kepesatan perut ummi juga bermakna sudah hampir masanya untuk bertemu dengan kamu.sudah hampir masanya kamu melihat dunia.Sudah hampir masanya kami membelai dan memeluk kamu.
Tidak sabar rasanya untuk melihatmu lahir.Alhamdulillah.keadaan bayi sihat.semalam berjumpa dengan my gynae.bayi sudah 3kg.oh,sayang kamu sudah semakin berat.Gynae kata kemungkinan kamu boleh seberat 3.5kg ketika lahir.kadang-kadang terasa sakit di bahagian bawah perut.Doktor mazita kata kepala kamu sudah ke bawah.terasa sakit kerana kepala kamu tolak ke bawah.keadaan ummi juga sihat.sudah 67kg.Patutlah tembam.Gemuk.Sedapkan hati dan gembira yang penting kamu sihat,my Little Calliph!

Memang cepat masa berlalu.Tak lama lagi ummi akan menjadi ibu kepada 2 anak! Gosh! macam tak percaya pula.Hehe.Pastinya hidup ummi akan berubah selepas ini.Saya mempunyai insan-insan lain yang harus di utamakan.Rutin harian juga akan berubah selepas ini.Tanggujawab juga bertambah.Yang pastinya kami akan lebih bahagia dengan kehadiranmu.
Sayang kamu berdua.Terlalu sayang.Kamu yang membawa kebahagian kepada ummi dan abi.Ketika ini kakak aufa sudah memahami ada baby dalam perut ummi.Tetapi dia juga kata dalam perutnya ada baby juga sambil membuka baju dan tunjuk perutnya.Semasa jumpa gynae,kakak buat begitu di depan doktor.Tergelak-gelak kami semua.kakak..kakak..^_^


Oh.tentang basic baby stuffs alhamdulillah sudah ready.Baju- baju sudah dibasuh.em,wangi...I think cukuplah shopping untuk baby buat ketika ini.Barang kakak aufa ada yang boleh recycle lagi.Baby products lain boleh dibeli selepas kelahiran.Rasanya baby apparels pun sudah cukup.I'm going crazy on baby apparels.Semuanya terlalu comel.Tetapi haruslah ingatkan diri ummi,babies grows up so fast.Nanti sambung shopping lagi yer ummi.^_^
Comel-Comel.Too adorable.suka tengok baju-baju baby.sangat menenangkan hati.Can't wait to dress him up supaya comel juga.Hehe.


Badan-badan sakit-sakit.sengal-sengal.susah tidur lena.kaki kejang.tangan kebas.Pedih ulu hati.strech mark.Morning sickness datang semula.Tahu,itu ujian untuk mendapatkan kamu.Ingatkan yang indah saja.Ingat nak peluk kamu.semoga kamu lahir dengan selamat dan sihat.Doakan saya dan bayi dalam perut ini,ya kawan-kawan. :)

Tuesday, April 13, 2010

Shopping at Ikano

Salam sayang semua.ini cerita last weekend kami.larat lagi berjalan sana sini mak buyung ni ya! selagi boleh outing, ummi 'on' saja.selagi belum deliver kan.nanti berpantang kena berkurung 44hari.sudah tahu macam mana rasanya.boring sungguh!.tak sabar kaki nak jejak tanah.hehe.


tujuan asal ke ikano,nak beli tilam untuk ummi.nanti kena 'berkampung' aka berpantang di bilik bawah.yelah,tidak boleh naik turun tangga.mak pun dah pesan.tapi macamlah ummi larat pun nak naik atas.hehe.

langkah kanan pula.kebetulan macy bedrooms tengah buat sale.dapatlah beli tilam dihajati with discount.Aussino pun tengah sale.up to 60%.rembat pillows dan bedding set sekali.berbaloi-berbaloi shopping camni.


then singgah ke crocs.puteri comel kami well behave je.tak usik pula kasut2 di rak.bila aufa nampak logo crocs (crocodile) ,dia kata barney!! barney!!.hehe.aufa suka tengok cermin.tersengeh2 senyum simpul depan cermin.kemudian,berjoget pula.^_^


yuken woven vs lily.sehati sejiwa.pilihan warna yang senada.kami mahu seiring dan sejalan selamanya ^_^. aufa? kesian tak dapat crocs.kasut clarks kamu masih boleh pakai lagi,sayang .^_^


leka bershopping.jam sudah 9.30pm.sesudahnya dinner simple, sandwich dan donat di dunkin donat saja.bila mahu balik.puteri comel kami ni beriya mahu tolak trolley.mahu tolak sendiri pula tu.


badan saya kecil tapi saya kuat tau! semangat berkobar-bobar yang penting.hehe.kelakar tengok aksi dia.orang lain pun dah gelak2kan dia.bila nak masuk kereta.mengamuklah.nak tolak lagi.nak alan..nak alan..nak alan..habislah,dia tak nak balik.hehe.ummi angkat masuk kereta terus menangis.nampaknya anak dara ni pun dah jadi "kaki berjalan" macam ummi dan abinya.next time kita jalan-jalan lagi ye sayang ^_^

Nanny 911 -Reality show on Parenting


Nanny 911 is one of my favourite show rite now? You all tengok tak? setiap hari isnin,pukul 8.30pm.if tak ke mana- mana lah,cepat-cepat ummi bukak NTV 7.tapi rasanya baru tengok 2 episode je.ummi suka tengok sebab banyak parenting lessons kita boleh belajar.bagaimana nak kawal anak-anak dengan cara yang betul.


bila satu family mempunyai masalah, mereka akan minta bantuan nanny 911.lepas itu,the team akan bincang nanny mana yang sesuai untuk selesaikan masalah family tersebut.seorang akan dipilh antara nanny Stella, Yvonne atau Deborah.masa yang diberi ialah 7 hari.


Antara situasi masalah yang dihadapi ( yang sempat ummi tengoklah) :




  • anak2 tak hormat ibu bapa.maki hamun ibu bapa perkara biasa.bertindak kasar dan pukul ibu bapa.


  • anak-anak bertindak kasar sesama sendiri.sepak terajang,pukul memukul sudah biasa.dah jadi pembuli di dalam rumah


  • anak sudah berumur 4tahun dan 3 tahun tetapi masih dengan habit hisap pacifier.


  • ibu bapa tidak sependapat mendidik anak-anak.tidak tahu cara terbaik mahu control anak2.


  • ibu lebih suka manjakan anak-anak.turutkan saja kata mereka.dia tidak mahu bertegas kerana tidak sampai hati melihat anak menangis.


  • bapa pula panas baran.suka menjerit- jerit memarahi dan mengasari anak.ibu pula jadi stress.


  • rumah jadi kapal karam.anak-anak tiada displin.letak barang2 merata-rata sesuka hati.


  • anak-anak yang hyper active dan kasar.tak reti duduk diam.menjerit,melompat,kacau orang lain,mengamuk dan menyepahkan rumah.


Apa nasihat yang ummi kutip dari nanny ialah :



  • manjakan anak-anak boleh tetapi ada hadnya.


  • tidak salah jika biarkan anak anda menangis atau sedih demi untuk mengajar dia


  • setiap tindakan buruk akan didenda,buat baik akan di beri reward.


  • ibu perlu lebih tegas ketika menjalankan denda.kerana ibu selalu tidak sampai hati lalu menyelamatkan anak.


  • buat peraturan dalam rumah dan explain pada mereka.i.e tidak boleh pukul-memukul,tidak boleh letak barang merata-rata tempat.


  • anak-anak diberi tugasan masing-masing dalam meringankan beban ibu.contohnya tolong ibu kat dapur,basuh pinggan,sapu sampah.


  • gunakan sistem carta untuk setiap ahli.jika berbuat baik akan diberi award,jika buat tidak baik diberi tanda pangkah.


  • ibu bapa perlu tegas bukan panas baran.perlu gunakan cara toleransi dalam mendidik.bila anak buat nakal, kita tak boleh terus marah2.stop yelling! sebab anak-anak akan ikut menjerit2 pada kita pula.


Nanny juga ada letakkan beberapa peraturan:




  • To respect each other


  • Every action have consequences


  • "I want" is not to get


  • Hands are not for hitting


  • Communication is very important


  • Teamwork is a key to success



kesimpulannya,dalam masa 7 hari nanny dapat selesaikan masalah mereka.ibu bapa berjaya control mereka dan family pun bahagia.at the end,siap nangis2 sedih berpisah dengan nanny.mula-mula tak suka nanny.end up jadi rapat pula.yang paling best,at the end show mesti dorang dapat hadiah best2.kereta lah,rumah lah..anyway,thumbs up to nanny 911 ! bukan senang nak jadi ibu dan bapa kan? kena keep belajar banyak lagi about parenting nih. memang risau jerif tak dapat educate anak2 dengan baik.apa pendapat you all?

Monday, April 12, 2010

Checklist for Hospital Bag

Today my pregnancy dah masuk 36weeks.bila dah masuk 36 weeks nih dah kena ready.sebab possible bila2 je boleh bersalin.masa aufa dulu tepat2 bersalin on due date.but this pregnancy,wallahualam.manalah tahu tetibe bersalin awal kan.huhu.berdebar2.so,kena makesure beg ke hospital sudah disediakan.so,tak delah hubby kita cemas sgt.at least kita dah buat preparation awal. checklist untuk berangkat ke hospital bg tujuan bersalin.

HOSPITAL CHECKLIST
1. Untuk Ummi:
>>> Pra-kelahiran:

Kad lawatan Hospital
I/C
H/P -make sure ada battery
Buat santai : Buku / majalah / notebook
Makanan ringan i.e buah kurma / biskut / air kotak /roti
Air selusuh, air zam-zam

>>> Pasca Kelahiran:

Kain batik (untuk pakai masa discharge.kat hosp pakai baju hosp)
Sweater
Selipar
Stokin
Toilettries i.e Tuala mandi, Berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, sabun mandi ( tak sure demc sediakan ke tak.masa bersalinkan aufa dulu hosp dah sediakan)
Baju Nursing yang akan digunakan untuk pulang (pilih yang longgar dan butang di depan agar mudah untuk menyusukan bayi)
Tudung sarung
Pakaian dalam i.e nursing bra / disposable panty
Maternity pad
Breast Pad
Bag Plastik
Sikat / bedak
Breast Pump + botol storage
Bengkung
Minyak panas (kaki sejuk selepas deliver)


2. Untuk Bayi:

Baby Diapers
Baju lengan Panjang + Sluar panjang +romper
( masa aufa nak pakai masa discharge je.kat hosp pakai bj hosp)
Mitten& booties
Barut
Topi
Baby Wipes
Tuala kecik
Minyak Telon
Selimut/Bedung


3. Untuk Abi:

Kamera
Kamera Bateri Charger
Pakaian i.e T-Shirt, seluar, kain pelikat, Selipar,stokin,berus gigi (in case suami teman bermalam di hospital nanti)
Makanan ringan i.e air kotak,roti (in case kesian hubby pun tak sempat makan sebab teman kita.hehe)
Buku atau majalah sebagai bahan bacaan saat istirehat.

Sunday, April 11, 2010

My New Gadget !

Teka apa dalam paper bag hot pink sarakids yang cute miut nih? hehe.my new gadget...my breast pump set.yeay!! so excited!

Kenapa ummi beli breast pump? ummi kan duduk di rumah.so,memang all time boleh menyusukan baby.tapi ummi nak wat ebm juga untuk aufa dan baby.lagi satu,nak ajar adik aufa pakai botol.so,tak delah jadi kaki gayut macam kakaknya.sampai skang nak tido nak gayut.nipple pun dah pedih2 dah ni.dia dah biasa sebelum tido menyusu sampai terlelap.so,nipple ummi ni dah jadi cam puting dia lah.so,susah juga kalau jadi dua2 camtu kan? so,adik aufa nak bagi dia berdikari sikit.hehe.bagus tak alasan?

plus,if ummi ada commitment or nak dating dengan abi,nak shopping berduaan ke...boleh tinggalkan mereka dengan ebm.dulu susah nak tinggalkan aufa.sebab susu dia kat kita.and ummi pernah baca kat blog kak farah.if kita menyusukan baby secara direct dan pump lagi akan mengalakkan penghasilan lebih banyak susu.so..harap2 banyak susu ummi nanti.last reason,...ummi teringin sangat nak pump susu,nak wat ebm, dan teringin mempunyi breast pump....hehe.


ummi pilih Sytlo Mama Era Spectra All in one set.lengkap sume ade.ada offer lagi.sangat excited nak menyusukan baby.nak wat ebm for baby.ummi juga harap susu banyak nanti.insyaAllah, niat nak sambung beri aufa susu ibu semula.niat nak wat ebm banyak2 untuk anak-anak ummi.Ya Allah..semoga Kau permudahkan..



ummi dah beli botol susu avent.tapi berkenan pula kat botol susu MAM ni.selain ada ciri2 utama iaitu bpa free and anti colic.ade value added lain yg buatkannya unik.


puting dia lembut dan bentuk leper.agaknya nak buat serupa like mom's nipple.hehe.kat bawah botol boleh dibuka.senang nak basuh gitu.selain itu, bercorak2 pula.hehe.ada warna biru,pink,dan hijau.boleh dapatkan di
sarakids!.

tengah belek2,tibe2 abi kata beli benda ni sekali la.rupa2nya power inverter.so,nanti boleh pump juga dlm kereta.abi pun excited tau.abi kata bila travel sambil2 tu boleh pump.bila la tu abi nak bawak kami bercuti lagi?hehe.



apa aufa buat kat sarakids? masa ni ummi bagi dia main doll.dia suka tapi takut2.sebab kami tak pernah belikan dia doll.lagi, dia mengemas.turunkan barang2 dari rak.penatlah staff sarakids nak kemas.thanks to staffnya.baik layanannya even aufa sibuk mengemas.hehe.tak dapat jumpa kak farah.dia buat jualan di luar.buka booth di pnb kata staffnya.best pegi sarakids.makin maju. bangga tengok anak melayu dalam bisnes.
tahniah3x!



suka dapat duduk kat stereng.aufa dah pandai sebut car.ngeng..ngeng..ngeng!!! ^_^






aksi manja2 aufa dengan abi.suka ummi tengok dua beranak bila bermanja-manjaan gitu.^_^

Friday, April 9, 2010

Persiapan dan persediaan sebelum bersalin

salam sayang semua.ummi sudah masuk 35weeks of pregnancy.nampaknya dah tak lama lagi.skang badan pun tidak larat lagi.sakit2 rasa badan ni.bila baring rasa sengal sana sini.bila berdiri lenguh pula.serba tak kena.bila camni,rasa tak sabar dah nak melahirkan..hehe.
Dalam kepala otak pun,pikir banyak benda nak buat ni.planning baik punya.busy2..hehe.
1. Lengkapkan barang2 ummi & baby -ada lagi tak beli nih.will do by this month
2. Kumpulkan barang2 dalam bilik baby.basuh semua barang2 yg baru dibeli sebelum baby pakai.- suka sangat masuk bilik baby.suka belek brg2 baby.bilik tu pun dah bau baby.wangi sangat..:)
3.Siapkan beg dan barang2 ke hospital
4.Siapkan beg aufa juga.nanti aufa tinggal umah nenek kejap.
5.Siapkan bilik or tempat untuk berpantang.tak boleh duduk bilik tingkat atas.tak boleh naik turun tangga ketika pantang.stay bilik bawah or di ruang tamu.
6.Banyakkan baca info about breastfeeding dan amalan berpantang.selalu ummi surf je.banyak info dlm internet ni.
7.amalkan petua2 yang baik untuk baby dan proses kelahiran yang belum sempat dia di amalkan.huhu.sempat lagi.insyaAllah.plus,balik kg ari tu,dapat lagi petua dari mak cik2.
minum jus delima- abang kata bagus untuk baby
minum susu kambing -elakkan baby kena kuning nanti
minum air rebusan kacang hijau-bagi senang meneran nanti.selalunya ummi amalkan minum air kelapa.petua tuk senang bersalin dan rambut anak lebat.
8.banyakkan bacaan doa2 dan al -quran.terutama surah2 yang elok di baca ketika hamil.sperti surah yusuf ( mendapat anak yang cantik rupa dan akhlak),surah luqman (anak yang cerdik),surah maryam( memudahkan ketika bersalin),surah yasin ( anak tidak mudah terpengaruh dengan kemungkaran).InsyaAllah...
jom tengok tumbesaran ummi dan anak2nya..hehe.layan aksi posing dengan aufa dalam kereta.







sayang puteri kami yang comel lotei.masa ni di sunway giza yang baru buka tu.best.shopping mall moden dan konsep terbuka.tempat baru untuk pi outing pasni.^_^

Monday, April 5, 2010

Weeeeee...balik kampung!! Oo Oo balik kampung!!

Sabtu lepas kami balik kampung di melaka.bertolak lepas abang abis class.pegi dengan atuk,nenek,uncle and aunties aufa.konvoi dua kereta.tujuan utama kami balik sebab nak ziarah sepupu2 kami yang baru bergelar ibu dan juga bayi2 yang comel.tujuan kedua ummi nak berjumpa dengan pembantu yang dirancang akan menjaga dan mengurus ummi dan baby semasa pantang nanti.termasuklah membantu buat homechores semasa ummi pantang nanti.sekarang dia sedang menjaga 2 sepupu ummi yang sedang berpantang.camne dengan aufa? kemungkinan mak cik aufa akan jaga.kebetulan dia cuti semester.itu yang kami rancang.semoga semuanya berjalan dengan lancar dan baik nanti.
susah juga mahu cari confinement lady.lagi2 kat sini semuanya mahukan bayaran yang tinggi.masa pantang aufa saya mengupah orang menjaga kami dengan rm5o sehari.dah tu kerja yang dibuat tidak puas hati pula.rasa membazir saja dan serik juga.bagi saya,ia dah cukup mahal.tapi bila survey2,ada lagi company for confinemment lady yang caj lebih mahal dari itu.oleh itu,mula2 kami fikir kali ni nak berpantang sendiri di shah alam.konon mahu berdikari.tapi tak tahulah boleh ke tidak..tapi ummi tengok ada je kawan2 yang boleh berpantang sendiri tapi dengan of course banyak bantuan dari suami lah kan.tapi bila diberitahu tentang pembantu di kampung tu.alhamdulillah,bagus juga.anyway, harap2 semua urusan kami dipermudahkan nanti..amin..



ummi agak relax sebab aufa ramai yang layan dia.huhu.especially mak cik dan mak su.

puteri kesayangan kami sudah setahun 6bulan usianya.semakin bijak di mata kami.semakin petah bila berkata-kata.^_^

kami bakal berempat.InsyaAllah...

Aufa jumpa 2 babies sekali gus.mereka terlalu comel kan? geram dan tak sabar ummi dibuatnya.:)



mereka lahir jarak dalam 2 weeks je.dah macam kembar.



yang kiri namanya kasih( klasik kan namanya).yang kanan namanya khayra (sama dengan nama kawan aufa lah).anyway,congrats to kak ayin and kak dya!




k.a.m.i ! semua skali 7 orang include baby in my tummy.ada sorang my bro tak ikut balik.



bulan depan kamu akan jadi kakak.harap aufa akan sayang kat adik ok..jangan jeles dengan adik tau.dan ummi dan abi tetap sayang aufa.terlalu sayang.sayang banyak-banyak.^_^





sebelum bertolak balik,kami sempat singgah pekena asam pedas kow punya.kami ke hajjah mona asam pedas, jln kota laksamana.restoran tu dihebohkan kata sedap asam pds nya.selalu kami ke restoran asam pedas di bukit katil.tapi restoren tu buka waktu tengahari ke ptg je.restoran hajjjah mona ni buka dr pukul 5ptg smpi 5pg.memang ramai sgt orang.tapi servis mantain cepat.
kami order asam pedas ikan pari dan daging tetel.adik2 ummi dan aufa makan sate.paling terangkat asam pedas daging tetel tu.sampai licin abang makan.siap suh ummi belajar masak camni.siap bungkus bawak balik lagi.nak mkn kat rumah pula.abang kata next time nak datang makan sini lagi.hehe.
kami sampai rumah dalam 1.30am.kesian abang.penat.esok pagi kerja.thanks abang..abang layan juga kemahuan ummi sebab ummi dah tarik muncung panjang kan.hehe.i love you so much!.hehe

Friday, April 2, 2010

Check up at 34 weeks

Firstly, Alhamdulillah dan tahniah to sepupu saya, kak ayin dah selamat melahirkan bayi perempuan di prince court med centre kelmarin.tahniah juga buat teman blogger kita, kak alin yang baru selamat melahirkan bayi perempuan pada 9pm malam tadi di demc.Alhamdulillah.gembira buat mereka sekeluarga.nampaknya tak lama lagi giliran ummi.sudah terbayang2 kenangan dan keadaan cemas di dalam labour room.huhu.
Semalam ummi ke demc for check up.seperti biasa as scheduled appoinment with dr mazita at 9am.awal2 pagi sudah terpacak depan bilik doctor.seperti biasa 1st patient lagi.hehe.kali ni ummi ke toilet for urine test,aufa tak nangis.suh nurse tengok2kan dia jap.kali ni maybe dia dah paham kot.hehe.
kali ni berat ummi naik ke 65.5kg.boleh tahan kan? urine test and blood pressure alhamdulillah ok.masa scan baby.ummi letak aufa atas katil sebelah ummi.saje ltk sebelah ummi.hope dia boleh paham apa sedang berlaku.bila doctor scan perut,dia pelik.dia tengok je.pastu, dia pun excited sebut baby, baby, baby.tapi bila ummi tunjuk baby kat gambar scan,keluar dr mulut dia sebut meow la..fish la..tergelak2 dr mazita.dia kata aufa kelakar.hehe.alhamdulillah baby sihat.berat baby dah 2.4kg.position baby pun normal.Then,appoinment seterusnya dua minggu lagi.InsyaAllah..doakan saya dan baby selamat ye semua.^_^
baby skang aktif bergerak.sometimes sampai terbenjol perut ummi dia kick.selalu bila baby bagi reaction suka suh aufa pegang perut ummi.ajak dia cakap2 and main cak2 dgn baby.aufa suka! huhu.dia tepuk2 perut ummi.then ,kiss muah muah muah sambil sebut baby baby..so sweet! ^_^


p/s: terasa perut makin membesar dan memboyot.hubby cakap lagi besar dari masa preggy aufa dulu..biar betol?hehe.