ads

Sunday, February 28, 2010

Project Art : First Finger Painting for Aufa

Yeayyy!!! its aufa's art time! 

finger painting is a wonderful activity for infants and toddlers. It is a great activity to help teach them their colors and hand eye coordination.ummi pernah baca finger painting juga sesuai for toddlers at 16months.ada juga lihat aktiviti ini di blog farah dan munirah.It is looks great and fun.seronoknya if can join them.so, this is time for aufa.wat aktiviti kat umah dengan ummi jelah jawabnya. ummi beli painting paper yang agak tebal and buncho color.tak tahu mana nak cari non toxic color like munirah used.maybe kena cari food colouring or buat sendiri kot.ummi ada jumpa resepinyer kat sini. but nasib baik aufa know how to use it.tak pulak pi rasa color tu.hehe.
at first, ummi ajar dan tunjuk kat aufa dulu.celup jari kat color.then,spread at the paper.then,ummi pegang jari dia sambil bagi arahan.then,she started doing by herself.

she started enjoy it.celup color.then,spread it.tapi agak tak sopan anak ummi ni duduk camtu.hehe.ummi dah betulkan.tapi dia fokus & mantain.selesa duduk camtu agaknya.

started to express her own creativity? aufa pandai pilih color yang dia nak.at first,aufa color kat satu tempat je.then, ummi suruh color kat tempat yang kosong pula.


ops,the surface should be covered with newpaper or plastic tablecloth.(umminyer sangat rajin nak mengemop lantai).hehe.the paper looks so colourful, right?.she loved to mix many colors.



she looks enjoy to get messy.bukan paper je colorful,kaki pun ikut sama.fokus betul.tak nak pandang camera.she really loved it!


pembersih gak my liltle painting artist ni.tak sapu kat muka or baju pulak.hehe.



geram tengok tangan dia.comel dan comot! ^_^.makesure supervise dia jangan masuk mulut or sapu mata pula.pas dah siap doing the art.bolehlah basuh and mandi.



taadaaa..presenting aufa's first finger painting.siap ada cop mohor lagi.^_^



satu lagi hasil seni aufa.so artistic..we so proud of you,dear..^_^ boleh framekan.hang up.simpan wat kenangan.^_^

lepas mandikan aufa.nampaknya dia belum puas lagi.ambil buncho color bawa ke ummi.nak yis..nak yis..nak yis..maybe dia cakap nak tulis,or nak lukis..tak tahulah.hehe.dia suka nampaknya.nak color lagi.ummi jawab next time kita main color2 lagi.haha.(ummi malas nak bersihkan semula).maybe pasni boleh try buat rainbow,use stamps or object or paint at outside.sure best kan!
ok,mommies boleh klik sini and sini for article and tips on finger painting.

Wednesday, February 24, 2010

Congratulations Mak Ngah Diah!

Event : Diah & hafiz engagement
Date: 21 Feb 2010
Venue: Home sweet home,dimana kami dibesarkan :)

Alhamdulillah,ahad lepas berlangsung majlis pertunangan adik saya.saya anak sulung.yg tunang ni yg 2nd one.tunang dgn org perak.majlis berjalan dengan meriah.adik beradik mak saya ada 19 orang.campur tolak yang datang dan yang tak dapat datang still ramai saudara mara saya.belum campur yang sebelah ayah lagi.so,memang meriah.

bila buat majlis camni,mmg meriah.riuh rendah.sampai jiran2 pun terkejut.ramainya yg datang.mereka kata dah mcm kenduri kawin.Ekceli, yang meramaikan tu saudara mara kami.hehe.tapi bila berkumpul macam ni mmg seronok.so happpeningla.terima kasih sume mak cik2,sepupu2,saudara mara, dan sume yg dtg memeriahkan majlis dan membantu sekitar majlis.especially pada yang dari awal dtg rewang dan sediakan menu nasi beriani for the day. laku btol.sampai kena topup masak lagi.terima kasih juga yang membawa buah tgn.makanan pun ikut meriah bila ramai yang dtg bawa makanan masing2.sume sedap2!.Alhamdulillah..

Aufa lak so well behaved on the day.bila tengahari,mama cik bagi minum susu terus then tidur.bila bangun terus main dengan sepupu2 kecil ummi.seronok dia.^_^.mama cik & mak su aufa yang banyak layan dia.yelah,ummi agak busyla kan tolong2 mana yg patut.so,layan jelah picture2 mak ngah aufa tunang ek..



congrats mak ngah!!!


mak ngah's friends

hepinyer mak ngah

lawak fesyen rambut aufa.nenek yang potongkan.dah sebijik macam muka abi.haha.abi kata,rambut aufa macam tudung periuk je.hehe.tapi oklah,tak delah serabut lagi.kesian juga tgk dia berpeluh2 bila rambut tak ikat.skang,nampak selesa lah.tapi dah tak leh tocang lah.

aufa dah tak kenal mak ngah lah!

sabar menanti rombongan meminang.ahaks!

me with sisters.my brothers sibuk kat luarlah.


Happy preggy moms.my cousin,kak ayin (due april), my auntie,mak adik (due sept ) and me (due may).InsyaAllah..ramai juga baby 2010.ada 2 of my cousins lagi tgh preggy gak.bestlah.ramailah geng adik.aufa dulu sorang2 je..^_^

sebahagian mak cik2,cousins and anak2 buah.terima kasih semua..thanks too to kak as & abang anuar jadi photographer jap.sempat amik picture diah posing2.hehe.nanti kita tgk hasilnya.

Monday, February 22, 2010

Antara Duit dan Masa


Kerana mencari duit,
kita terpaksa korbankan masa.
duit oh duit.kenapa manusia sangat dambakan duit?
duit adalah segala- galanya?
semuanya perlukan duit.

kita perlukan duit,
leka mencari duit
dambakan duit yang banyak
impikan rumah yang besar,kereta yang mewah
tetapi kenapa kita terpaksa korbankan masa.
biarkan perkara yang penting berlalu kerana duit
kerana duit.
kita tiada masa.
mungkin sedikit masa.
tapi sedikit masa itulah untuk dibahagikan kepada
pasangan,anak,ibu bapa,adik beradik,saudara mara dan masyarakat.
bila tidak dapat adil kerana tiada masa.
menyebabkan ramai yang berkecil hati.
kerana duit,
menyebabkan tiada hubungan sesama insan.
hilanglah kasih sayang di bumi Allah ini.

Buat apalah jika banyak duit,jika tiada masa.
Tetapi apa nasib hidup jika banyak masa,tapi tiada duit.
Indahnya hidup jika banyak duit,dan banyak juga masa.
Tetapi sudah membahagiakan jika banyak masa,tetapi sederhana harta.

jahatkah duit?
kadang2 duit menyebabkan manusia berubah,lupa diri dan bangga diri.
manusia tidak lagi berpijak dibumi yang nyata
kerana duit,manusia lupakan segalanya.
kerna duit,manusia pentingkan diri sendiri
jadikan kita materialistik
tidak boleh korban masa kepada benda lain selain yang mendatangkan duit
tiada lagi keikhlasan
nampaknya duit boleh menghancurkan.

duit banyak bukan menjamin kita bahagia di akhirat
kita tidak bawa harta ke dalam kubur
tetapi duit yang banyak boleh dijadikan sesuatu yang baik
dengan berbelanja ke jalan baik dan bersedekah
jangan kedekut memberi.jangan berkira.
kerana dengan izin Allah
bertambah lagi rezeki intuk kita.
jangan hanya memikrkan mencari duit
tetapi tangan susah untuk memberi
kerana Allah boleh menarik segalanya sekelip mata

Apa duit boleh buat,dan apa yang duit tidak boleh buat.

“Ia boleh membeli sebuah rumah, tetapi bukan keselamatan.
Ia boleh membeli sebuah katil, tetapi bukan tidur.
Ia boleh membeli sebuah jam, tetapi bukan masa.
Ia boleh membelikan anda buku, tetapi bukan ilmu pengetahuan.
Ia boleh membelikan anda kedudukan, tetapi bukan penghormatan.
Ia boleh membelikan anda ubat, tetapi bukan kesihatan.
Ia boleh membelikan anda darah, tetapi bukan nyawa.
Ia boleh membeli harta benda,tapi bukan kasih sayang.

dan yang penting Ia boleh memberi kesenangan di dunia,tetapi belum tentu lagi di akhirat.

Maka,duit bukanlah segala-galanya..



p/s: emosi mak buyung tak stabil lagi...rasa down.layan sajalah ku berepilog..

Friday, February 19, 2010

Cerita Cuti CNY

Baru ada mood nak citer yang happy2 pula. hehe.cuti lama hari tu kami ke johor.hari sabtu sempat singgah ke ayer itam.first time ke ayer itam.menarik juga.selain nak shopping brg2 org nak tunang or kawen.ada jual brg2 deco umah.if nak shopping kena bwk van or lori la baru boleh angkut.huhu.about price, ada yg murah.ada yg mahal dr di KL. toys bdk2 pun byk jugak.aufa tak minat dgn anak2 patung or bear.dia takut.yang dia berkenan laptop mainan & set masak2.em..main masak2 lg..hehe.jom lyn pic ummi with my beloved mom and sisters.








lagi satu,ummi jumpa apa tau! moses basket.comel kan moses basket tu....shomels sgt! murah jer kat sana.trus rembat.tapi kain cover dia ummi tak berkenanla.nanti beli kain lain,jahit cantik camni..huhu,pandai ke? bila google mcm2 design rupenya.ada yang simple gini,ada yg ropol2.if tempah jahit berapa pula ye.nak jahit sendiri jadi ke tak camni.hehe..


Ahad- kenduri kawen di kluang.

Tahniah to hidayah and husband.selamat di ijabkabulkan sebagai suami isteri.semoga bahagia ke akhir hayat.cuaca hari tu ok je.so,majlis pun berjalan dengan lancar dan meriah.ramai juga tetamu datang.dalam pukul 3pm kami beransur pulang.




Isnin - Abi and Ummi day's out.

Sempena CNY abi cuti juga.abi susah nak cuti.timetable kerja 7 days a week.susahlah nak spent time ke mana2 whole day.nasib baik bila abi cuti,dia ingat nak ajak ummi keluar dating plus shopping.hehe.bertuah juga dpt husband nak suka juga jln2 window shopping plus shopping nie.bila free je or balik keje awal,dia akan tanya,syg jom kita kuar jln2.nak pi mana?.haha.(puji2 ada makna ni tau abg).hehe.nanti anak dah ramai pun kena teruskan camni tau abg.hehe.

kami tinggalkan aufa kat umah nenek.mak2 sedara dia jaga.aci tak? bagi can lah kat ummi dan abi dating berdua2an lak kan.bak kata ummi khayra,even mom and dad need a break.hehe.tengahari kami ke the curve dan bangunan sekitarnya.pastu after lunch, kami tgk muvee kat cineplex, ecurve.tgk muvee valentine's day..hehe.petang2 skit kami ke jusco,bukit tinggi lak.shopping brg baby.last day sale at jusco.pukul 10pm baru balik.lamanya berjalan.tak ingat anak ke...huhu.bila sampai klang,seperti biasa aufa biasa je.nenek kata dia relax je.nangis pun tak.tapi ada juga dia tanya,ummi mane?pastu sibuk main dgn mak cik2 dia.oklah tu! aufa kan good girl.hehe

pregnancy at 28 weeks.pipi saya dah chubby! argh!! pipi saya dah terkeluar.skang perut cpt lapar.bila mkn cpt kenyang.cepat mengah & lenguh juga.perut terasa smakin membesar bak juara.bila nak tunduk skang dah terasa susah.patutlah jln pun mcm peguin and lambat mcm kura2.huhu.hopefully adik juga membesar dengan sihat dan sempurna.^_^

Thursday, February 18, 2010

Rentetan entry luahan perasaan tentang breastfeeding

Hari ini saya bukak blog.wah,banyaknya comment saya terima.semuanya memberi saya semangat.bagus juga aktiviti blogging ni.boleh saja luahkan apa yang rasa di blog.dan ramai kawan2 blog yang memahami dan recharge semangat saya semula.bertuah saya ada kawan2 yang sentiasa menyokong saya.terima kasih semua.saya terharu baca komen2 anda semua.saya juga happy coz ada juga yang memahami situation saya.saya akan balas semua komen2 anda di entry ini ye.

Mostly breastfeeding moms mengalami situasi yang sama mcm saya.biarlah anak kita kecil,tapi dia dapat yang terbaik.breast milk is the best,right? lepas hadapi ayat2 power drpd mereka.mak buyung ni terus jadi emosi.tak boleh control2 dah.hehe.maybe i feel tired dengar semua tu.rasa merajuk dengan breastfeeding.ada yang berkata, jaga anak sendiri tapi anak tak besar2 pun.macam seolah2nya tak de faedah pun saya jaga anak sendiri.buang karen jelah.saya tersentak,geram, & sedih betul.apakah???.biarlah orang nak kata apa..terima kasih lah coz sedekah pahala pada saya.

biarlah aufa saya kecil.tapi dia aktif.tak de pula dia lembik.tak de pula dia duduk tercongok.tak larat bangun.tak boleh bermain.tak boleh memanjat,berjalan ke sana sini,menari dan sebagainya.dia kecil tapi dia normal dan sihat seperti budak2 lain juga.biarlah aufa kecil.tapi dia bijak.apa yang diajar,dia dapat.tak de pula otaknya tidak boleh berfikir.dia boleh belajar,respon apa yang kita cakap dan berkata2 seperti budak2 lain juga.biarlah dia kecil asal dia sihat dan cerdas!!!!!

saya suka baca komen2 semangat dari kawan2 semua.thanks for drop your comments..first time juga dpt komen2 yang paling panjang.hehe.really2 appreciate it ^_^.

yanadzul >> takpa..susu ibu tu bagus.. selam2 dgn susu formula kalo nak ajar anak..
bg yana.. bg dulu susu ibu tu.. toksah la terasa sgt dgn cakap2 org semua tu.. depa taktaw yg betapa bgus nya susu ibu..yg penting anak sihat..anak pintar..kalo yana.. depa slalu cakap napa tak bg susu ibu.. ntah lah malas nak pikir mulut org..kalo susu yana byk..yana tetap dgn bf.. jimat duit semua.. tapi susu tak da bila anak masuk 4 bln.. nk buat mcmana .. perah mcmana pun takda.. dugaan allah bg susu ibu takda ni..

to yana>> yelah yana.dugaan Allah lain2 tuk kita kan.ujian masing2.anyway,tq yana.yana pun dont give up yer.bole cuba lg bf for next bb.insy..

Mama Aqish>> tak pe susu ibu paling bagus di dunia dari susu formula tau...kebanyakan yang minum susu ibu kuat antibody berbanding susu formula kanak2 mudah jatuh sakit....biar la ape orangnak cakap janji anak kiter sihat....tak besaq tak bermaksud anak kiter tak sihat tol tak...janji dia aktif...leh jimat duit kalo BF ni....jangan patahkan semamngat mu itu k....cayok2

to mama aqish>> aah,budak minum susu ibu jarang jatuh sakit.demam pun jarang.plus,mmg save money.skang kena beli fm aufa.terasa juga..fm quite expensive kan :) tq ek.

dila>> salam kenal ummi salsabila :)
jgn le dgr ckp2 org sekeliling tuh..trus kn breastfeeding...;gkin skg diorg dok sebok apsal la bby x besa2..tp bile aufa tu membesar sebagai sorg bdk yg sgt bijak, br le mereka tu sume akn sedar dr lamunan..abaikn je ckp2 diorg tu...lgpn bby FM ade risiko dpt diabetes tau..jeng33!! trus kn breastfeed ye!! ciayok!!

to dila>> ok,xle dgr ckp dorang.smg aufa keep growing n being a smart gal.amin...tq so much.caiyok2!

Ibu ajim n Kimi >> Ish...usah duk pk sangat pasal apa orang cakap... My son pon kecik aja even dah nak masuk 2 tahun. Kalau timbang belum pon sampai 10kg kalau nak tahu. Tapi bila jumpa doktor, it's normal coz tgh lasak sesangat. Nak2 kalau anak lelaki lagilah ya Rabbi lasaknya tak tahan. Nak gak tgk parent camna, besar ker kecik ker... .

As long as our child sihat, bijak dah okay apa. Mmg kdang2 dr akan suggest tambahkan ngan susu FM tapi for me your son mmg bertuah coz dapat bf ngan maknya. Teruskan aja ngan tekat sebelum nih.

to ibu ajim n kimi>> if boy,lagi lasak kan.as long dorang sihat.alhamdulillah..tq for sharing. :)


Hazu>> Salam...Saya ada adik sedara yang memang badan kecil walaupun minum susu formula. saya nampak ummi salsabila tak besar sangat orangnya, mungkin sebab tu anak pun kecik.

Susu ibu tu hak anak. berusahalah selagi boleh. Anak yang tembam pun belum tentu sihat.
Jangan sedih-sedih sangat ye. Nanti effect baby dalam perut pula. :)

to hazu>> yelah,maybe ikut genetic mak ayah nyer juga.kami tak besar,anak pun cmne nak besar pula kan.thanks bg semangat ek.:)

lin muhammad>> umi, jgn putus asa..tak bermakna aufa kecil aufa tak bijak dan tak secergas budak sebaya nya..

same case with me..pegi mana pun semua org tanya..sara umur brp? bila ckp sthn 6bulan semua tekejut.sbb bdn dia kecik.tak chubby mcm baby lain...tapi pada sya itu tak penting.asal sara sihat.alhamdulillah, sara susah jatuh sakit. jarang sgt demam.last demam teruk masa dia umur 6bulan. semua berkat susu ibu. :) selagi tuhan murahkan rezeki untuk sara, sya akan teruskan penyusuan saya.

lin muhammad>> thanks lin for sharing.sara same mcm aufa.org akan tkejut bila tahu her age.bertuah sara still dpt susu ibu yer.

Leen>> salam... tak apa, entry sekadar meluah perasaan je kan.. :) fikirkan ganjaran pahala yang tak nampak tu yang Allah beri dlm kita menyusukan anak.. lebih worth it. kan? dah.. senyum senyum balik. hehe.

to Leen>> tq coz remind me.yeah yeah!! dpt pahala..hehe.ok,senyum..senyum balik.:)

dbalkis>> Salam juga,

Saya pun sedih baca entry ni.. Baby saya pun kecik juga, lasak main tapi semenjak bb dah bday 1 year saya relakan campur Pediasure, juga sebab dia kecik. Amik Pediasure 2x je sehari kat nursery. Lain2 stil BF including weekend full BF..

Teruskan BF ye..saya sokong 100%, kasik je anak makan byk2 dan saya rasa Pediasure tambah selera makan..Alhamdulillah, bb saya balun semua tak kire waktu..skarang ni makan dekat 4 kali sehari.3 di nursery and dinner kat umh.kdg2 petang balik keje saya sumbat die roti....berat pun dah naik sikit dari 9kg time 11mths to 9.5kg dekat 14mhts ni..

to dbalkis>> saya juga start bg aufa pediasure.ikut saranan paed.tp berat aufa still mantain.7.5kg je.maybe its take time kan.Thanks for giving me the advices.

dila~noor>> US.kite faham..sbb anak kite mmg kecik jugak.
kadang2 orang yang tak berilmu ni melampau tau..bukan nak mengutuk,tapi tula..dorg asik nak betulkan kite je.padahal anak dorg camane.kalau harap bdn je yg "sihat",tp yg lain lmbt tak best jgk kn..

so..stick on BF ur aufa n the coming baby ok =)

to dila~noor>> hehe.best btol komen dila.i like....tp mmg betul gak tu kan.hehe.tq dila.:)

fizamior>> raudhah,
jgn la dgr cakap org.. teruskan jer bf anak sbb susu ibu itu yg terbaik.. anak saya juga kecil saje... berat pun tak mcm baby lain.. agak kureng juga berat dia, tp sy tetap susukan badan jer...pedulik la org lain nk ckp apa... janji sihat.. lemak2 susu formula tu bukannya elok pun.. susu formula tu alternatif jer kalau susu badan ibu tak cukup. pada saya, aufa cukup sihat!aktif lagi tu...
teruskan yea raudhah..don't give up!

to fizamior dearie>>fiza,i tgk mia,teringat aufa juga..^_^.tapi mia tetap cute sgt.aunty ttp suke tgk dia! hehe.thanks dear..

Padnani>> salam US,hope u ok rite now..jgn sedih2 sgt ye dear..cian baby dlm pewot.

Nani pun pernah lalui situasi mcm ni..means ada yg suggest suruh tukar BM ke FM. Kalau kita x nak sedih sgt..dear hv to fikir positif ok. Membuat anggapan yg mungkin..mereka yg berkata2 tu consent pasal kita tp x kena cara.. Yela, setiap org ada pendapat dan xperience masing2 kan. Yg pasti dan pentingnya..US sendiri tau apa yg plg terbaik for ur kids! dan Nani pasti US tau:)

Nani faham sgt masalah nak bg anak makan..kdg2 ummi dah masak sedap2..tp baby mkn sikit je. Kdg2 arini dia suka dishes ni..tp esok lusa mgkin x suka. cuba US varietykan food aufa..mcm nani bg jugak hafiy yogurt, fruits hari2 + kalau arini dia x berapa dgn nasi..malam nani buat macaroni or spagetti his fav. dan BF still going on mcm biasa..cuma dah nak dekat 2 tahun nnt kena jugak ajar FM..sbb susu mmg bagus utk pertumbuhan kanak2 sampai dia growin older pun xpe minum kan dear.kalau baby nak fresh cow milk lg better..

Hafiy mmg x bam2 mcm ms dia kecik dulu..tp berat dia maintain naik ckit2..alhamdulillah.

Buat US..sabar ye dear dgn segala cakap org. B strong..u r really great ummi that always wan to do d best for ur kids! for ur coming baby pun nani sokong 100% BM..coz ur baby deserves it! take care dear..hugs kisses

to nani dearie>> bkn sng jadi ibu kan nani.mcm2 ujian juga.lain2 ujian Allah bg untuk kita.yelah,aufa pun kdg2 selera mkn.kdg2 xnak.buat juga resepi mcm2.tapi dia xtentu nak mkn juga.anyway,thanks yang for advices.hugs kissess!!

suziey > sabar la us..mulut org kita xleh tutup..yg penting kita tau ape terbaik utk ank kita..jgn disebabkan kata2 dr org yg cetek pemikiran ttg susu ibu US patah semangat..dont ever do that..susu ibu adlh yg terbaik...be strong ok:)>

to suziey dearie>> orait,suziey! tq so much..

kak yong >> adikku odah..

take it the positive side dia.. as long aufa is smart gal.. then let it be apa orang nak kata..
si aliya kakyong pun kurus keding, tp dia kuat makan, suka makan.. cuma memang berat & bdn dia halus..
fikri & anis pula, 2-2 formula.. fikri keding, anis jer yg bolat.. so, ni seme xde kena mengena minum FM akan akan bulat...
so, jgn putus asa BF utk adik aufa & aufa tu.. u r a great umi.. u hv given the best.. org memang suka meletakkan hukuman.. be strong yer.. nanti emosi adik aufa lak terganggu...

to kak yong dearie >> thanks kak yong for sharing.oh,xsemesti minum fm bulat ek?.ok,xnak adik aufa lak jadi sedih.huhu

umiDanish>> kuatkan semangatmu, setiap kebaikkan disulami dengan seribu dugaan.. apa yg US buat adalah terbaik utk baby, dan hanya kita je yg tahu apa yg terbaik utk anak kita.. Jangan di pk sgt apa org cakap, baik US rasa bersyukur sebab tergolong dalam golongan terpilih yg diberi anugerah dapat menyusukan bayi dengan air susu sendiri berbanding mereka yg gagal bila mencuba banyak kali.. Yang penting, anak kita sihat, ceria dan bijak.. Jangan bersedih dan putus asa kerana semua tu adalah dugaan Dia.. Teruskanlah usaha yang terbaik utk anakmu.. danish pun susah gak makan sejak akhir2 ni dan badan dia susut sikit, tapi umi usahakan dia dengan pelbagai hidangan lazat dan berkhasiat seperti buah2an, kismis dan sup2 sayuran.. cubalah..

to umiDanish dearie>> terima kasih coz ingatkan saya,.y harus bersyukur coz dpt susukan aufa,ade rezeki susu ibu untuk aufa.tq..

Sidratul Muntaha>> salam.sori mencelah.selalu jugak kena.tpi solution dari dulu since dari kecil yg mak selalu ajo...buat tak thu jer..sebab,ank den pun susukan penuh smpai 3 4 bulan jo.pastu campor..apepun..org tua2 ckp..jgn mengeluh mengesah...kita mak dia..kita yg lebih tahu...bab kena marah ker kene perli ker..dgn doc/nurse gomen..abaikan jer.tu bru psl ank kurus
klu time beranak kena lagi teruk?(den dah pernh kena kaw2 dgn nurse yg takde adab ni n mulut laser.)masuk telinga kiri n telinga kanan jer..klu jawapan yg dibagi takleh memuaskan ati org tu..diam jer..abis citer..biar dia bebel sendirik2 cam org gile..lain mak..lain pengalaman dia Allah bagi..tak semestinay ank dia gini - gini..dia rasa dah sempurna..Allah dah bg bahagian memasing..cam den..memula mmg bengkak jer ati ni..tpi lelama buat bodoh jer sbb tak berkudis pun,tak bernanah pun..skunk ni..takyah pikir sgt..nnti kwn yg dok kutuk2 tu ler yg serabut kendian2 nnti..dah2..jgn sedih2...nnti susu yg anak kopek tu pun buat ank nnti jdi emo plak...
ok.jgn risau arr..esok lusa dah start reti mkn budak tu..konfirm membesar bak juara!!
ok?!!jgn sedih2 yerk?!!

to sidratul muntaha>> thanks for sharing your experiences.yelah,maybe ni ujian untuk saya.sy tahu masing2 ada ujian masing2 dlm membesarkan anak..bkn sng jd seorng ibu.mcm2 kena pikir kan.tq..ok,tanak sedih dah.:)

Momma Mia>> Alahai US, jgn camgitu. Jgn mengalah dear!! ni mesti relate dgn msg hari tuh kan? Hubby momma ckp jgn amik kisah sgt apa yg org lain ckp tuh as long US tahu yg US dah bg yg terbaik utk Aufa. Yes each baby tak sama. Sama ada minum FM or BF ke tak semesti jd bam-bam. ia bergantung pd byk faktor cth spt metabolisma bb tuh tinggi, aktif etc... bam-bam jg tak bererti sihat juga.

Jgn la putus asa utk BF Aufa mahu pun adik Aufa, kan kita dah sepakat nk tendum nursing?? US bertuah masih dpt BF Aufa tau, mommaMia jeles. Memang amat pedas dengo kata2 org lain ni esp yg dah byk sgt mkn garam, tapi take it positif yer.

Semoga US lebih bersemangat, bersabar & ceria2 tau!!! Buang jauh2 suara2 yg tak best tu & gantikan dgn kata2 semangat hubby US & mommies yg lain kat atas tuh. caiyok2 okey!! Senyum sket :)

to momma mia dearie>> aah,relate yg ari tula.if de pape suke ngadu kat akak juga.hehe.yelah,maybe metabolisme aufa tinggi.ssh nak naik beratnya..lantaklah org nak kata apa ek.sabo jela.moga niat kita dpermudahkan nanti.tq kak.muah!

Hanim>> Hang in there. If tak nak formula, lompat terus to fresh milk. My kid tak tembam, but sgt tegap dan tinggi *genetik la tapinya, mmg laki bini tegap*. Tembam kejap je masa 1st 6 mths. Now minum fresh milk and other calcium, mmg takmau formula.

So if paedi syor FM, bagi je sikit. U dah berjaya EBF, after 1 year boleh dah kasi other forms of calcium.

BTW... bukan u comel ke?? Cuba tgk gmbr korang masa kecik, maybe Aufa ikut genetik one of u la tu :)

To hanim dearie>> ada juga try bg aufa fresh milk.dia suka juga.yelah,maybe coz genetic.kami dua2 xdela besar.abi aufa pun comel je sebenarnya.hehe.anak pun xle la nak besar bak juara kan.hehe.

Dayah>>US,setiap baby kan berlainan...saya rasa Aufa mmg jenis yg kecik, petite bukan sbb tak cukup susu ke kurang khasiat dn sebagainya...asalkan dia aktif, bijak sudahla...US pun dah merujuk ke paed kan..kalau paed kata normal, ok la..kena thn telinga sikit la dgn org2 tua ni.

to dayah dearie>> yup,babies are unique..i know, baby tak sama kan.but probnye, org2 tu tak phm.ingat sume baby sama je.paed kata aufa normal..so,thn jelah telinga.saba jelah..tq dayah..

Drama Mama >> Eeeemulut orang, memang menyakitkan hati kan! My son yang FM ni pun ada lah mulut2 orang tua yang tak insurans dok complain KURUS macam saya tak reti jaga and tak kasik makan...padahal elok ja saya tengok dia ni...kang overweight kang complain plak anak kau gemok. macam2 ja.

Jgn putus asa ya...though i x bf my son nemore but everyone knows that BM is the best! keep going dear

btw, come join our giveaway for a chance to win our delectable diaper cakes! ;-)

http://twinkywinkystars.blogspot.com/2010/02/join-our-diaper-cupcakes-giveaway_12.html

to Drama Mama dearie>> biasalah,manusia..bila budak kurus,suh gemok2kan.bila dah besar jadi gemok,suh diet,suh kuruskan badan.whatever! geram je kan.anyway,tq for drop by.insy,nnt i terjah ye.tq so much^_^


ummimusa>>
http://sarahhikmah.blogspot.com/2010/01/more-info-on-benefits-of-bf-vs.html

jangan berganjak US, hold on!!!

to ummimusa dearie>> ok,i kena wajib terjah ni.bg semangat balik.tq UM!



Nadiah Sidek>> mcm2 dugaan ye BF baby kat malaysia tu. sabar ye raudhah. kuatkan semangat, tulikan telinga & cekalkan hati. teruskan BF utk anak2 yg seterusnya. ramai lagi yg support BF berbanding mereka yg tak menyokongnya (diorang tak fhm sebenarnya..kalau diorg fhm pasti diorang pun akan menyokong ibu2 BF anak2 & takkan persoalkan apa2). don't turn back & never ever give up!

To kak nad dearie>> dugaan bf moms cmnila kak..hehe.yelah,mybe dorang xphm..saba jelah kan kak..tq kak!


ibu arifa>> salam US, kesian US kena "ayat2 power" gini..dah lah tgh prggy..sure cepat tersentuh kan..

saya pun dah selalu kena gak..lebih2 lagi side family hubby..kadang2 sampai rasa malas nk jumpa diorg tau..buat hilang mood jer dgr "nasihat" diorg. mcm lah dia org tahu sgt mcm mana anak kita ni. kita sendiri tau lah kan, anak kita mcm mana, lasak ke?tidur byk ker setiap hari? selera makan selalu 'on' jer ker?.. anak saya dalila pun x naik sgt beratnyer..dok 9kg tu jer.mmg telinga dan hati jd panas bila dgr "org2 yg serba tahu" tu bg nasihat.
yg penting anak kita sihat, anak kita bijak kan..

saya harap US tak putus asa dgn dugaan sebagai IBU YG BF ni, rasnyer semua ibu-ibu yg BF akan mengalami perkara sebegini..teruskan BF adik Aufa okey..kami sokong US,we always in ur side! kesian adik Aufa nnt kalo xdapat FULL BF mcm kakaknyer..

US,kekadang anak tak lalu mkn sbb nak tumbuh gigi kot..dalila dah nk masuk gigi yg ke-15 dah ni..dia mmg selalu kurang mkn time nak tumbuh gigi.

to ibu arifa>> samalah ape yg kita lalui.mcm2 solan.mcm kena interview lak.hehe.ramai yg senasib ngn kite rupenya.rmi yg memahami.anyway,tq kak..
lately aufa xselera mkn.tgk2 gigi geraham dia nak tumbuh rupenya...:)

Mel Mikail>> i knw ure tired dgn comment org2 tua yg selalunya panas je telinga kita nak dgr.

pls dont give up disbbkan kata2 mereka tu. mmg sedih bila org banding2kan anak kita dgn anak org lain. kata2 mereka tak penting, yg penting US & husband tau yg mana lebih baik utk aufa.

i think aufa petite sbb follow ur genetic mcm my niece jgk yg fully bf. sometimes bkn sbb susu ibu. ada jgk baby yg minum formula tp xtembam.

to mel>> yelah,mel.i penat,satu masa meletop jugak.hehe.ikut genetic tu possible juga.dah abi n umi nyer xbesa mana pun.tapi org2 tu xpk psl tu.main ikut sdp je ckp.hehe.saba jela kan.tq mel..

Nurul Izza>>my dear sis..dun give up.pekak je telinga.diorg bukan mak anak2 kita pon.susu ibu mmg terbaik..cayalah..anak yg minum susu ibu pon insyaAllah terbaik .sabar ye..iza sokong akak! chayok!..;))

*kiss*

to izza>> tq dik..kita as parent je tahu mn the best for our kids kan.chayok2!!

ibunafis>> salam kenal ummisalsabila..bykkan brsbr ye ngan ckp2 org2 psl tu..sy pun still BF wpun ank dh 1thn 4bln..dan ank sy kecik gak,xsmpai 10kg pun tmbang br2 ni..biar kcik tp intelligent,hehe..
baby yg BF ni lbh cpt blajar kan..lbh bijak & pandai kawal emosi..n lbh pnting ssh dpt penyakit..sntiasa sihat & cergas..so truskan BF pedulikan ckp2 org,ank kita kan..depa tu sibuk je..sy pun alami situasi sama..

to ibunafis>> slm kenal juga..aufa 7.5kg je.huhu.xpelah,yg penting sihat n cerdas.tq for sharing ^_^.

CIK NANA>> Ummi, senyum sket!! :)
Takmau la sedih2..
Asalkan Aufa sihat, takde apa yang nak dirisaukan...
Ummi kena ingat, PEOPLE TALK AND WILL NEVER STOP..
Takkan kita nak ikut cakap semua orang ummi??
Ummi tahu anak ummi kan..
Kalau docs pon ckp bb ok, then she's really ok la..
Tak payah risau sgt k??
Apa yang baik, ikut.. Kalau rasa 'tak kena' then ignore jek??
OK ummi?????????

to CIK NANA>> yelah,mcm2 mulut.pening juga nak ikut mana satu.hehe.ok...xsedih2 dah.tq nana..:)

puan punyer>> Salam kenal....

Jangan putus asa.. pekakkan telinga dengan kata2 mereka.. teruskan BF...

Biasanya saya akan terus baca blog ibu2 yang menyusukan untuk tambahkan semangat

Caiyok2

to puan punyer>> tq bg saya semangat.smg ada rezeki tuk adik aufa nnt.caiyok2!!!

Ashanas>> odah, shira rs apa yg odah rasa, sbb shira pun selalu kena mcm tu... odah untung family terutama abi aufa sokong odah.... shira cuma ada ummi shira je yg kuatkan semangat shira... shira lgsung tak dpt sokongan hubby n in-laws... diorg yg beria suh shira top-up fm.... shira kuatkan semangat sorg2...
sgt sedih kan bila org cuma nilai fizikal... anas sihat pe wlupun bdn kecik... ape, diorg ingat baby yg bam2 tu sihat sepenuhnya lah? anak kite yg kecik ni sakit la ek... wlu cmne skalipun bijaknya anak kita ni, klu fizikal kecik, yg tu jugak diorg persoalkan... mmg sedih...

to shira>> yelah,shira.sedih kan.bg mereka fizikal je yg penting.dorang kata kecik,tak cukup zat.tak tgk dr segi lain.sabar jelah shira..insy,kita dpt pahala atas usaha kita.:)

eCar nazrin aka ibu eiyman>>
US,daku pun dr dlu smpi skg slalu disound ngn ayat2 cenggitu.. jz pikir +ve jer, dorang tue XDE ILMU BF..dats y dorang ckp cenggitu.. cube dorang ade ilmu BF, pasti lain ayat dorang kan..lg satu..anggp jer dorang JELEZ sbb u BF yr doter..and at the same time dorang nk RACUN u suh bg FM kt anak..ini lar ant. dugaan t'hebat BF-moms.. klu kite x ckup kuat, mmg kite mudah terpedaya dgn ckp2 dorang.. kite rasa down, tensi etc.. kt sini lar as a mom, kite spatutnye PERTAHANKAN HAK ANAK.. klu bkn kite yg p'tahankan, SAPE LAGI YG LAYAK??
pls2 be strong dear..selama 2 thn 10 bln++ daku jadi BF-ibu, memacam dh dugaan/perlian/cacian yg daku terima..daku mmg jns KERAS ATI + TELINGA KEBAL.. wat dunno jer ngn kata2 tak m'bina nie..ape yg slalu ku set dlm kepala otak, AKU YG B'SUSAH PAYAH NGANDUNG 9 BLN 10 ARI..AKU YG B'TARUNG NYAWA NK BERANAK..SO, AKU YG BERHAK TENTUKAN ANAK AKU MINUM SUSU APA..OTHERS, PLS SHUT YR MOUTH!! (tp ku slalu ckp dlm ati jerr..kang ckp direct, ade yg gaduh laks..hehe)
yg penting wpun ank kite kecil (my Eiymann pun kecil gaks..tp tgk lar baka ibu & Papa dia), tp dorang aktif, sihat, bijak..itu yg lg penting kan..wat ape ade ank gebu-gebas tp x sehat..?? fyi, FM-baby nie muscle dorang lembik compared to BF-baby yg ade solid muscle.. tak caya, cube pegang dorang..its normal BF-bby tak gebu-gebas.. mmg biasenye mcm tu.. klu nk compare sgt pun, sila compare BF-bby ngn BF-bby gaks..jgn compare BF-bby ngn FM-bby..sekian..entri emo daku..hrp maaf klu ade sesape terasa..
to kak ecar>>bila org2 ni berckp,kite tpaksa diamkan je.kang jd perang plak kan.peace no war! hehe.BF moms like us kena kuat ek.sy kdg2 rasa goyang juga.seb bek ada hubby & kwn2 yg bg support.thanks kakk for sharing ur experiences.lama nyer eiyman dpt nikmat susu ibunya..congrats kak.^_^


thanks all !! emosi saya sudah stabil.sudah happy!! just ignore apa mereka nak cakap.semoga Allah permudahkan niat baik kita semua.amin..

Wednesday, February 17, 2010

Saya sudah hilang semangat dengan breastfeeding!!! (entry mengamuk)

Ini entry meluahkan perasaan.saya minta maaf dulu kalau ia meyinggung perasaan pembaca yang lain.kami baru sampai ke rumah malam tadi.balik johor kemudian tidur beberapa hari di klang.sambil tolong mak buat preparation adik saya nak tunang.saya nasihatkan anda janganlah baca jika anda tidak tidak snaggup menerima ayat2 saya nanti.tapi saya pasti entry ni bukan mengenai anda.^_^
Bila jumpa orang2 tua.saudara mara.kenapa meraka suka kata, kenapa anak ko tak besar2? kenapa kecil je? kenapa mereka suka lihat pada fizikal? saya tahu mereka mengambil berat.mereka risau tengok anak ummi.tapi ummi rasa kecil hati,sedih dan risau.
Ko bagi anak ko minum susu apa? dia makan tak? berapa kali makan? berapa kali minum? banyaknya persoalan.bila di jawab.banyak lagi jawapan yang kita terima.tak cukup susu dia minum ni.ko tukar la susu dia.susu yang byk lemak.bagi berat dia naik.saya tahu mereka mengambil berat tapi..saya sedih.saya jaga anak sendir.tapi anak saya tidak besar2..
Ko jumpa doctor,doc tak ckap pape ke? dr kata ok.as long dia sihat.tapi doc ada nshat psl food.mereka kata,if pi private memanglah camtu.dorang nak duit.if ko pi gomen.memang ko kena marah2 depan2 orang camni.nurse mmg sound direct cakap,ko tak bagi anak makan.suh bagi susu lain.dorang takkan amik tahu.bukan kita tak bagi makan.tapi budak yang tak selera makan.
kenapa mereka suka lihat pada fizikal? tak lihat aufa dari segi lain.anak saya aktif,anak saya bijak,bila di ajar dia cepat dapat.anak saya baru setahun lebih tapi dia sangat minat pada buku.dia minat belajar.anak saya sudah pandai berkata2.banyak vocab dia sudah dapat.maaf,saya tak de niat nak riak ke apa.saya nak luahkan saja isi hati saya.saya tahu dia masih budak kecil.orang tidak lihat itu.orang lihat badan dia.kenapa kecil? macam tidak cukup zat.
saya lihat anak2 saudara mara yang lain.anak mereka sihat2.sangat tembam.saya tahu semua orang suka bila tengok baby camtu.wah,sihatnya anak ko.pandai ko jaga.saya juga ada tanya.bagi baby susu apa? jawapannya ialah,susu formula..pelbagai brand susu formula.oh,tahulah saya.anak sy kecil sebab susu badan.saya sudah hilang semangat.niat asal saya memang nak fully breastfeed adik aufa nanti.tapi tertiba saya terlintas nak campur susu.saya ada luahkan pada abi.saya ada juga ckp,saya nak bagi formula milk juga pada adik aufa.sebab saya nak adik aufa tembam2,tak kecil macam aufa.supaya orang tak cakap macam2 lagi seperti skang ni.abi kata, sepatutnya syg rasa bangga sebab syg bg anak kita susu syg sendiri.syg sudah buat pengorbanan untuk anak kita.ayat tu memang buat sy terharu..
abi tahu saya sedih.abi juga marah kenapa orang suka cakap anak kita macam tu.tapi saya tahu,abi juga tidak boleh berkata apa2 bila orang kata begitu.sebab mereka orang2 tua.so,kita diam kan sajalah.saya ada bertanya abi secara halus.anak kita bijak tak? abi selau jawab,aufa sangat bijak.bila saya sedih dan risau orang asik kata aufa kecil.saya tenangkan perasaan dengan jawapan abi itu.
buat masa skang.saya memang sudah hilang semangat dengan breastfeeding.saya sudah tawar hati dengan breastfeeding.saya percaya orang sukakan bayi yang tembam,yang sihat.saya juga begitu.anak saya tak tembam sebab susu badan.oleh itu,saya harus berikan susu formula untuk bagi dia sihat dan tembam seperti anak2 orang lain????? betul kan? anak saya harus tembam,harus besar.tahulah saya...yang lain tidak penting.fizikal saja yang penting.pahamla saya..
minta maaf pada pembaca yang terasa dengan entry ni.saya tiada niat untuk menyakiti sesiapa.saya hanya mahu luahkan isi hati saya...

Saturday, February 13, 2010

Happy Holiday!

Gong Xi Gong Xi Gong Xini..hehe.tak nak ucapkan happy CNY.tapi nak wish enjoy your holiday.rasanya 4 hari kan cuti.bestnya dapat spent time with family bercuti sakan kan.you all ke mana cuti ni? esok kami ke kluang johor untuk menghadiri wedding ceremony my cousin.majlis on sunday.tapi pergi awal kerana mak tersayang mahu singgah shopping di ayer hitam.adik saya mahu bertunang.so,mahu beli barang keperluan majlis nanti.oh,adik mahu bertunang saya juga semestinya jadi orang paling sibuk nanti.cewah! hehe.

malam tadi saya shopping baby stuffs.tapi barang2 kakak aufa pun ter'shopping' sekali.Isetan, Gardens sedang sale skang.from 10% to 70%.tapi tadi saya tak jumpa pula yang 70%.apakah? hehe.so,cepat- cepat lah serbu! hehe.saya pernah terbaca about ada yg berpendapat, "baby shopping -It's much more fun and exciting than shopping for yourself!".totally agreed.seronoknya shopping baby stuffs ni.sangat geram.terlalu comel.mostly tadi beli baby apparels.beli juga botol susu,swaddle,blanket,towel,pillow and cover.bila di kaunter bayar.mata hubby kita pun terbeliak nak membayarnya.hehe.anyway,banyak lagi belum beli.breast pump pun belum beli.nanti continue shopping.kena list up semula.if you all tahu mana lagi tempat ada sale? bagitau la saya ye.hehe.yang pasti barang ummi nyer untuk berpantang satu pun belum dibeli.nampaknya banyak ongkos yang harus di korbankan..huhu.

oklah,happy holiday to all!! have a safe journey ok.em..yang confirm jalan mesti jem kan esok..take care!!!

Friday, February 12, 2010

My pregnancy update

today my pregnancy dah 27 weeks 4 days.87 days to go! sy sedang counting days.excited tapi takut! hehe.cepatnya masa berlalu.oh,saya dah melewati trimester ke 2..nak masuk trimester ke 3 dah.sepanjang trimester kedua perut makin boyot.tapi suke sgt bila nampak baby membesar.yelah,mom's feeling.even mulut membebel2 tgk badan tembam sana sini.tapi hati byk happy.^_^.

baby skang makin aktif.kerap bergerak & suka kick woo..baby suke bg respon ye.pastu,skang jalan lelama pun dah tak larat.tidur malam tak lena.asik terjaga.maybe rasa tak selesa dgn keadaan perut skang.tidur dah start mengiring je.kdg2 terasa pedih ulu hati.kdg2 waktu mlm kaki cramp juga.mesti saya tak cukup calcium kan.meleleh juga air mata ni menahan sakit.terpaksa kacau abi tidur kejap minta urutkan.hehe.

Kelmarin sy pi cek up di Demc.1st time cek up di sana.before ni sy ke poliklinik kat depan umah.dekat je.then skang baru proceed ke demc.hehe.ramai suggest jumpa dgn dr norleen.org kata,dia sgt baik.tapi bila saya nak wat appoinment,timetablenya full je.wah,baik sgt kah dia.femes btol.teringin pula sy nak jumpa orgnya.at last,sy pilih dr mazita.appoinment before pukul 4.30pm.tapi sy datang tepat 4.30pm.haha.nasib baik dr belum balik.tp kena sound len kali sila datang awal yer puan raudhah...hehe.but dr mazita tu pun baik sgt.so friendly & sopan santun.^_^

bulan ni berat saya naik 3kg.so,total berat skang is 60kg.lalalalala...(buat2 happy)..alhamdulillah, tekanan darah sy kali ni normal.urine test pun ok.nasib baik tak kena minum air gula.hehe.tapi doc suh kawal berat bdn juga.during pregnancy, sy dah naik 12kg.so for more 2months tak le la naik byk sgt.abi kata,byk sgt makan ice cream nih.so,no more ice cream ke?huwaaa..

bila buat scan,keadaan baby tgh songsang.kepala bkn di bawah.dr kata dia tgh bergerak ni.terharu bila tgk baby.nak nangis pula.Alhamdulillah, baby sihat.berat baby sudah mencapai 1kg.InsyaAllah,next month nak wat scan 4d.kena jumpa dr fairuz pula.nanti kita tgk picture baby posing pula yer.


our baby at 27weeks

dr mazita kata,demc bakal berpindah to a new building.InsyaAllah,awal bulan 5.harap2 sempat,dapat sy bersalin at new demc ek.haha.sempat lagik.hello..sakit bersalin tetap sama ye pn raudhah..hehe.ok,kawan2 tersyg.doakan sy & baby selamat semuanya ye nanti..^_^

Wednesday, February 10, 2010

Aufa - 16bulan @ 1 tahun 4 bulan

This month aufa is 16month already.Alhamdulillah, ummi bersyukur aufa diberi kesihatan yang baik.ummi juga bahagia dapat melihat gelagat and her developments every day.
Bila dah dapat kaki.aufa memang makin lasak & aktif.jalan skang dah laju.bila keluar mmg susah nak control dia skang.bila keluar umah,kena pastikan tutup pagar luar cepat2.if tak,laju je dia jalan pi jalan raya.skang dalam rumah,aktiviti dia berjalan keliling satu rumah and suh kita kejar dia.
aufa makin expert dlm bidang terjun dan panjat memanjat ni.sume dia da berani panjat dan turun.bukan tahu takut pun.asal dapat explore.actually, toddlers at this age are confident to explore their surroundings.
Bidang mengemas mantain teror.suka membongkar segala benda.geram je.bukak sana sini.keluarkan semua barang.when she can walk.lagila,bawak brg2 from one place to another place.rumah pun bersepah2 dah.kite kemas,dia kemas balik.aduhai..pastu sometimes ada jelah brg yg hilang.dia sorokkan.huhu.
Aufa mantain manja.pegang botol sendiri pun tak nak.nak ummi pegangkan.plus, skang dia dah pandai merajuk.bila kita marah skit.terus menangis tekup muka kat bantal.or terus baring kat lantai sambil tekup muka.tunggu kita pujuk dia.manja ok!
aufa juga dah paham when we are giving her simple intructions.dia akan ikut means dia paham la kan.suruh dia amik brg,suruh dia stuffing toys.
aufa knows how to show her feelings.vocab dia dah bertambah juga.selalunya dia akan sebut hujung perkataan.atit(sakit),yak(berak), andi (mandi),tuh( jatuh), pah (tumpah),heyo ( hello), eye, .paling best bila kita tanya,what's your name? she will answer, Aufa!!! shomelnye.ahaks!
aufa suka imitiate apa kita buat.bila ummi mekap,dia pun nak.buat mcm ummi buat.bila kami solat dia pun ikut sujud tertonggeng2.sambil sebut Ya Allah..selepas solat aufa akan salam cium tgn ummi & abi.semoga aufa jadi anak yg solehah ye sayang.
hari itu,ummi ada wat art sesion with aufa.we colored a book using crayon.pandai and excited dia dpt color! then,after coloring activities..guess what she did? aufa amik red crayon lumur kat bibir dia.haha.ni mesti dia ikut & tiru bila ummi pakai lipstick.abis merah2 la bibir dia.haha.lawakla kakak ni..
bila nak tengok cartoon dia akan amik remote bagi kat ummi.suh buka playhouse disney dia la tuh.
aufa juga pandai sayang adik.tepuk2 my tummy sambil panggil adik..adik..adik..kakak tak sabar nak main dgn adik ni ye.then,she will kiss my tummy.muah!!

video

video ni semasa kami ke garden,midvalley.aufa tak nak balik.suka btol berjalan cik kak ni.punyalah susah nak ajak dia balik.bila ummi cakap nak tinggalkan dia.baru laju dia follow ummi.hehe.

Happy 16months darling.semoga aufa membesar dengan sihat dan cergas.semoga Allah memudahkan ummi dan abi mendidik aufa dengan sempurna.InsyaAllah..^_^

p/s: thanks so much to my niece,amirah dearie for the blog makeover.nak wat sendiri tak jadi.at last,mira comes to rescue.hehe.ni tgh nak masukkan balik links and blog u all semula.

Tuesday, February 9, 2010

My Little Chef

Jom kita layan chef kecik kita main masak-masak.ini lah aktiviti feveret aufa skang.bila tgk ummi masak kat dapur.dia pun sibuk amik toys masak2 dia.budak2 mmg pandai meniru apa yang kita buat. bila ummi tanya aufa tak cook ke hari ni? terus duduk atas kerusi dia.start masak2.haha.ummi pun layan jela.

Aktiviti masak-masak ni bagus juga untuk anak-anak kita.cooking activities bukan saja kita boleh luangkan masa dgn dia.ummi ada baca cooking activities ni boleh juga develop motor skills,develop languange dia.boleh tambah vocabulary dia juga.sambil kita layan dia.boleh introduce new word like cooking,mixing,cutting, washing or can introduce her kitchen utensils like plate, glass, teapot,fork,spoon and etc.
nanti aufa dah besar sikit bolehlah wat aktiviti masak2 yg real pula.masak-masak simple recipes.nanti dia boleh discover about food, belajar function of kitchen utensils and have fun in the kitchen!! yeay!!! mesti seronok.tak sabar pula ummi.hehe.tapi ingat, nanti aufa dah besar kena rajin tolong ummi masak pula tau!!.
Jom layan chef kecil kita masak..hehe.




em..amacam? teror tak aufa masak? ada bakat jadi chef tak?hehe.ok,nanti mehlah join aufa main masak-masak.^_^

Monday, February 8, 2010

Mengidam ke Mengada- ngada?

Bila preggy ni mengidam makan macam2? craving ni patut di layan atau tak? Bila ummi teringin nak makan sesuatu, pastu minta Abi carikan or bawa pi makan.selalunya abi akan layan jugalah bini dia yang manjos ni.sebab if tak dapat mula "muncung tarik sedepa."bila dah dapat makan.lega rasanya.hehe.tapi setakat ni tak pernah lagilah ummi mengidam benda yang mengarut2 or susah nak cari.cuma satu je ummi teringin tapi tak dapat lagi.apa tau..keropok lekor losong.nak yg ori punya.kena pi trengganu la if nak pekenanya.hehehe.
Masa preggy aufa dulu.ummi alami alahan yg teruk.sepanjang 9bulan mabuk je.makan pastu muntah.lagi2 masa tu tak suka dekat dgn abi.Loya.kesian abi.hehe.tapi alhamdulillah,preggy kali ni lebih selesa.ummi alah pada 4bulan awal je.dan selera ummi lebih kepada makanan barat.jadi omputih plak.ummi tak selera makan nasi.tapi skang,sume dah boleh bantai.selera dah makin sihat macam tuan punya badan.org kate,"batu & kayu je tolak".haha.

Di awal kedua2 pregnancy, ummi mengidam sgt nak makan mangga muda cecah with kicap dan cili padi.suh abi carikan.pastu ada juga yg memberi.fuh," berdesup2 "sedapnya.punyalah banyak makan buah pelam.dapat makan sekali sepuas2nya.lepas tu cukuplah.tak nak dah.huhu.
Ingat gak masa preggy aufa.makanan yg ummi mengidam nak makan ialah nasi kerabu with solok & daging bakar.ummi reti mkn nasi kerabu ni masa time belajar dulu la.masa craving nak makan nasi kerabu tu tak tahu nak cari kat mana dekat2 sini.last kami jumpa di pasar malam desa pandan.punyalah jauh mencarinya.
Preggy kali ni ummi banyak craving makanan omputih la.skang ummi suka sangat makan aiskrim.asik2 aiskrim.bile keluar mesti singgah ice cream shop.hihi.so heaven..nikmat btol bila dapat makan aiskrim.i luv it so much!!


Baskin Robbins is the best!!! yummylicious!
sedap gak but after BR la..hehe.

ABC Frado.ABC paling special seumur hidupku
Ice cream di J.Co donut pun best.rasa masam2.eat with fruit.yummy!!! ABC pun ummi suka.orang kata tak elok makan yg sejuk2 banyak sgt masa preggy.nanti anak leh kena lelah.yeke? tapi bila pikir nanti kena pantang makan benda sejuk2 ni.argh..baik pulun skang.hehe.ikut MIL, kena pantang yg sejuk2 ni selama setahun.sgt lame ok!.tapi ummi tak ikutla.hehe.masa aufa 44 hari lebih tu dah start minum air sejuk sikit2.amik masa gakla nak makan yg sejuk ni pastu..

ummi suka makan icecream je ni.nanti doc suh minum air gula lg.aufa tak tahu..aiyok!
hehehe.takut gak.asik pulun aiskrim je.kang naik lak gula.nanti pi cek up kena minum air gula.or suspect "terkena kencing manis" lak.huhu.alamak! pipi pun makin tembam ni.berdebar2 nak pi cek up.berapa pula naik berat ek this month...huhu

pregnancy bump at 26 weeks

Monday, February 1, 2010

Yeay! Aufa dah boleh jalan!!



Baru tahu.masa aufa belum berjalan.tak sabar nak suruh berjalan.sekarang,aufa dah berjalan.silalah kejar ye.pantang buka pintu laju je berjln keluar.nak tercabut kaki mengejar dia.hari itu,dua hari kami keluar.ke ikea dengan abi.esok nya ummi dengan adik ke pkns,shah alam.Ya Allah.penatnya kami mengejar dia.menonong je jalan.tak takut orang.orang lain yang siap bagi laluan kat budak tonet ni.sume ckp ni baru dpt kaki ye.excited berjalan.hehe.kami nak shopping pun susah bila dia tak boleh duduk diam.




kami dudukkan dalam troli pun mengamuk.tudung ummi dah herot berot,bedak pun dah cair dibuatnya.haha.kami dah penat berjalan & kaki dah lenguh,aufa still mantain je.masuk mencelah sana sini.belek brg2 mcm dia lak nak shopping.siap mengemas lagi.tak boleh duduk diamlah.hah,baru tahu penatnya mengejar anak! mak buyung ni skang cepat lenguh kaki bila berjalan.kejap2 nak duduk.petang tu, balik dari pkns.ummi sakit2 badan.bisa sangat.kaki pun sakit sangat.tak boleh bangun.tak lama pastu terus ummi demam panas.hahaha.ni ummi baru baik demam.sampai demam2 mak cik ni kejar anak,hehe




video

yeay! luasnya dunia..cepatlah ummi.cepatlah abi.kejarlah aufa.tepi! tepi! tepi! sila beri saya laluan ok.lalalalala..hehe.