ads

Thursday, January 28, 2010

Satu hari tanpa Aufa

Citer Sabtu lepas.terpaksa dipospone sebab priority given to MBP 1st Gathering dulu.hehe.Sabtu lepas, 23 Jan 2010 Ummi & Abi ada seminar pakar affliate bersama Zamri Nanyan di Hotel Quality ,Kuala Lumpur.

budak busyuk shomots belum mandi


So,Aufa kami tinggalkan di rumah neneknya di Klang.Kira ni 1st time ummi tinggalkan aufa agak lama.seminar tu abis pukul 6pm.mana pernah berpisah lama2 dgn aufa.Dulu Aufa kan minum susu cafe bergerak.hehe.Kebetulan nenek aufa outstation pula.Tapi atuk ada.so, mak2 saudara & bapa saudara aufa la jaga dia.mama cik dia sanggup amik tiket bas nak jaga aufa punya pasal.

just two of us..
Pagi2 siapkan food aufa.Then,terus hantar dia.Dalam hati risau juga. Risau dorang tak leh handle aufa yang manja yg amat tu.nak dilayan je.tapi tak pelah, ada ramai boleh layan dia sorang.


Sir Zamri Nanyan & Sir Patric Chan
Seminar stat dari 9 am-6pm.Ummi baru nak tuntut ilmu affliate nih.anyway,bukan mudah.perlukan ilmu yg banyak & usaha yg berterusan.but,ofkos modal pun perlu juga.Sir Patric Chan is an international internet marketer and a millionaire.kagum dgn dia.even tak belajar tinggi.tapi skang dia sudah bebas kewangan & bebas masa.boleh beli apa saja yang dia nak,melancong seluruh dunia & dan paling best dia ada banyak masa with her wife & kids.so heaven!! semua org impikan camtu juga.if dia cuti pun,duit tetap masyuk..kayo kayo..kayo..itulah kuasa biz internet!!



Sepanjang seminar, ummi asik teringatkan aufa.tapi best juga berdua je dgn Abi.Tanpa gangguan & amukan si kecil.lega rasanya.macam bebas pula.tapi bila dah jadi mak ni.tetap ada bonding dgn anak.asik teringat je.tak sama mcm dulu.pikir diri sendiri je.hihi.






Abi kata,sekali sekala kena tinggalkan aufa juga.baru dia tak manja sgt.tapi ummi asik teringat kat dia.selang bape jam mesti sms mama cik.tanya aufa camne,aufa buat apa. Bila rest time, ummi call mama cik lagi.Mama cik kata dia good girl.tak nangis pun.elok je makan banyak & minum susu pun banyak.berjalan round rumah sambil menyanyi2 la.pastu tidur lama juga.tak cari nenen pun bila nak tido.hehe.Mama cik kata bila buat kerja.dia ok je duduk kat sofa tgk TV sorang2.aik,baiknya dia.pelik ummi.huhu.

rindu kat kakak aufa.tgk pic dia kat blog.huhu


Bila seminar dah abis.Abi ajak singgah jap umah MIL di Kg Pandan.Lagipun Aufa ok je.ummi je risau lebih2. Bila ummi call mama cik, dia kata aufa tgh leka main.relax & happy je.tak cari ummi dia pun.tak nakal.well behave je.tup tup tup..dalam pukul 9pm baru bertolak nak pi amik aufa.

Ummi pun punyalah tak sabar nak amik aufa.bila sampai Pak Lang aufa tgh dukung dia.dia leh wat tak kenal je dgn ummi!. salam pun tak nak ok.amboi,baru tinggal sehari dah lupa ummi.haha

Bila ummi dukung aufa.dia tak nak.nak turun pi kat mama cik dia.ikut je mama cik dia.hello,ini ummi awaklah!!! saba jelah.dia dah tak kenal ummi....buat tak tahu je dgn ummi.Abi gelakkan ummi je :(

La..La..La..La..La...sambil lidah tersentil2.haha


Amboi,ummi tgk bukan main happy lagi anak dara nih main & menyanyi2.dengan atuk pun dia dah tak takut.mesra gitu.bagus juga bila tinggalkan aufa lagi camni.baru dia nak dengan orang lain.Tapi sedih juga bila aufa tak kenal ummi pula! geram betul budak tonet ni!



sape suruh tinggalkan aufa.aufa tak mo kat ummi dah!
Mama cik rekod aktiviti aufa.bukan main happy.mak su dia pun rajin melayan.ada video dia menyanyi2la.joget la.lawak btol! pastu peel baru aufa dpt ialah pakai sunglass sambil menyanyi2 la la la..mak2 sedara dia lah ajar ni.haha.ni sempat rekod video minah tecik bergaya with sunglass.:)

Bila nak balik baru dia nak kat ummi.baru ingat ummi.huhu.suspen je budak ni. pastu malam tu nak tido tibe2 dia merengek cari nenen.hehe.baru dengar dia nangis.dah start balik manja plus mengada2 dia.hehe.

Baru ummi tahu, aufa manja bila dgn ummi je.amboi.biasa dia! hehe.mama cik kata best jaga aufa.mama su pun seronok main dgn aufa.oklah,nanti ummi nak pi dating boleh tinggalkan aufa lagi.hehe

Wednesday, January 27, 2010

Practikal tutorial besarkan imej






ummi tengah praktis tutorial dari ummumishkah.nak besar imej gambar di blog.jadi ke tak ye? tapi picture tak keluar abis.size templat blog ummi ni tak besar pula.camne ye? click sini untuk ke tutorial.thanks ummumiskah for sharing!

Monday, January 25, 2010

MBP 1st Anniversary Gathering

curi pic ni from azza.nak gak letak pic ni.thanks!!


Pagi Ahad,24 jan 2010 kami ke MBP Gathering bertempat di Taman Tasik Shah Alam.hari sabtu whole day tak duk umah.dari pagi smpi pukul 11mlm baru balik.memang letih juga.tapi semangat nak pi gather2 gak.After subuh.kelam kelibut goreng nugget & sosej.hehe.menu express je.pastu,kejutkan aufa & siapkan terus.nasib bek dia tak cranky bgn pagi2.mana biasa cik kak tonet ni bgn awal.hehe.


muka budak kena bangun pagi.



Abi kerja.oh,husband saya memang kerja setiap hari.So,he just dropped me and aufa before go to work .em..terpaksalah..jadi single mom.sob sob sob.jeles btol bila semua dtg dgn hubby masing2.We arrived around 8am.Masa tu the committee tgh do the preparation.Yang ummi kenal yg dah ada masa tu, Ummi Khayra, Hanz, & kak ros.Aufa pun dapat main dengan khayra.khayra pandai berkawan.look,dia pegang tgn aufa.hehe.

sama petite,sama comel.hehe


I LOVE YOU..





berdua je dgn aufa.

Before start the program, duk layan aufa jalan2 round taman.bila kaki dah lenguh cari port nak landing.ada tikar kosong kat bwh pokok sebelah je dgn tmpt jiji.tak tahu sape the owner.thanks sbb bg tumpang bersantai2 smpi the end of event.ummi tak bawak tikar sbb ummi takde tikar.huhu.cuaca redup.tapi tak berangin.agak berpeluh2 jugalah kami.duk berkipas2 je.


Pastu dlm 9.30am start acara makan2.food semua sedap2.macam2 ada.dua kali tambah.kalau nak diikutkan nak rasa yang lain pula.tapi perut dah sempit.hehe.makan macaroni goreng,ayam panggang with potato & carrot (seroiusly yummy! siapa yg bwk ek?boleh minta resepi.) ,fruit salad and cheese tart.yummylicious!



wif cute mommy, ummi khayra.kak nini is one of the committee. wif farah & afif .farah is really slim & tall.


Pas makan,start acara game.semua menarik tapi ummi satu pun tak join.rugi rasanya.mak buyung ni just lepak2 and chit chat di bawah pokok.huhu.Seronok jumpa my blogger frens.ada several yg pernah jumpa like momma mia,ummi khayra,farah,azza,watie, hanz,mommy lyna.yg lain ni kira ni 1st time jumpa face to face.macam jiey,mel,haiza,jiji, isabelle,kak fid & little mama.sape lagi ek? sorry if lupa mention.ada juga few new bloggers yg ummi baru sempat berkenalan like nia,Tifa & juan.anyway,seronok dapat dpt berchit chat.


group santai2 mak2 blogger

wif momma mia.seronok dpt jumpa the cheeky mia!


leka belek buku

Nasib baik aufa tak cranky sgt.elok je leka main2 kat tikar.lepak2 dgn damia bam2.geram aunty tau.so,taklah jenuh ummi nak layan.tapi boleh dia melalak keluar air hidung sume masa ummi tinggalkan nak amik food.tgk2 husband farah dah dukung dia.haha.malu je anak sapa ni?aufa mmg camtula.tak boleh kena tinggal.tgk afif relax je bila daddy & mommy dia tinggalkan.good boyla..farah kata,dia mmg dah biasa kena tinggal.tergelak dibuatnya.hehe.



we've so much fun!!!!

the vogue preggy mommies.watie,me & kak alin.^_^
wif haiza.aktif btol damia yer
wif hot mommy,Mel & Mika


wif momma mia,haiza and ummi khayra and our daughters

Lama juga ummi duk lepak2 kat situ.borak2 je dgn bloggers mommy.dpt jumpa anak2 masing2 gak.before ni tgk dlm blog je.dpt jupe ian yg sweet & friendly mcm maknya juga.betul tak jiey? hihi.dpt jupe the real mika.active betul dia.nasib baik daddynya ada nak melayan.ummi sempat gak berchit chat dgn geng mak buyung esp watie,momma mia and azza psl the coming baby msg2 & preparation nak bersalin nanti.pastu ada sesi photography beramai2.best! pastu sesi bg hadiah & lucky draw.dlm kul 12 the event officially abis.bila berkemas,sempat tapau nasi goreng,nasi lemak & carrot cake.huhu.


Sementara tunggu abi dtg pick up.ummi duk melayan aufa jalan round taman & main at playground.oh,penat betul.tibe2 si tonet ni active dan tak nak duduk even sekejap pun.dlm 12.30 abi smpai.masuk je kereta terus aufa pengsan.penat sangat la tu.ummi pun dah sakit2 badan melayan dia.huhu.

aufa tgh berusaha panjat slide

Overall, MBP memang best! congrats to MBP & all the committee yg tungkus lumus handle this event .bila semua dah blk.dorang still kena kms & bersihkan tmpt tu tau.well done for this successful event.thanks gak too the sponsorship and doorgifts.mcm2 ada.ada ramai lagi bloggers len yg ummi tak kenal.maybe pasni kita boleh berkenalan dlm blog pula.Anyway,nice to meeting you all! looking foward too see all of you again.:)

Saturday, January 23, 2010

Baby & Mommy Checklist

Now time to do senarai semak for our coming bundle of joy.. :) perlu pilih mana yg tidak perlu dibeli lagi.guna aufa punya dulu.mana yg perlu diutamakan & mana yg perlu dibeli supaya tidak membazir.tapi for 2nd baby maybe tak excited shopping mcm anak sulung dulu.and lebih tahu mana yg perlu & mana yg tidak perlu.masa aufa dulu,main beli je.tapi ada yg still not use & elok terperam lagi.hehe.

ini checklist from mothercare.just a basic list.nanti kita wat senarai lebih detail plak pasni.benda yg tonet2 pula.

MATERNITY UNDERWEAR
1. nursing bra

PREGNANCY &LABOUR ESSENTIALS
1. maternity towel
2. disposable breast pad
3. bump strecth mark cream
4. nurturing nipple cream

NURSERY
1.baby mattress
2. cot bed
3. cot toy

CAR&TRAVEL
1. baby carries
2. car seat

PUSHCHAIRS
1. strollers

FEEDINGS
1. breast pump
2. bottles feeding
3. bottles accesorries
4. strelissing equipment

BATH&CHANGING
1. nappy changing - change mats, nappies
2. towels, bathtime essentials
3. bath set tub


ok,bab nursery, car travel & pushchair tak perlu beli.guna aufa punya dulu.bab2 lain mostly perlu dibeli.especially, electric breastpump & accecories.ummi berazam nak pam susu and buat stok ASI pula.lagi, kena beli wardrobe baru for aufa & baby.coz wardrobe skang da tak muat.besar lagi bagus senang ummi nak sumbat brg2 dorang sume dlm tu.hehe.



Banyak ongkosnya bila lahirnya newborn baby.kena save for keperluan baby & mommy.abi kena save kos hospital ummi & baby juga nnt.bila kerja sendiri.siapa pula yg mahu cover.sendirila tanggung.hehe.

Wednesday, January 20, 2010

Aufa - 15bulan.@ 1 tahun 3bulan

Oh.susahnya nak blogging skang.nak jalan2 blog kawan2 pun tak sempat.melayan karenah aufa kakak tonet yang teramat manja.aufa paling jeles bila ummi mengadap laptop.mengamuk tak layan dia.jeles juga bila ummi manja2 dgn abi ok.haha.aufa sangat sukakan perhatian untuk dirinya saja.


Aufa sudah 1tahun 3bulan.rindunya aufa masa baby dulu.rindunya bau aufa yang wangi semasa baby.rindu juga pipi aufa yang loyot dulu.hehe.






Aufa dah pandai jalan terkedek2.tapi still jatuh2 lagi.bila keluar dia dah tak nak ummi dukung or duk dlm stroller.nak jalan.good job dear! tak lama lagi ummi kena kejar aufa lah nampaknya.geram juga bila dia tgk aufa menari goyang pingang & menyanyi.bkn men lg!


skang ummi perasan vocab aufa dah bertambah.aufa akan sebut benda tu bila dia nampak.aufa pandai sebut rabbit (abbit), ball, dog, air, adik, kakak (tatak), bird (bid), teeth (tisss) and sebut her name, aufa! hehe..happy tgk dia berkata2.aufa suka wat animal sound.selain tgk playhouse disney.aufa suka tgk animal planet chanel.excited bila tgk animals.



Aufa minat with book.ke mana2 pantang nampak book.mintak amikkan.nak nak nak..aufa akan mengamuk kalau kita tak layan dia mebaca.aufa akan bawak buku tu kat ummi,suh ummi layan.tarik tgn ummi suh ummi point to.paling suka skang is majalah pa&ma ummi.abis koyak2 da jdnya.hehe.aufa pandai stuffing buku balik bila ummi suh.hehe.







gigi aufa still 7 btg.ari tu tumbuh gigi bawah satu.ummi tak ajar dia gosok gigi lagi.selalu ummi lap gigi dia with kain lembut dan bersih.nanti lah beli berus gigi untuk aufa ye..



skang lagi rajin aufa explore sana sini.aktiviti paling disukai.bukak wardrobe.keluarkan semua baju.keluarkan brg dr handbag & wallet.ritu selamat duit kertas dikoyakkan.suka main pintu.amik kunci.konon2 pandai nak buka pintu.hehe.ambil penyapu konon nak tolong ummi menyapu.bwk brg dr one place to another place.ummi mekap.dia pun nak mekap.mcm2 aksi kakak tonet ni.








Aufa love to draw too.conteng kat board dia.hehe.aufa suka sangat suh ummi draw benda yg dia tahu.then,dia will sebut benda tu.ummi tak tahu at what age kita dah leh introduce colors to kids.tak sabar juga nak tgk dia mewarna.buat craft.tak sabarnya.



Aufa also can recognize certain part of body like eyes,nose,teeth,hand and foot.clever girl.tapi yang tak tahan bila tanya nose,dia pi korek hidung plak! haha.



ummi sayang kakak.kakak sangat manja.tak sabar nak bagi adik untuk kakak.nanti kakak boleh main sama2 & ajar adik baca buku pula.boleh buat mcm2 aktiviti sama2.hope kakak akan sayang adik adik nanti.happy exploring my little girl.muahsss!!


p/s: congrats to my BFF,wana.selamat melahirkan baby boy.seronoknya. :)
oklah.kakak tonet dah bangun pula..aduh..

Saturday, January 16, 2010

Online Cuci Cuci Mata

Pregnancy bukan satu penyakit.Tapi anugerah yang harus di hargai dan di nikmati.Even badan skang dah sakit2 dan tak larat.mesti semangat.tak nak lembik2.dan paling penting mesti ceria.mesti happy.baru baby in my tummy pun happy :)

skang nak window shopping mahupun shopping kat rumah pun boleh.pasal perut ummi dah boyot.so,ummi cuci cuci mata dulu kat online maternity shop.nak cari design baju yg ummi teringin nak pakai ms preggy ni.hehe.ummi suka maternity dress camni.pakai with inner or cardigan.banyak songeh je kan mak buyong ni.haha
ummi ada survey di mumdreams & danita maternity.tq momma mia for sharing.cantik2 & price is reasonable.tapi sayang mana yg berkenan semua dah sold out.then,ummi dapat info pasal cetot.com ada juga jual maternity dress.cantik2 juga.so,beli 2 pasang.tak tahulah sesuai ke tak ummi gayakan nnt.huhu
.
source : MONSOON
ummi suka gak blouse yang tak nampak mcm baju mengandung sgt.coz pas preggy pun le pakai lagi.sopan but ceria.wah! byk songeh tul mak buyong ni.ini ambik dari website oversea.cantik2 kan.best tul cuci mata ni.haha


source : PRIMO MODA

Thursday, January 14, 2010

Oh..My Tummy ^_^

my pregnancy dah masuk 23 weeks and 4 days.perut pun sudah memboyot.cepat je rasa masa berlalu.few months to go!. fuh..fuh..berdebar2..im just started getting cramp sana sini.aduh sakit bangat! berdiri dan berjalan lama2 pun mak cik dah tak larat.hehe.

pagi tadi pi check up.alhamdulillah baby sihat walafiat.berat baby dah 600g.kali ini doc jangkakan bersalin pada 13 mei 2010.tapi doc kata uri macam turun sedikit.if dlm 30weeks++ nanti uri tak naik.maybe kena bersalin ceaser.tapi kdg2 bila kandungan dah besar.selalunya uri akan naik balik.cuaknya.kawan2 ummi yang disayangi semua..doakan ummi and baby selamat semasa bersalin nanti ye..

result ujian darah ritu sume normal.tapi tekanan darah ummi still rendah.so,doc suh minum air garam.1st time minum.aduh..pastu timbang berat badan.57kg! siap doc tulis besar2 dengan pen merah kat kad appoinment.naik 5kg!.doc kata banyak sgt naik ni.argh...diriku obes! patutlah seluar semua dah sempit.hehe.hubby pun dah gelakkan part belakang tu dah besar.sabo jela.hehe.so,doc suh datang lagi nanti.kena puasa and minum air gula plak.aduh..mcm2 air kena minum.1st time gak kes camni.masa preggie aufa dulu sume ok je.normal je.ummi tanya doc nape tekanan rendah? kena mkn apa? pelik juga.doc suruh eat healthy,minum air byk2, & makan ikan bilis.hehehe.

bawah ni gambar mak buyong.hehe.sikit2 makin membesar my belly bump.boleh nampak part lain pun ikut membesar.pipi pun dah chubby.^_^
pregnancy bump at 16 weeks+


pregnancy bump at 20 weeks +


pregnancy bump at 23 weeks

okey,weekend ni nak serbu maternity shop! la ni nak tengok kedai online dulu.any suggestions shop? ^_^

Wednesday, January 13, 2010

Kentang Bakar Yummy


yum yum..resepi baru untuk aufa lagi.kena pelbagaikan menu untuk dia.ummi nak share dgn you all.kentang bakar yummy.sesuai juga untuk anak yang tak nak makan nasi.makan camtu saja.makan dengan nasi pun sedap juga! Aufa sgt2 suka!
Cara- Cara:
1. 2 biji sweet potato saiz besar di basuh dan balut dgn aluminium.kemudian bakar dlm oven pada suhu 180 celcius sehingga empuk.
2. bawang putih & bawang besar di cincang.
3. panaskan kuali dan sedikit olive oil.
4. goreng sekejap bawang tadi.kemudian masukkan daging lembu yang sudah di cincang halus.masak sekejap.
5. kemudian masukkan sos spagetti or sup tomato dlm tin dan sedikit serbuk oregano dan sedikit air.
6.akhir sekali masukkan sayur campur ( carrot, jagung dan peas) dan sedikit garam dan gula.
7. belah kentang di tengah.masukkan inti daging tadi di tengah2nya.
Selamat mencuba!

Manjakan anak berpada-pada

Manjakan anak berpada-pada? tak tahulah sesuai tak tajuknye ni?hehe.kita ni as a parent, happy bila tgk anak happy.seronok bila dapat entertain anak2.tak kira lah cara yg bagaimana pun.betul tak?ni ummi nak citer about toys.satu ketika dulu, bila keluar ummi mesti belikan aufa toys.maybe excited sgt bila dapat baby.tak kisahlah.kdg2 yg murah2,yg rm10 pun jadilah.lagi2 bila pi toys r us.lagi naik hantu.mcm ummi plak yg main.excited je lebih.hehe.


Tapi skang ummi dah lama gak la tak belikan aufa toys.sbb dah pening tgk toys dia dah byk n bersepah2.hehe.plus org bagi lagi.dah tak termain pula dia.pastu, abi ada tegur ummi.abi kata jgn biasakan anak.bila keluar je asik belikan dia toys.bukan kita kedekut.bukan tak sayang.tapi nanti dia terbiasa dapat je.manja dapat apa je yang dia nak.bila dia dah pandai minta nanti.mengamuk pula bila kita tak belikan.hehe.betul juga kan? apa pendapat you all?

geram bila aufa pose camni!

ummi teringat masa kecik2 dulu.bila pi shopping mall.mak mesti tak nak lalu kat tempat toys.sebab takut adik ummi mengamuk nak minta toys.hehe.mengamuk teruk ok if tak dapat! sampai terbaring2 kat lantai melalak nak toys.hahaha.tak tahulah dia ingat lagi tak..hehe.


ummi cakap dgn abi.boleh belikan toys.tapi tak leh selalu.tapi belikan sebagai reward bila ada development or well behave ke.beli yang educational toys.( nak juga beli toys ummi ni).hehe.tapi ummi perasan skang aufa lebih minat kat books compared to toys.if masuk playroom, she will take her books first.ummi penah letak dpn dia book & toys.dia akan pilih book.Alhamdulillah.happy bila nmpk minat dia kat buku.hehe.


skang bila keluar.cara entertain aufa bawa main di playland or bagi dia main machine yg masuk coins tu.hehe.mula2 aufa takut.menangis juga.tapi skang suka plak.nnt gerak2 & nyanyi2 la la la..aufa sonokla..lama juga layan dia main machine tu.pastu, abi tegur gak.tak leh biasakan juga.ala..tak boleh juga ke..(kita as mom ni suka sgt entertain anak..) haha.abi kata nanti asik nak main je.aufa skang dah pandai point to bila nmpk machine tu.nasib baik pakai coins je.hehe.

memang mencabar nak mendidik anak ni.bukan senang.kena pikir circumtances.sayang kan anak.tapi kena berpada2

teror tak aufa drive car?



lagi satu, aufa ni mmg sgt2 manja.bila nak beradik lg menjadi2.org kata, bila nak dapat adik mmg dia akan buat perangai.tapi tak tahulah kalau ummi yang manjakan dia lebih2.hehe.

bila aufa tak nak letak.melalak mcm kena dera plak bila ummi tinggalkan.nak selalu dilayan.ada org kata,maybe coz ummi yang biasakan aufa dari baby.dari baby tak boleh pegang je dia.nanti satu kerja apa pun tak dapat buat.itu pendapat org2 tua lah.terkedu juga mendengarnya.hehe.
maybe coz aufa manja sebab dah ummi dia je jaga & uruskan dia hari2.abi pun dia tak bape nak sgt.yelah,abi jarang spent time dgn aufa.apa lagi uruskan aufa.hehe.tapi bila ummi tgk budak2 especially anak2 buah & adik ummi.bila dgn org lain,mcm penjaga dorang.karakter dorang len.well behave la.tapi bila dgn mak sendiri tiba2 karakter dorang jadi len.jadi manja & macam buat perangai sikitla.dari psychology,ummi rasa dorang ni nak perhatian dr kita.nak dilayan.sbb tula jd manjos gitu! hehe.what is your opinion about this?

naik horse nih best.no coins needed! hehe