ads

Friday, July 31, 2009

Aufa Jadi Cartoon

Salam Sayang semua.malam kelmarin kami ke plaza masalam,shah alam.sebab ummi nak makan ketupat palas dan rendang.macam nak raya pulak ye..sedang yum yum yum..sedapnye..intro yang mengiurkan..:p
Tiba 2 datang sorang mamat ni.dia kata dia nak lukis potret aufa.dia tunjukla hasil2 lukisan dia tu.not bad la.kira dia ni kartunis la kot.dia mintak RM10 je.kami pun just agreed.bolela kan..

dia snap picture aufa.then terus lukis.malam tu aufa bertocang toncet satu.



jeng jeng jeng.hahaha.ini lah rupa aufa menjadi cartoon.boleh la aufa geng dengan upin ipin lepas ni.1st time, kami tengok.abi wat lawak.laa..dah hidung anak abi tak mancung.dia lukis jadi kembang lagi plak..hahaha.
pegang HP and suka sibuk nak sms tu memang sama! pipi chubby dan badan slim pun sama!


aksi aufa tengok cartoon die.sama ke aunties?


okla tu sayang.kite buat kenangan.nanti ummi letak dalam frame ok.muahhhhs !!

Thursday, July 30, 2009

Tag About 6th

Ummi has been tagged by defina.kawan baru ummi.actually,dah lama tak buat tag.sebab ku dijangkiti penyakit M.tapi defina punya pasal.ku tunaikan juga..sbgi tanda persabatan.eceh!:).

These are the rules:
1. Go to your photo files…Select the 6th photo folder. - done

2. Select the 6th photo in that folder. - done

3. Post that photo along with the story behind it.


lawak je bile tgk gambar ni.sebab pe tau..rambut aufa tu..kuikui.terpacak2 tapi kat depan lum tumbuh.dengan gaya boxing lg.ni masa aufa 3bulan.aufa baru bangun tido.ummi snap pic terus sengeh2 + lidah tersentel.hehe..Happy aufa!! syg anak ummi & abi.muahsss...

4. Then challenge 6 blogging friends to do the same!the answer

sape yer..(sape rajin lyn angkat keyboard! )

1.ummi ans
2.nadiah sidek
3.yatie chomeyl
4.mama idzareef
5.nani aka ummi hafiy
6.dila ~ nor


okey,kawan2ku yg bertuah.silakan buat yer..:)

then, award bawah ni kawan2 ummi bagi..thanks. i really apprecaite it! so, ku ingin pas kan pada kawan2 sume..:)



dari Nadiah Sidek : A lovely & Best Blog Award.auww..Thanks..







dari defina : Friendly Blogger award.Thanks..

Dari Ummu Hanie : Online Best Friend award.Many Thanks..

Wednesday, July 29, 2009

2nd dose Pneumococcal

Salam sayang sume.ni citer last week.baru nak update pasal check up dan pneumo untuk aufa.Appoinment di Darul Ehsan Medical Centre sepatutnya hari rabu dibawa ke khamis.Dalam kepala duk pikir, mintak2 la berat aufa naik.nak tanya paed gak about eczema issue tu..terima kasih kepada kwn2 yg amik berat tentang aufa psl entry eczema ritu.Kami sampai dalam pukul 10 lebih.alhamdulillah,xramai plak org hari ni..

Pas amik no,then nurse timbang aufa..berat aufa 6.95kg.dekat2 7kgla.Dalam hati, Alhamdulillah..naik jugak cikit berat budak tecik ni.hehe.walaupun consider mmg ringannye lah aufa ni..kdg2 tgk budak2 len bam bam semangat badan.geramnye..bila aufa nak bam bam gitu.hehe.tapi tak pelah.asalkan aufa sihat dan cergas.bukan cergas je skang,lasak bukan main.hehe.syukur Alhamdulillah..

masa ni merah2 kat leher dia dah baik lak..

2nd dose pnemo ni kira last inject.pasni vaksin lain lak lagi 2bulan.masa inject aufa nangis kuatla.then, ummi amik terus diam.Doktor Fadzillah tanya developmet aufa sume camne.Doctor kate development die ok.da lasak ye.da memanjat2,test2 nak berdiri sume.Dr fadzillah said normal berat budak menurun cikit,sebab keaktifan mereka.tapi aufa ni len cikit,sbb dia kecik je.tinggi aufa 73cm.berat naik cikit, 6.95kg.even da naik.dockor kata tu dah cecah the lowest line tu.uwaa....doctor tanye still breastfeed ke,makan camne.aufa kuat menyusu.tapi makan kurang.selalu tak abis.lagi skang, dah pandai geleng bila dah xmo mkn..huhu.doctor suh pastikan dia cukup nutrient sume.tak pelah syg, pasni ummi masak sedap2 ye.aufa kene mkn byk2 tau..


Aufa with her paed,Dr Fadzillah..alahai..kecik je anak ummi ni..

then,kami tanya pasal merah2 kat leher aufa.tapi masa tu dah ilang plak.Dr Fadzillah kata if eczema mesti ada kat bahagian pelepat lain.tapi aufa ada just kat leher.Dr Fadzillah advices
maybe dia tak sesuai pkai sabun mandi johnson & johnson tu.and tak boleh bg die berpeluh.dia berpeluh, merah2 tu akan jadi.Dr cannot make sure whether its eczema or not.if eczema pun maybe still mild.Dr Fadzillah bagi shower and lotion ( hubby cakap maksud bg bukan really bg, masuk bil..huhu).tgk dulu camne.if tak ok.kite ikhtiar len la..

shower & lotion baru aufa..tak wangi da.....


p/s: penatnye jaga aufa.lasaknye..rajin mengemas.kite kemas,die kemas balik.sabar..sabar...

p/s: Aufa kecik maybe DIA tahu ummi die confirm xlrt nak dukung.skng pun dah xlrt...lenguh..:)

Monday, July 27, 2009

Yeah!! Balik Kampung....

Salam Sayang semua.Sabtu lepas kami sempat balik kampung di Melaka. Ada kenduri doa selamat arwah nenek & atuk ( sebelah mak). Kami ingat tak de rezeki nak balik coz malam sebelum tu hubby demam. Tapi Alhamduliilah esoknye demam dah kebah.dapat balik jumpa saudara mara.seronoknya.my mom ada 18 adik beradik.so,bila balik kampung or berkumpul memang meriah! yelah,bayangkan lah campur dengan anak buah, cucu cicit semua. Besar sungguh jasa arwah nenek & atuk melahirkan dan membesarkan 18 orang anak.semua tu ada pahala dari NYa kan..ku yang seorang ni pun dah kelam kabut..semoga roh arwah nenek dan atuk sentiasa tenang di sana.amin..

on the way to malacca..aufa tido je..


adik bongsu ku yang bam-bam..:)

acara makan2 dengan sepupu & mak cik2..hidangan on the day, kari daging, asam pedas ikan parang, telur masin, ketupat, sambal ikan bilis, ulam2, sambal belacan, tauhu sumbat, kuih muih.mcm2 la..sume sedap! Alhamdulillah...

hubby and pak hamid. sian hubby xsihat lg sebenarnya ms ni.muntah2 & sakit perut..


acara makan2 kami..cameraku dipas2 untuk capture pics ni.seronok jupe mak cik2 ku..tapi ni tak cukup corum lagi ni.ramai lg yg tak dapat balik.ku jupe gak kakak sepupuku, kak as akak ibu umairah :)





After kenduri2, ada meeting keluarga.bincang tentang majlis perkahwinan sepupu2 ku bulan 12 nanti.
ku sempat snap picture anak2 dara comel ni, from left, syaza, alia, umairah and husna.dah bercampur2.ade yg pangkat anak buah ku, ada yg sepupu ku.baya lebih kurang je.dorang duk lari2.ku suh dorang posing.look,pandai posing..

yang ni anak mak cik ku..fahim & abangnya, fahmi.hensem tak?

hah, sapa pandai? teka ni anak dara sape lak? ;p

p/s: really enjoy my weekend.seronok dpt jumpa saudara mara even sekejap je.insyaAllah kita jumpa lg..tahun ni raya turn balik melaka with my family.yey!!! tak saba.. :)

Sunday, July 26, 2009

English Nasheed

Salam Sayang Semua.ummi just nak share about english nasyid.ummi kenal & mula mendengar nasyid2 yusuf islam aka cat steven sejak belajar dulu.Selain yusuf islam, zain bhikha juga salah seorang lagi penghibur nasyid yang berbakat.Subhanallah..Thanks for our brothers who made those beautiful nasheed!! Nasyid begini sudah tentunya juga bagus untuk anak-anak kita. Album mereka boleh di dapati di Saba Islamic Media di PKNS Complex (1st Floor), Shah Alam dan Maju Junction Mall ( Level 2), Kuala Lumpur.




comel je opah dgn upin ipin..:)love this song too..






yusuf islam live.love this song soo much!!





so beautiful song..






so sweet & so touching :(..yes,mum is amazing. i luv my mom..


p/s: sdg browse tentang yusuf islam dan zain bhikha merupakan kawan MJ?..waallahualam..Only Allah knows..

Thursday, July 23, 2009

Geleng Kepala, Berzikir dan Melambai Tangan

Sejak 8-9 bulan ini, aufa sudah pandai menunjukkan aksi-aksinya.aufa dah faham apa yang kita cakap.betullah ada yang kata, budak2 kecil senang absorb apa yang kita ajar & segala di persekitarannya.dah pandai meniru!

Video kat bawah ni.aksi2 aufa sebelum tido.sori la aunties.vidoe gelap plak.ummi ni xpandai adjust lighting.yelah nak tido.bkk lampu tido jelah.hehe.aufa sblm tido mmg gini.main2 dulu.


video

Aufa dah pandai geleng kepala.bila geleng2.its mean, NO or I dont want! baru dapat ni.ktorg gelak2 bila die wat cmtu.bila ummi suap mkn,da kenyang.xmo lagi.die akan geleng.bila xnak dgn abi, pon dia geleng.ummi tunjuk buaian,dia geleng.xmo masuk buai.lawak je..hehe.suka plak tgk die geleng.coz dia phm kite ckp pe..ahaks!

video

Yang ini baru dapat gak.ummi ajar die berzikir sambil geleng2 kepala.sbb asik ajar dia nyanyi2 then joget2 je.hehehe.nenek aufa terkejut tgk aufa pandai joget bila dgr lagu.Ya Allah,sape ajar cucu nenek ni..kueng kueng kueng...:)

Abi pun terkejut tgk aufa goyang2 bila main her musical piano.eh,bila die pandai joget ni? ;p

video

aufa melambai.ummi ajar zikir tibe lambai2 lak die,cute je tgn die bye2.ahaks!

Tarikh video : 21/7/09

umur : 9 bulan 17 hari

"Anak-anak kurniaan Allah. Mereka ibarat kain putih dan terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya"

p/s: pasni nak ajar aufa salam, cium tgn then tadah tgn..sambil buat muke cute..hehe ( persediaan kumpul duit raye byk2)..plan baik punye..haha

Aufa Melawat Sepupu Baru

Hari minggu lepas kami sempat melawat ahli keluarga baru kami.sepupu ummi, abang din dan kak sila dapat bayi lelaki yang sangat comel.kak sila selamat bersalin 16.07.09 pada pukul 9.30am di hospital bersalin Razif, Klang.Alhamdulillah..Hospital Razif.Aufa dulu pun lahir kat sini juga.memang mengundang nostalgia la datang sini :)

abang din & kak sila with their new arrival..tahniah!! dah ada 4 askar dah :)

comelnye..emm...sgt comel.sgt wangi..geram tgk.teringin pun ada..hehe
bila ummi dukung baby.aufa buat mengeram2.dia jeles la tu.bila ummi dekatkan baby kat dia.dia nak pi cepuk lak baby tu.aduh..aufa aufa..camne nak jd kakak ni? huhu



singgah kat baby room.OMG! comel2nya baby.aufa dulu duduk dalam tula.tunjuk2 kat aufa. tu baby..tu baby comel..dia wat donno je ahaks! saje je tau..hehehe.
pics taken from ateh photography. nice pics!

Iqram Halal House Berwajah baru

Iqram Halal House telah berwajah baru.Kedai sudah dicat dengan warna kuning dan hijau muda.susun atur kedai juga lebih kemas.memang nampak lebih ceria dan teratur.
Objektif Iqram Halal House untuk menjadi pusat halal hub kepada pengguna.dimana ia menyediakan segala keperluan halal dan berkualiti kepada pengguna.Iqram Halal House sentiasa menambah produk- produk halal untuk di pasarkan disamping dapat membantu usahawan bumiputera dan muslim bersaing maju dalam perniagaan.Ia juga mementingkan konsep Halalan toyyiba yang bermaksud halal, berkualiti,suci, bersih dan lagi baik.

Iqram Halal House juga memfokuskan produk halal yang mesra pelanggan ready to eat(rte) and ready to cook (rtc) yang sesuai dengan dengan penggunaan pengguna yang sibuk dan mempunyai masa yang pendek di rumah setelah berada di tempat kerja yang panjang.

my favourite! daging masak salai.sedap dan berapi! balik rumah panas kan saja.ready to eat.


Kueh teow dan Mee kuning buatan bumiputera muslim.Dijamin suci bersih.

Ayam Organik Az-Zain dan HPA.Terjamin Halal.Produk Pilihan Mukmin.

Pelbagai perencah masakan.tetamu datang.so, dah ada siap sedia dalam freezer.tambah bahan- bahan saja.mudah dan sedap!

Pelbagai jenis kuih muih.tak sempat nak buat? dont worry.kami bantu anda.goreng dan terus hidangkan! yummy!

Sebarang pertanyaan boleh call :
019.6502942/03-33718984
IQRAM MARKETING
27, Jalan Udang Putih 2/KS 3,
Off Jalan Yadi (Sebelah Speed Mart 99)
41300 Klang, Selangor.
p/s: banyak lagi pics produk2.nanti ku upload lagi ye.nak buat blog Iqram belum sempat2 lagi.

Wednesday, July 22, 2009

Breastfeeding Photo Contest 2009

Salam Sayang semua.Terima Kasih kerana doakan kesihatan aufa.Merah2 di leher aufa sudah hilang.tapi not sure lagi its eczema or ruam.coz appoinment dengan paed ditunda esok.esok abi free bawa kami.aufa makin lasak skang.penat ummi nak layan dia if pi sorang2.hehe.bagus pi dgn abi skali.biar abi jaga dia plak.ngeeee...

ok,tgk tajuk..hahaha.ummi nak join contest kak nurul dhia la.actually,mmg lama da nak join.tapi harap juri dapat consider method of voting.if juri yg tentukan lagi bagus.takut bias kan.. tu yg tergendala tu.bila kak nurul dhia kate maybe akan bertukar.sbb ramai ckp camtu.so,ummi nak joinla.:) tapi ummi xberharap menang pun.mmg no luck je.hahaha.just nak memeriahkan suasana.lg pun nak suppport kak nurul dhia. chaiyok2 kak.luv u!muaaahhh!!!

Objective contest ini untuk memberi kesedaran tentang penyusuan ibu terutama di khalayak ramai dan menjadikannya ia sesuatu yang normal.cool huh! so,for more info or nak join gak.just clik banner bwh ni..






Ok,ni la pic nye.actually, tu je satu2 pic tengah breastfeed yg sopan.ahaks! yg lain..sensored!! hahaha.oklah,kira unik la ni kan.ketika sedang menunggu kedatangan pengantin.aufa tgh menikmati susunya di depan khalayak ramai..YUMMY!

tarikh lahir anak- 4 Oktober 2008
umur anak semasa foto diambil- 7 bulan
Lokasi foto diambil- kenduri kahwin di Johor Bahru
Kenangan manis & pahit :
kenangan manis ialah dapat menyusukan aufa dengan baik.alhamdulilah.ada rezki untuk aufa.bila menyusukan aufa sgt best bila dia pandang kite.then, ckp2 n bunyi2..membebel2..emmm emm.mcm nak bgtau sedapnye la susu ni.hahahahaha.lagi, sgt sweet bila aufa peluk ummi bila menyusu.tak kasi lepas tau! lepas je melalak kuat punye.she loves to hanging with it!!! lagi, bila aufa gigit nenen ummi.ummi naik suara sikit marah.aduh!! sakitla aufa!! terus dia melalak mengada2..hahahaha.comel sgt!! pastu, ummi buat2 nangis main2..konon2la..aufa,janganla gigit..sakitla..pastu,dia lak gelak terkekeh2..hahaha.sukalah that moment.sakit mmg sakit.gigi atas dah tumbuh lagi! tapi sweetla masa tu..:)
kenangan pahit ummi masa mula2 nak menyusukan aufa.tak dapat menyusu kan aufa.sebab bengkak susu.Alhamdulillah, abi aufa support ummi supaya tak patah semangat.then, ada rezki untuk aufa. actually, abi la org kuat about breastfeeding. abi marah ummi bagi FM bila ummi malas nak bangun menyusukan aufa.pot pet pot pet.hehehehe.kenangan pahit lagi bila ada masa tu susu dah kurang.risau sgt.tapi ingat lagi, kak nurul dhia bagi semangat gak kat ummi.thanks kak!!
okla tu! tak menang pun tak pe..saja2 nak meriahkan je kan.jom kawan2 join ramai2..senang je kan:)
p/s: ia manis jika dapat memberi inspirasi kpd mommies yg len.ia pahit jika niat asal ku di salah tafsir.di anggap lain.so bad.so sad.(minta maaf).but for kawan2 yg take it to positive way.thanks. you got it! Alhamdulillah..chaiyok2..yg belum berjaya BF , jgn putus asa..semoga ada rezki untuk kite sume..amin..:)

Monday, July 20, 2009

Eczema ke?

semalam satu hari urusan score A.so, ke hulur hilir bawa aufa.aufa jupe ramai orang semalam.then bila ad mommies yg concious perasan leher & pipi aufa.leher aufa merah2, ruam kasar, timbul2.kat pipi ade sikit2.pastu dorang inform ummi.you, ni macam eczema ni..anak2 i sume kena camni.da jupe doctor ke? nnt doctor akan bg ubat itu ini..

aufa mmg de appointment dgn paed rabu ni.coz 2nd pneumo imunisasi.so, dlm kepala ni risau nyer..ingatkan just ruam biasa.aufa mmg de mengamuk,garu2 xselesa.ummi yg just sapu krim ruam.pastu elok.xlama pas tu then,ada balik.pelik gak..so, ummi terus tny kwn2 yg pngalaman & terus google psl eczema ni..


takut tengok pics eczema.Ya Allah,mintak di jauhkanlah..

EKZEMA merupakan salah satu bentuk keradangan kulit yang lazim dialami oleh golongan kanak-kanak mahu pun orang dewasa. Begitupun, peratusan risiko kanak-kanak menghidapi penyakit itu berbeza-beza mengikut genetik.

Pakar kanak-kanak dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Dr. Syed Nazir Ms Kadir berkata, risiko bayi atau kanak-kanak menghidap penyakit tersebut lebih tinggi sekiranya kedua-dua ibu bapanya juga menghidap ekzema.

Di Malaysia, bilangan pesakit ekzema di kalangan bayi semakin meningkat dari tahun ke tahun dan pakar mendapati bahawa sebahagian daripada puncanya adalah pengaruh keadaan sekeliling dan alahan terhadap pemakanan.

“Banyak juga kes di mana bayi di negara ini mengalami alahan kepada susu lembu. Bayi-bayi ini biasanya akan menunjukkan tanda-tanda seperti ruam setiap kali diberi susu formula berasaskan susu lembu atau ibu yang menyusukan badan minum bahan daripada susu lembu.
- so, BF mom pun kena pantang from allergic foods ni.

“Sebab itu sekiranya ibu bapa mengesyaki kelainan pada kulit bayi, mereka digalakkan untuk berjumpa dengan doktor seberapa segera sebelum ia lebih memudaratkan bayi,” jelasnya.
Dr. Syed berkata, doktor akan memastikan ruam yang timbul pada kulit bayi itu ruam biasa atau ekzema, ini kerana rawatan yang digunakan untuk kedua masalah kulit ini adalah berbeza.

Salah satu cara untuk melihat anak yang mengalami ekzema ialah apabila mudah berpeluh dan berasa gatal terutama ketika cuaca panas.
- aufa memang kuat berpeluh, xle berpanas langsung. mengamok u!

“Bayi ekzema akan sensitif kepada cuaca panas, mereka akan berpeluh terutama di bahagian pelipat seperti di leher, belakang lutut, telinga dan siku.
- aufa kat leher


“Selain itu, bayi ekzema juga akan menunjukkan simptom alahan pada bulu atau habuk yang akan menyumbang kepada masalah lain seperti lelah dan hidung berair. Kaitan antara ekzema dan lelah atau asma adalah tinggi,” jelas beliau lagi.
- alamak, bahaya ni..plus, aufa skng da merangkak sana sini.jauh da explore..

Sabun biasa yang mengandungi bahan kimia tinggi akan mengeringkan kulit bayi dan seterusnya menyebabkan ekzema mereka semakin teruk.
-aufa pakai milk bath J&J.xsuai ke dgn kulit dia?

“Adalah disarankan kepada ibu bapa yang bayinya menghidap ekzema untuk menggunakan sabun khas sewaktu memandikan bayi mereka. Sabun ini boleh dibeli di klinik atau farmasi atas nasihat doktor.

“Selepas mandi, bayi yang mengalami ekzema perlu disapu pelembap pada seluruh badan dan pastikan mereka memakai pakaian daripada fabrik kapas yang bersih dan tidak panas,” katanya.
- memang pas mandi sapu aufa lotion satu badan.coz wangi nak cium die..hehe
- skang suke pkikan dia baju nipis & xberlengan.coz asik berpeluh.

Selain itu, kata Dr. Syed Nazir, adalah penting untuk diberitahu kepada semua ibu bapa bahawa penyakit ekzema bukanlah penyakit yang boleh merebak.

“Akan tetapi apabila bayi atau kanak-kanak menggaru bahagian tersebut dengan kuku, jangkitan akan berlaku dan menjadikan kawasan ekzema tersebut semakin melarat.
“Sebagai ibu bapa, selain mandian dan pakaian yang bersih, pastikan kuku anak sentiasa pendek untuk mengelakkan jangkitan kuman,” jelas beliau.
-sampai skng xberani lg cut kuku aufa.coz pnah berdarah jari dia ummi buat.fobia dah..hehe.abi yg cut kuku dia skng.

Rawatan asas

Mengenai rawatan sesuai untuk bayi yang menghidap ekzema, beliau berkata, rawatan asas ialah dengan memberi kelembapan pada kulit seperti menyapu pelembap.
Manakala, rawatan menggunakan ubat-ubatan kimia pula bergantung kepada fasa penyakit tersebut.

“Sekiranya agak serius, krim sapu yang mengandungi steroid boleh digunakan. Apabila krim ini disapu pada kulit ia boleh memberi kelegaan kepada kerengsaan akibat ekzema tersebut.
“Bagaimanapun pengambilan ubat tersebut tidak harus melebihi daripada lima hari kerana akan mendatangkan kesan sampingan yang lain pula.


“Ibu bapa perlu prihatin dan mematuhi arahan pemakaian ubat yang telah diberikan oleh doktor,” jelas Dr. Syed lagi.
Ketika ditanya adakah penyakit ekzema ini boleh sembuh sepenuhnya apabila bayi membesar, Dr. Syed berkata, ia bergantung kepada individu.
Ada ekzema yang hilang ketika kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun, ada juga yang hilang ketika usia mencecah 12 tahun dan bagi kes yang lebih teruk, ia berlanjutan hingga ke tua,” katanya.



Apa pun, berikut beberapa langkah yang boleh diambil oleh ibu bapa yang mempunyai anak bermasalah ekzema:
Bawa anak berjumpa doktor
Pastikan makanan yang menjadi alahan kepada mereka seperti susu lembu, telur, kekacang dan sebagainya. Elakkan makanan tersebut.
Pastikan mereka mandi dengan sabun khas yang berkelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
Sapu pelembap di seluruh badan selepas mandi.
Pakai pakaian yang nipis dan diperbuat daripada fabrik kapas.
Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas dari habuk dan kotoran.
Jika anak berpeluh ambil kain basah dan lap di tempat yang berpeluh.
Pastikan kuku anak sentiasa pendek agar dia tidak boleh menggaru dan seterusnya memudaratkan lagi ekzemanya.

Sementara itu, seorang ibu yang bayinya mengalami ekzema, Syarifah Zainon Syed Ahmad Malik, berkata, walaupun ekzema pada bayinya, Rayhan Al Imran tidak begitu teruk tetapi bayi tersebut kerap tidak berasa selesa dengan keadaan tersebut.

Justeru beliau mengikut segala arahan yang diberikan oleh doktor dan kini ekzema pada Rayhan terkawal dan tidak seteruk sewaktu dia baru dilahirkan.

Menurut Syarifah Zainon, bayinya mudah berasa tidak selesa apabila cuaca panas di mana ruam akan timbul di merata tubuh hingga ke bahagian pipi.

“Dengan mengikut nasihat doktor dan menjaga persekitaran rumah agar tidak berhabuk dan suhu tidak panas, sedikit sebanyak membantu anak saya menghadapi penyakit tersebut dengan lebih baik,” katanya

sumber: utusan malaysia

p/s: cepatlah ari rabu..nak jupe paed..

Sunday, July 19, 2009

Award Inspirasi

Award ini dihadiahkan oleh kawan Ummi, shira aka ummi anas.ummi anas ni dulu member kat uia gak.now,dah masuk list mommies blogger ummi.
Award ini diberi sebab kata shira, sebab ummi bagi dia inspirasi untuk dia fully breastfeeding.eceh! malu lak.anyways, thanks dear! Happy Breastfeeding for shira and anas! :)

Friday, July 17, 2009

Aufa's Breastaurant Food of Love

Salam sayang semua.sempena bulan breastfeding sedunia ni.ramai mommies citer about breastfeed.tibe2 datang plak aura ummi nak tulis pasal my breastfeeding journey.Alhamduliilalah, aufa sudah menikmati khasiat susu ibu sepenuhnya selama lebih kurang 9bulan.aufa membesar sihat kerana susu ibu.Alhamdulillah ada rezki untuk aufa.

Aufa memang bertuah sebab ada breastaurant 24x7.orang putih kate,evetytime, everyday,everywhere..aufa still direct & fully breastfeeding.no bottle at all.sbb tulah aufa xbole kene tinggal.susu dia kat ummi.hehe.bila lapa, suakan fresh2 terus.xyah tunggu buat susu.aufa menangis trus dapat susu hilangkan dahaga & lapar.aufa mmg bertuah..


Tapi sebaik lahir aufa memang sudah merasa formula milk.sebab ummi cetek ilmu & tiada kesedaran kepentingan dan kebaikan susu ibu ini.mungkin uols boleh baca kisah BF ku sejak awal aufa lahir disini.bila susu badan sudah ada.ku masih rasa BF tidak penting.masih mengelat.bila malas & sakit tension mase pantang nak bangun menyusukan aufa.ku bagi FM.then,hubby bising ku campur susu.kebetulan hospital kubersalin tu siap bagi 2tin kecil susu anmum.bila hubby & family advice and support baru ku fully breastfeeding aufa ketika aufa berumur seminggu lebih.bad of me..


Then,bila ku habis pantang ku terus pindah ke umah sewa di shah alam.ku masih terus breastfeeding aufa.tapi ku masih xpasti & risau about BF.ms tu ku pkir ku menyusukan aufa sebab hubby suruh.smpila bila ku start active online.ntah mcm mane ku boleh terjumpa blog kak farah sarakids & kak nurul dhia.dari situla ku terharu,berkobar2 dan terus positive to BF.baru ku tahu kepentingan dan kebaikan BF.dan BF merupakan satu perkara yg amat2 membanggakan.dan disebabkan merekalah juga ku terus buat blog dan jadi blogger tegar skang.hhehehe.


skang ku rasa bangga dgn BF.ku juga bahagia dpt berikan aufa yg terbaik.dulu ku ada rase xselesa bila orang tanya yg ku BF ke? maybe orang kate ku macam orang dulu2..xmoden..berkira ke nak beli FM? but now,im so proud of it! ku xpenah malu BF dikhalayak ramai.itu kepakaran ku.dimana2 saja.lgpun sng.xpyh kendong bwk milk stuff ape ke.ku cari port sesuai or just cover dgn tudung je.org tgk pun its ok for me.bangga lg adala..wat xtahu je sudah..


ada satu kesah.baru2 ni,masa tu ku grocery shopping at giant.hanya berdua dgn aufa.tibe2 ade sales girl approachku.kak, anak akak minum susu ape? apa kata akak cube susu ni.ni bagus ni ( ku xingatla FM pe)..ku just senyum je mula2.dia still kejar & nak approach aku.nak bg sample kot.then, dgn bangga nye ku menjawab.tak pe, terima kasih.anak saya susu badan.waaa...ku xsangka ayat tu boleh kuar.terus berubah muka budak tadi.terus dia terdiam ,senyum.oo..ok2 kak.mcm takut plak muka dia.ku xniat nak sakit hati dia pun.just ckp yg benar.tapi yg pasti ku bangga to speak out im BF mom ok!! hehehe.


ku hanya bangga dgn dgn diriku saja.ku kira pencapaianku dlm hidup.bkn niat nak bangga2kan diri.even ku bkn hebat mcm pumping mommies lain.yg berkerjaya,usaha pam dan simpan EBM demi pastikan anak diberi susu ibu saja.ku duk umah.mmg senang ku berikan aufa susu ibu.tapi bagi ku walau apa cara pun.BF memmg memerlukan kesabaran dan komitmen yg tinggi.dlm situasi ku, saat BF dah termasuk dlm aktiviti utama ku.bila aufa "bergayut",tergendala segala urusanku.tinggalkan sume kerja.aufa gayut mmg lama plak tu..smpi lena btol baru boleh lepas.sbb tula, ku mmg perlu sabar..komitmen lg ku xle pisah dgn aufa.sbb ku xde EBM stok.xtahu bila ku nak stat mengepam...ku malas gak nak pam2 ni.hehehehe.


anyway,thanks to all my supporter.especially hubby.thnks to shira, ummi anas coz mengangapku sbgai inspirasi shira..rasenye kita sama je.odah just sharing je apa odah lalui..xdela hebat mana.sumber inspirasi ku ialah, kak nurul dhia, mummy sara, mama fiza, dan ummi khayra.tu yg ku kenal secara personally.tapi nak ikutkan ramai lgla sbb kawan2 blogger len ade juga sharing & give inspiration to me.


lastly,jom baca entry nikmat susu ibu di blog kak farah dan sertailah contest BF photo di blog nurul dhia ye.ku berharap dpt terus BF aufa.semoga aufa membesar sihat, cergas dan bijak dengan khasiat & nikmat susu ibu.amin..
This is my breastaurant 24x7 ! im love it!....:p


Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan itu” – surah Al-Baqarah, ayat 233

p/s: aufa still selsema.sebab ummi nye xpantang minum ais & siap mkn ais krim lg ritu! bila BF ni kene jaga mkn minum ek.ni tgh pantang ni.uwaa...rindu air sejuk..:(

Tuesday, July 14, 2009

Engagement, Jalan- Jalan KL

Salam Sayang Semua.Harap semua sihat2 & happy jek.Aufa nak citer aktiviti kami weekend lepas.Lets enjoy the pictures! :)

Engagement Mak Lang Huda

Hari sabtu saya pi sg buloh.umah mak lang huda.best friend ummi tunang.ummi sgt hepi dpt jupe bestfren ms kat uia dulu.thanks abi coz rushing bwk kami.even timetable abi full.
saya jupe kawan juga, damia aina.tahniah mak lang huda! pasni turn aunty mala plak.congrats too to mak long rodie & mak cik wana for good news, baby 2010.alhamdulillah..
ummi kate, xsangka same2 huhahuha dulu..pastu msg2 dah de psgn idup, pastu beranak, tibe2 anak2 dah besau...rs mcm cpt je mase berlalu..:)


Times Square

Petang tu,after abi balik.saya ke times square.abi nak pi maxis centre.em..ape lagi.related to abi's stuff la.nak download ape ntah kat iPhone die..lama btol...boring saya..

hah,camnila ummi saya jeling kat abi..jeles2..abi with his new girlfriend..ummi nak gak :( sng nnt ummi nak online dgn kwn2...hehe

aufa's abi & ummi..*wink wink*

wow! ballon..i wanna kick it!

then,dah setel.perut lapar plak.kami pi Restoran Rasa Utara.jual mknan asli melayu.siap pasang lagu mawi, aduh saleha lagi! aduhai...... ;p


emm..cendol & sirap selasih..lama xpekena cendol! awesome!

test camera sony T900.mode natural food shoot.hehe.ummi kate sate & nasi beriani tu sdp sgt! terase rempahnye.laksa tu bolela..
saya makan ape? tgk je ke...ummi nak nenen...:(

pas mkn.balikla.dah malam.then,kami sinngah umah MIL jap kat Kg pandan.

StarHill & Pavilion

Esok petang.cam bese pas abi balik baru bole pi jalan2.after asar destinasi kami nak jln2 kat Starhill & Pavilion plak.ummi belum penah sampai.abi ? dah pi.once.aufa? lagi blum penah..hehe.

Near to surau.ade jackie chan cafe.sgt2 jakun.interior design starhill nih sgt2 cun.mmg syurga dunia btol...

pe namenye ni bangsal or pelamin? chinese design..posing lagi.byk pelancong arab.yelah. same building with JW marriot Hotel.

aufa pun jakun tgk lampu2 cantik2 & colouful.hehe

family potret *wink wink* mediterranean mode.:)

at times, Pavilion.let's read book!

this is yellow..same with my shirt! org point to, dia pun nak gak...:p

then, abi ajak makan aiskrim.emmmm.baskin robbins.yummy! what's ur flavour? cute isn't?

aufa dah xsaba.ummi,byknye bola!!! jap2,ummi nak pose!

yummilicious...aufa le mamam buah je ok..sedap ah stroberi ni..

dpn pavilion ada air pancut nih.cantik.aufa terteleng kepala nak tgk air pancut tu..byk btol benda alah colourful dia tgk mlm ni..;p

*tada *. its my turn!

ok,dah malam.jom balik.aufa penat ye sayang..behave je anak ummi.next time kite jln2 lagi..

p/s: dah pukul 10 lebih.bintang walk tetap meriah.ramai btol org.bermcm2 bangsa.besela tmpt org suka2 & perabih duit camni.ish..ish..cpt2 ajak abi blk.rase seram lak mlm2 kat tmpt cmni.:p